Seperti yang dijanjikan inilah senarai tempat lawatan aku kat Surabaya. Hehe jemput baca.
DAY 1 - 18 JULAI 2018
DAY 2 - 19 JULAI 2018
DAY 3 - 20 JULAI 2018
Lepas tu ambik grab balik hotel. Tamat sesi hari ke-3 😊
DAY 4 - 21 JULAI 2018
Bertolak dari KLIA2 dengan penerbangan Air Asia Indonesia jam 12.45 tengah hari. Penerbangan ke Surabaya mengambil masa 2 jam 35 minit.
Aku landing kat airport dah petang (kira-kira jam 2.25 petang waktu Surabaya) so masuk hotel aku berehat
sajalah tunggu kawan aku datang. So trip start lepas waktu Maghrib. Kami singgah makan di gerai tak jauh dari hotel aku. Sedap nasi lele penyet dia, sekali dengan air teh o ais baru Rp.15,500 (lebih kurang RM4.40)
Mula-mula
kami naik grab ke Monumen Kapal Selam (MonKaSel). Tiket masuknya Rp.15,000 saja
(dalam RM4.30). Monumen ni sebenarnya adalah sebuah kapal selam yang dijadikan muzium. Nama kapal selam ni ialah KRI Pasopati 410, milik Angkatan Laut Republik Indonesia dan pernah digunakan dalam pertempuran melawan pendudukan Belanda di Papua@Irian Jaya.
Untuk pengetahuan anda juga, MonKaSel adalah satu daripada dua monumen berbentuk kapal selam yang terdapat di Asia Tenggara. Yang satu lagi ada kat Melaka.
Di luar
Di dalam kapal selamnya
Agak-agak dah puas berfoto kat situ, kami meneruskan acara dengan berjalan kaki dan sempat
lalu dalam pusat beli-belah Plaza Surabaya. Haaa kat mall ni ada cerita angker. Alkisahnya dulu bangunan mall ni merupakan sebuah hospital. Sekitar tahun 1970-an, ada satu tragedi berlaku di mana seorang suster (jururawat atau kita biasa panggil, misi) mati tersepit kat pintu lif yang rosak. Dikatakan arwah beliau lah yang bergentayangan tu. Hohoho
Plaza Surabaya
Kemudian kami tiba di Monumen Bambu Runcing. Ini merupakan salah satu monumen yang wajib dikunjungi sekiranya anda datang ke Surabaya, for it is one of Surabaya punya ikon. Terletak di tengah pekan dan korang boleh ambil gambar dari seberang jalan sebab sini kereta laju-laju, baik jangan melintas. Haha. Dan ada kisah menarik juga tentang monumen ni.
Bambu (buluh) ni adalah senjata tradisional yang digunakan oleh tentera Indonesia dalam pertempuran melawan Belanda pada 10 November 1945 yang sekarang dijadikan Hari Pahlawan Indonesia. Alkisahnya, tentera Belanda cukup takut kat bambu ni sebab sekali terkena tikaman dia, bisanya cukup menyeksakan sebab hujung yang runcing tu ditaruk racun..!! Lagi seksa daripada kena tembak pastu terus mati. Wooooo
Monumen Bambu Runcing
Lepas tu naik grab balik hotel. Tamat sesi lawatan hari pertama.
DAY 2 - 19 JULAI 2018
Esok paginya aku naik grabbike ke gedung City of Tomorrow
(CITO) Mall. Makan dan beli baju sambil tunggu kawan aku tu. Dia datang dah
petang sikit sebab ambik anak dia dari sekolah. Kami terus ambik grab ke Tugu
Pahlawan.
Tugu Pahlawan
Di sini juga terletaknya Museum Sepuluh November yang menyimpan pelbagai bahan dan sumber ilmu tentang pertempuran bersejarah Indonesia ni. Tiket masuknya hanya Rp.5,000 (RM1.43). Murah tak hingatttttt.
