Thursday, February 15, 2018

Panggilan Telefon Paling Caprut

Pengalaman aku bila turn bertugas kat kaunter pertanyaan department aku.
Panggilan telefon paling caprut daripada customer yang pernah aku terima ðŸ™„
Aku: Ya puan nak cakap dengan siapa?
Caller: Saya nak cakap dengan bahagian Import Eksport tentang perkara bla bla bla
Aku: Oh kat sini bahagian Teknologi Maklumat puan… Puan boleh ambil nombor ni, bahagian Import Eksport 03-6208 XXXX
Caller: Oh ye ke….Memang tak boleh tolong ke?
Aku: Ini puan kena tanya bahagian Import Eksport sendiri puan
Caller: Memang tak ambik tahu kerja bahagian lain ye?
Damn! Aku rasa bebal dengan soalan last tu…Dah ko punya urusan pasal import eksport, pegi je la telefon bahagian tu…Nombor aku siap bagi sebiji-sebiji lagik. Apanya yang susah sangat?

Dan nama pun bahagian Teknologi Maklumat, kerja kitorang bab Teknologi Maklumat je la…Kalau nak kena ambik tahu kerja bahagian lain, then sapa pulak yang nak ambik tahu kerja bahagian kami?

Haha….pelik tapi benar, customer pun kekadang bengong…So kalau nampak post-post yang mana-mana individu viralkan yang cuba mempersoalkan jabatan/agensi/syarikat etc yang tertentu tu, jangan terus menganggap tuduhan tu benar siap join memaki bagai. Bersabar dulu sebab anda baru dengar cerita sebelah pihak. Every coin has two sides, you know😉
Macam kes penumpang Air Asia yang ambik flight berasingan (sepatutnya ambik connecting flight) baru-baru ni…bila flight delay dia menyalahkan AA pulak padahal dia yang tak reti naik flight. Kan dah malu

No comments:

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...