Sunday, February 18, 2018

Catatan Perjalananku: Beijing 2018 (Part 2)

HARI PERTAMA, 13 JANUARI 2018
-aku ke KLIA2 naik bas shuttle dari KL Sentral (RM12)
-fly dari KLIA2 jam 7.00pm dan tiba di airport Beijing jam 1.15am waktu Beijing, 14 Januari 2018. Tergolek kat airport menunggu tren subway pertama jam 6.35am

HARI KEDUA, 14 JANUARI 2018
-naik first subway terus ke hostel yang kami booking, Peking Yard nama dia. Terletak kat tengah2 Beijing tu. Dua kali tukar laluan, tiketnya berharga CNY25 + CNY3 (lebih kurang RM17.30)
-lepas check in, rehat sekejap pastu keluar semula naik tren ke Deshengmen (tambang CNY3). Dari situ, ambik bas no.877 menuju ke Tembok Besar China. Tambang bas ni ialah CNY12 sahaja (sehala)
-kat Tembok Besar ni boleh pilih sama ada nak memanjat sendiri, tapi kitorang pilih naik sliding car (macam tren kat funfair) bayar CNY135. Dia bawak la sampai naik first tower
-balik ke Deshengmen naik bas tadi (another CNY12), pastu naik tren balik ke Zhangzizhonglu (dekat Peking Yard) tambang CNY3



Tadaaaa!!!! Akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki ke salah satu keajaiban dunia ni #GreatWallOfChina

HARI KETIGA, 15 JANUARI 2018
-naik tren ke Dongzhimen, tambang CNY3
-dari Dongzhimen naik bas ke Shilinxia (tambang CNY15)
-ada insiden berlaku dalam bas so kami turun dan tahan teksi. Tambang CNY37.50 seorang (group aku 4 orang)
-lepas bergambar di sekitar Shilinxia, balik naik teksi tadi ke Dongzhimen dan dari situ naik tren ke Summer Palace (CNY5). Tiket masuk ke sini pada musim sejuk ialah CNY20
-naik tren ke stesen Caishikou (tambang CNY5) untuk cari kedai makanan halal di area Niujie. Dapat la makan dengan harga CNY57 seorang
-naik tren balik ke Zhangzizhonglu (CNY5)



Di depan Summer Palace

HARI KEEMPAT, 16 JANUARI 2018
-naik tren ke stesen Beijing South (tambang CNY3)
-dari situ, naik high speed train ke Tianjin (tambang CNY54.50 sehala)
-sampai di Tianjin kami disapa oleh pemandu pelancong freelance dan setelah tawar-menawar kami bersetuju ikut diorang dengan harga CNY100 satu kepala
-kami dibawa ke sekitar Tianjin Eye, Ancient Cultural Street dan Italian Style Town
-menikmati lunch kat situ gak, CNY25 seorang
-balik ke stesen Tianjin dan ambik tren ke Beijing South semula (another CNY54.50)
-dari Beijing South kami naik tren ke Xidan (tambang CNY6). Ada shopping mall kat sini, ala2 Bukit Bintang KL tu
-pastu naik tren lagi ke Olympic Sports Center (tambang CNY4)
-sini ialah kawasan perkampungan atlet semasa sukan Olimpik di Beijing. Dan kalau nak beli souvenir haaa kat sini la tempatnya..cantik2, murah2 dan pekerja2 kedai tu pandai cakap Melayu! Malah mereka siap menerima duit RM
-bergambar di sekitar Bird Nest Stadium, pastu naik tren balik ke Zhangzizhonglu (tambang CNY4)



Tianjin Eye

HARI KELIMA, 17 JANUARI 2018
-check out dari hostel. Naik tren ke Tiananmen (tambang CNY3)
-Tiananmen Square dan Forbidden City terletak berdekatan. Tiket untuk masuk ialah CNY40
-lepas settle kat situ, kami naik bas ke Hutong (tambang CNY2)
-di Hutong, bayar CNY150 untuk 2 orang dan kami dibawa naik beca melihat suasana kampung tradisional Hutong
-perut dah lapar maka kami ambik teksi ke Niujie untuk lunch (tambang CNY22)
-makan (CNY35.50 seorang)
-naik tren balik ke Zhangzizhonglu (CNY4) dan terus rembat teksi ke airport (CNY30 seorang)
-wrapping beg (CNY50) dan lepas tu mereput la di airport sampai waktu berlepas



Tiananmen Square


Forbidden City


HARI KEENAM, 18 JANUARI 2018
-flight berlepas pada jam 5.50am waktu Beijing
-mendarat di KLIA2 jam 12.15pm waktu Malaysia
-dari KLIA2 aku ambik bas shuttle ke KL Sentral (RM12)
-pastu dari KL Sentral naik teksi berkupon (RM18) ke opis aku kat Jalan Duta untuk ambik kereta

No comments:

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...