Sunday, February 18, 2018

Datang lambat/keluar awal

Sebagai manusia, tak kira apa pangkat kita, sepanjang bergelar pekerja pasti kita tak dapat lari dari datang lewat ke tempat kerja. Setuju?
(Yang memang ada masalah disiplin tu dah masuk bab lain. Ni cerita untuk staff yang rekod clean sahaja yer)
Kadang kita dah keluar awal, tapi kat tengah jalan ada kemalangan berlaku mengakibatkan jem panjang. Kadang2 tgh drive tetiba hujan lebat sampai susah nak nampak jalan. Kadang kenderaan meragam. Kadang kita terbangun lambat. Dan kadang kita dah tiba awal tapi terlupa punch kad ðŸ˜‚

Sebagai pegawai pentadbir laporan kehadiran kat opis aku, nasihat aku, apapun alasannya sila bersikap JUJUR. Cerita je hal sebenar. Sebabnya kalau korang menipu, cerita korang pasti akan berubah-ubah bila orang lain tanya😅Bila kita jujur kita hanya ada SATU VERSI sahaja untuk diceritakan jika ditanya lagi😊

Cuma bila rekod kedatangan korang dalam sebulan tu teruk sangat, korang kenalah ambil tindakan pembetulan. Contohnya, dah tahu pattern jalan laluan korang tu akan start jem pada jam sekian-sekian, korang kenalah adjust waktu korang...Sebab jalan jem kita tak boleh ubah. Jadi, diri kita sendiri yang kita kena ubah. Pilihan sama ada keluar lebih awal, atau tukar WP, atau cari jalan laluan alternatif, berbincanglah dengan bos korang.
Bos pun manusia, akan ada masa dan ketikanya dia juga akan menghadapi perkara tersebut. Lain lah kalau semua pekerja kat opis korang tu tinggal kat kuarters seberang jalan opis korang je. Memang takde la alasan trafik jem ðŸ¤£
Kuncinya, jujur

No comments:

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...