Genre: Superhero
Fantastik. Aku hilang kata-kata apabila menyaksikan filem terbaru Marvel
ni. Why? Haha ni cerita dia.
Sinopsis:
Wakanda adalah sebuah negara yang terletak di benua Afrika, diterajui
oleh King T’Chaka. Wakanda memiliki teknologi yang sangat canggih hasil
daripada kewujudan logam Vibranium, yang wujud di situ gara-gara hentaman
meteorite beribu-ribu tahun yang lalu. Negara ini menyembunyikan kewujudan
mereka daripada penglihatan dunia, kerana vibranium adalah logam yang sangat
berkuasa dan adalah sangat merbahaya sekiranya ada pihak luar yang mengetahui
tentang logam ni dan mahu mendapatkannya untuk digunakan bagi tujuan jahat.
Namun konflik mula timbul apabila ada pihak luar yang berjaya mencuri
sedikit vibranium. Di sini, Putera T’Challa, yang kemudiannya dimahkotakan
sebagai Raja Wakanda yang baru perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk ‘deal’
dengan pihak tersebut demi keselamatan negaranya.
Black Panther
Review:
Filem ni memang berbeza daripada lambakan filem superhero lain, yang
selalunya terdiri daripada musuh yang memang jahat yang nak kongker dunia. Dia
menampakkan satu sisi berbeza iaitu macam mana seorang musuh boleh wujud,
mestilah ada sebabnya kan? Musuhnya bukan nak rampas takhta sangat, tapi nakkan
keadilan manusiawi. Bagi aku itulah yang paling menarik tentang cerita ni.
Pastu, Wakanda juga digambarkan sebagai sebuah negara yang sangat
moden+futuristik tapi tetap ada ciri-ciri budaya unik, iaitu pada pakaian
diorang (hebat arrr pereka kostum dia), then pada budaya yang silangkan tangan
jadi bentuk X apabila raja lalu atau mengadap raja (macam kalau kita di
Malaysia, kita angkat sembah sambil sebut ‘Ampun Tuanku’)
Pasukan hulubalang raja dia pulak terdiri daripada wanita-wanita gagah
perkasa. Bila bertarung setanding dengan lelaki. Wow! Selepas menyaksikan
barisan pahlawan wanita dalam Wonder Woman, yang ini memang betul-betul gempak.
Kemudian, semua watak dalam filem ni tidak dicipta for no reason.
Semuanya ada karakter yang kuat. Aku paling suka watak Princess Shuri, adik
perempuan T’Challa tu. Dia bukan typical princess yang berperangai manja,
breakfast atas katil, kerja-kerja lain semua dayang buatkan HAHAHA dia bukan
princess macam tu. Dia adalah seorang genius teknologi dan menjadi ‘leader’
untuk bahagian rekabentuk teknologi Wakanda.
Dan kalau korang perasan, filem ni mengandungi sindiran pedas terhadap
negara-negara yang buat-buat tak nampak akan penderitaan di negara lain.
Diorang juga mengangkat isu kolonialisme, sistem perhambaan, isu racist antara
kulit hitam dan kulit putih.
Scene action – meletoppp. Terutama kejar-mengejar kereta kat Korea tu.
Ahjumma tukang jaga kelab malam tu pun mencuit hati je aksi dia😂
Unsur humor tetap ada diselang-selikan (aku tak sangka lak M’Baku tu
menghiburkan later on, sebab masa awal-awal dia nampak ganas. Haha). Muzik
latar dan sinematografi jugak memukau, sampai penonton rasa Wakanda macam
betul-betul wujud😅
Cuma scene pertarungan antara T’Challa dengan N’Jadaka tu biasa-biasa je,
kalau buat lebih gempak sikit pasti lebih menarik😃
No comments:
Post a Comment