Wednesday, February 21, 2018

Terlalu merendah diri

Orang Melayu ni, takut sangat dikata riak, sanggup memalukan dan menceritakan kelemahan orang tersayang depan orang lain. Lepas tu bantai gelak ramai2. Merendah dirilah konon. Bukan setakat pasangan jadi mangsa malah anak2 sendiri pun. Anda ingat anda berbual macam tu, orang nak respek anda sebab merendah dirilah? Absolutely no way. Jangan perasan. Lagi orang akan pandang rendah kat anda adalah.
Kalau anak kita tak kahwin lagi, kenapa mesti cakap "Dia ni ntah la kenapa, takde orang nak..." Tak ke bertambah down anak tu rasa? Susah sangat ke nak bagi jawapan positif supaya orang yg bertanya tu belajar untuk tidak mempersoalkan urusan Allah? Mana la orang tak pandang sinis kat anak kita kalau tidak kerana kita sendiri yg menghina anak kita?
Kalau orang kata anak kita comel, apa salahnya jawab "alhamdulilah" instead of "comel apa benda, hidung pesek" (kat sini dah tambah 1 dosa lagi, iaitu mempertikai ciptaan Allah)
Kalau orang kata suami kita rajin menolong buat kerja rumah, kenapa nak jawab "tu pun dah jenuh saya tempik" (padahal takde pun) Apa salahnya jawab "alhamdulilah"?
Sometimes cara kita bergaul dan berkomunikasi tu lah yg menentukan setakat mana orang lain akan menghormati kita. Kalau kita sendiri ala2 merelakan diri sendiri dipijak2 dan dipersendakan...well memang itu lah yg anda akan dapat😈

No comments:

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...