Potret gambaran perjuangan rakyat Indonesia dalam menuntut kemerdekaan
Ni macam Tugu Negara Malaysia kat Jalan Parlimen tu
Diorama-diorama kronologi perjuangan mencapai kemerdekaan
Siapa yang perangai macam ni kalau pergi muzium, kita geng..Hahahaha
Habis kat situ, kami naik grab lagi…menuju ke Museum House of
Sampoerna. Ni salah satu bangunan tinggalan Belanda di mana dipaparkan sejarah
penghasilan rokok jenama Sampoerna di Indonesia. Ada juga dipamerkan lukisan
(macam galeri seni). Muzium ni masuk free je, jenuh aku cari kaunter kat mana
nak bayar alih-alih free. Hahhaaha
Kemudian kami naik grab lagi menuju ke Taman Bungkul. Taman
ni terletak dalam pekan, ada fountain dan disinari cahaya lampu nan indah jadi
datanglah pada waktu malam. Kat sini orang jogging dan bersantai dengan
keluarga, boleh menjamu selera juga sebab banyak penjual makanan.
Lepas makan kat situ, kami berjalan kaki ke Monumen Suroboyo
yang terletak di depan Kebun Binatang Surabaya (kebun binatang tu zoo lah.
Haha). Dekat je dalam 1 km camtu. Apa kebendanya Monumen Suroboyo ni?
Haaa….inilah dia monumen berbentuk ikan sura (kita panggil jerung) dengan buaya
tu. Dari dua haiwan ni la yang kota Surabaya mendapat namanya.
Lepas berfoto kat situ kami balik hotel naik grab…dan
recharge tenaga untuk acara esok pulak. Done 2nd day! Haha
DAY 3 - 20 JULAI 2018
It's my 37th birthday hahaha......tapi hari ketiga ni agak caprut sikit lah, sebab kedai souvenir
yang aku google rupa-rupanya dah bertahun tak beroperasi…tapi kat google dia
tulis open 24 jam eh geram jugak lah sebab naik grabbike hampir 40 minit
alih-alih jadi camtu….lalu aku balik semula ke hotel lah dan singgah kedai
tapau nasi campur. Rehat dan nap sekejap.
Lewat petang baru kawan aku datang dan kami naik grab ke
Pantai Kenjeran yang terletak agak jauh jugak, hampir satu jam perjalanan.
Sampai sana hari dah gelap, aku tertanya-tanya mana dia jambatan yang
berwarna-warni macam aku tengok dalam internet tu. Gelap gelita je, yang ada berlampu cantik cuma signboard Kenjeran. Bila tanya
orang kat situ katanya ada kerosakan teknikal (elektrik punya hal)….siap dengan
kedai-kedai kat tepi pantai tu pun terpaksa bergelap sebab supply elektrik
tarak. Aduh kecewa sungguh rasanya…apakan daya takde rezeki nak menikmati
keindahan Jambatan Kenjeran. Cuma dapat beli sedikit souvenir sebelum ambik
grab pulang ke pekan.
Tepi pantai
Kami turun di Taman Apsari di mana berdirinya Monumen Patung
Gubernor Suryo, gabenor pertama Jawa Timur. Beliau ni telah memimpin rakyat Jawa Timur menentang pihak Inggeris, dan perangnya bermula pada 10 November 1945 selama 3 minggu. Sampai jadi padang jarak padang tekukur lah kiranya sebelum diorang berundur ke Mojokerto untuk berlindung (darurat).
Monumen Patung Gubernor Suryo
Di seberang jalan, betul-betul
berhadapan dengan patung ni ialah bangunan Gedung Grahadi, yang kini dijadikan
pejabat gabenor Jawa Timur sekarang. Cantik dihiasi dua layer lampu berwarna
merah dan putih, iaitu warna bendera Indonesia. Terubatlah sikit hati yang
kecewa gara-gara kejadian pagi tadi dan juga kes Jambatan Kenjeran.
