Setiap daripada kita ada
komitmen masing-masing. Ada peranan yang tersendiri duduk
dalam dunia. Kalau kita
rasa gaji kita sama dengan kawan kita si A, tak semestinya komitmen bulanan dia
sama macam kita. Kalau kita cuti Sabtu Ahad, mungkin masa tu kawan kita ada
kerja lain (kerja sampingan) yang dia nak buat untuk selesakan hidup dia. Kalau
kita rasa pekerjaan kita sama working hours dengan dia, tak semestinya lepas
waktu kerja kita free dia pun free.
Apatah lagi kalau berbeza
bidang. Pekerjaan awak tuntutannya begitu, pekerjaan saya
rutinnya begini, pekerjaan orang lain mungkin lain pulak nature dia. Dan ada
orang yang melakukan kerja sampingan selain kerja tetapnya. Ada sebabnya kenapa
mereka begitu.
Bila orang tu cakap (atau bagi hint) yang dia tengah nak
berjimat, sila faham. Jangan bebal sangat ye? Kau mungkin boleh minum kat
Stabak pada minggu yang lagi seminggu nak dapat gaji, tapi kawan kau tak mampu.
Jangan paksa-paksa dia (unless kau berniat nak belanja). Kau tahu tak betapa
terlukanya rasa apabila orang lain tak faham (dalam kes ni: buat-buat tak
faham) keadaan kita yang tengah nak berjimat? Kalau orang ajak aku anjur
gathering bagai di saat bajet makan aku tengah tight. Memang tak le aku nak
join.
Jadi
bila ada yang memberitahu mereka sibuk (pada waktu
yang anda mungkin tidak sibuk), janganlah terus nak sentap dan menyindir
"Alah kau ni manjang sibuk, orang lain pun kerja jugak". Ye laa kerja
memang la kerja. Tapi gaji kau tak sama macam gaji dia, hutang pun tak sama,
cuti pun mungkin tak sama. Benda ni semua faktor yang mempengaruhi atau ada
kaitan rapat dengan nature kerja kita.
Kita kena belajar hormat ruang peribadi orang lain. Kalau
kau nak kawan kau tolak job bernilai RM200 sebab nak lepak dengan kau, aku rasa
kau bukan selfish lagi, kau dah dikira kejam. RM200 mungkin kecik pada kau tapi
sangat besar pada dia. Faham tak ni?
Friendship is about understanding each other, not
saying ‘yes’ to everything membabi-buta.
No comments:
Post a Comment