Gedung Grahadi
Kemudian kami naik grab lagi menuju ke Taman Pelangi, yang tak jauh daripada hotel aku menginap. Taman ni lagi cantik, dengan lampu warna-warni tu….OK terus hilang rasa hampa tadi. Heheh.
Taman Pelangi
Lepas tu ambik grab balik hotel. Tamat sesi hari ke-3 😊
DAY 4 - 21 JULAI 2018
Hari keempat dan terakhir ni aku jalan sorang-sorang je sebab
kawan aku tak dapat menemani. Pagi-pagi aku dah naik grab ke Museum Surabaya
(Gedung Siola). Ini adalah satu lagi bangunan tinggalan Belanda yang dulunya
pusat membeli-belah. Sekarang dah dijadikan pusat urusan perkhidmatan awam (ala
konsep macam UTC kalau kat Malaysia). Tapi kenapa namanya ada sub-nama Gedung Siola?
Haaa…ceritanya macam ni. Walikota (datuk bandar) Surabaya mengilhamkan idea
untuk menjadikan sebahagian dari ruang bangunan ni sebagai tempat pameran
bahan-bahan bersejarah, so that bila orang ramai datang berurusan, secara tak
langsung sambil menunggu tu diorang boleh tengok-tengok apa yang ada di muzium
ni. Masuk percuma je kayyyy. Rugi lah tak kunjungi tempat-tempat yang masuk
percuma ni. Heheh
pintu Museum Surabaya (Gedung Siola). Yang di bawah ni ialah antara bahan-bahan yang dipamerkan di muzium ni:
Habis kat situ, aku ambik grab ke pusat souvenir Mirota. Kata
staff hotel tempat ni mahal sikit tapi barang-barang dia memang terbaik la.
Susah sebenarnya nak cari kedai souvenir kat Surabaya ni, sebab dia bukan macam
kat Bandung. Hoho
pusat souvenir Mirota
Lepas dah perabis hampir 1 juta rupiah kat situ, aku balik
hotel tapau lunch dan berehat sebelum check out pukul 1 petang. Lepak kat lobi
sampai pukul 3 sebab menunggu runner hantar kuih Bika Ambon yang dipesan oleh
penyelia aku (dia suka sangat kuih ni, tiap kali aku ke Indonesia mesti dia
mengirim). Pastu aku order grab terus ke airport. Lepak la kat airport pulak
sampai kaunter check in luggage dibuka jam 7.00 malam.
Lepas campak luggage aku menemui sahabat internet aku sejak
14 tahun lalu, Gandu yang datang bersama isteri dan anaknya. First time jumpa macam
dah bersaudara lama. Terharu betul diorang bawakan juadah kuih dan kek
homemade, segan gila rasa sebab terlupa bawa ole-ole dari Malaysia. Tapi…!!!
Itu tandanya aku kena kembali ke Surabaya…kan kan kan!
Bersama Gandu dan isterinya, Fit serta anak perempuan mereka
Kembali ke KL aku rasa puas sangat…sebab ini trip solo
pertama aku. Aku yang plan, aku yang tentukan apa nak dibuat, ke mana nak
pergi, mana nak menginap, berapa nak belanja dan sebagainya..yeah, memang
gembira. Malah opismate aku pun cakap “Eh betul-betul nampak sangat kau happy
sejak balik dari Surabaya ni kan” hahaha maunya tak, kepuasan tu tak tergambar
dengan kata-kata.
Seterusnya jemput lah layan gambar-gambar kenangan aku kat
Surabaya di sini
2 comments:
Waaaa....best giler jalan² negara orang. Saya pon suka g tempat org sebab nak tau pasal negara dorg... Kalau setakat nak shopping ni Shopee pun boleh beli brg dari mereka...
@AtiqAziz: Betulll!!! Hahahahhaha kalau shopping pun biasanya beli souvenir je la ^^
Post a Comment