Thursday, March 17, 2022

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)


Genre: Animated, fantasy, action

Sinopsis:

Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 beradik iaitu Pengu, Jagan, Amba, Pranee dan Sisudatu @ Sisu. Terletak di sekitar benua Asia Tenggara, Kumandra diserang wabak yg digelar Druun, membuat manusia menjadi batu. Pengu, Jagan, Amba dan Pranee menyatukan kuasa magic masing2 dalam sebuah bebola sebelum mengorbankan diri mereka sendiri kepada Druun. Dengan bebola itu, adik bongsu mereka Sisu berjaya memusnahkan Druun dan memulihkan semula semua manusia yg telah menjadi batu. Selepas itu Sisu menghilang dan meninggalkan bebola naga itu dalam jagaan pemimpin Kumandra, iaitu manusia yg telah dipulihkan semula tu.

Perebutan kuasa untuk mendapatkan bebola itu telah memecah-belahkan masyarakat Kumandra menjadi 5 suku, dinamakan berdasarkan penempatan mereka di sepanjang sungai raksasa yang menyerupai bahagian badan seekor naga iaitu Fang, Heart, Spine, Talon dan Tail.

500 tahun berlalu. Ketua suku Heart, Chief Benja melatih puterinya yang bernama Raya untuk menjadi penjaga bebola tu dan percaya bahawa kelima-lima suku akan kembali bersatu sebagai Kumandra. Namun dalam satu kejadian berebut, bebola naga tu telah pecah kepada 5 serpihan dengan setiap puak berjaya grab satu bahagian.

Dengan berkecainya bebola tu, Druun pun muncul dan menyerang semua manusia yg ada dan ramai laa yg telah bertukar menjadi batu termasuklah Chief Benja sendiri. Tinggallah Raya sendirian dan selama sehingga 6 tahun kemudiannya dia berusaha menjejaki Sisu untuk membantunya menemukan semula kesemua pecahan bebola naga yang hilang tu.

Review:

Dua mesej utama yg didukung oleh filem ini ialah Trust (percaya) dan Reunited (menyatukan semula). Bagi Chief Benja, untuk menyatukan semula kelima-lima wilayah yg terpisah untuk kembali menjadi Kumandra, harus ada rasa percaya dan buang segala prasangka. Kepercayaan yg hancur kerana pengkhianatan bukan mudah nak dapat balik. Tapi, satu pihak perlu mengambil langkah pertama untuk memulihkannya. Baru la dapat mencapai hasrat penyatuan semula tu.

Ada 5 daerah masing2 dan setiap daerah diwakili satu puak. OK kita tahu background cerita ni ialah benua Asia Tenggara, dan kita tahu di Asia Tenggara ni ada 11 buah negara. Jadi penulis tidak menggambarkan Kumandra ni sebagai one particular country tetapi dia ambil sana sikit, sini sikit, dan gabungkan semua ciri2 tu untuk membentuk satu fictional land. 

Dari atas: Talon, Tail, Fang dan Spine

1.       Fang – Daerah paling moden, maju dari segi ketenteraan dan sentiasa bersiap-siaga untuk sebarang kemungkinan. Rakyat dia dilatih dengan ilmu military sejak kanak2 lagi. Mereka juga menunggang kucing gergasi macam menunggang kuda, wow! Pemimpin Fang ialah Chieftess Virana dan puterinya, Namaari. Fang juga merupakan satu dari tiga daerah yg rakyatnya tidak diserang oleh Druun kerana dikelilingi air terusan buatan mereka sendiri (kelemahan Druun ialah air).

2.       Heart – Daerah paling kaya dengan segala sumber alam dan sentiasa dicemburui oleh 4 daerah lain. Apatah lagi di Heart ni bebola magic Sisu tersimpan, so 4 daerah lain tu menyangka bebola magic tu la yg membuatkan Heart ada segala-galanya. Pemandangan di Heart kaya dengan hutan hujan tropika yg subur menghijau dan masyarakat yg damai. Orang2 kat Heart ni nampaknya jenis yg buat kerja2 yg direct dengan alam semulajadi. Ayah Raya, Chief Benja merupakan pemimpin Heart.

3.       Spine – Daerah yg paling sejuk dan merupakan hutan buluh yg sentiasa dilitupi salji dan terletak di pergunungan. Mereka berbadan besar, sentiasa memakai pakaian yg tebal dan menggunakan kapak gergasi sebagai senjata. Rupa diorang ala2 orang belah2 Myanmar, Laos dan Cambodia sana. Pemimpinnya adalah seorang lelaki yg nama tidak dinyatakan dalam filem ni. Dalam Raya punya quest, hanya seorang sahaja manusia ditemui di Spine iaitu Tong.

4.       Talon – Daerah yg merupakan perkampungan atas air dan ada pasar terapung. Juga tidak diserang Druun kerana dikelilingi air, cuma chief dia iaitu Dang Hai sorang je yg telah disumpah menjadi batu. Rakyat dia yg lain selamat dan masih meneruskan kehidupan macam biasa. Di sini Raya diperdayakan oleh con baby iaitu Noi and the three Ongis, yg kemudiannya menyertai quest dia.

5.       Tail – Daerah yg paling hujung, merupakan kawasan gurun kering. Pemimpinnya adalah seorang wanita (nama tidak dinyatakan). Sepertimana Spine, Tail juga teruk diserang Druun dan manusia yg tinggal hanya seorang iaitu Boun.

3.  

     Villain – Kita nak kata siapa villain dalam cerita ni? Druun ke Namaari? OK Druun memang satu ancaman tapi bukan berbentuk jasad, dia macam satu bentuk kepulan asap yg penuh sihir tak tau dari mana datang. Dan kita nampak Namaari sebagai orang jahat kerana mengkhianati Raya. Tapi jika anda benar2 menghayati jalan ceritanya, villain yg sebenar ialah perasaan tidak percaya antara kelima-lima tribe tu antara satu sama lain. Sebab tu la diorang berebutkan bebola magic naga tu, nak memilikinya kerana perasaan ingin melindungi tribe masing2 daripada ancaman Druun.

 

Dan satu perkara yg jadi lambang identiti tersendiri Kumandra ialah hand gesture tu, aku suka sangat sebab ia menonjolkan satu identiti sendiri yg special. Paras isyarat tu menunjukkan jumlah rasa hormat yang diberikan. Maksudnya kat sini bila kau angkat tangan dan buat handmove tu kat dahi, menunjukkan kau sangat2 menghormati pihak yg kau berikan handmove tu. Kalau rendah sikit, letak tangan tu kat dada dan sebagainya. Macam tu la. Even Namaari yg pada awalnya digambarkan sebagai villain tu pun, siap buat handmove tu semasa melalui kawasan yg naga2 tu dah jadi batu. Tinggi kat atas kepala, menunjukkan betapa dia memandang tinggi pada naga.



 

Cakap tentang handmove, kalau perasan juga posisi manusia2 yg dah disumpah jadi batu tu adalah dalam keadaan berdiri sambil tangan mereka dicantumkan, seolah2 memegang sesuatu dalam tapak tangan untuk dihulurkan kepada sesiapa yg berada di depan mereka. Pada pendapat aku ini adalah simbolik kepada rasa percaya.

 

Aku belajar perkataan baru dalam filem ni, iaitu binturi dan dep-la. Maksudnya penipu, pencuri etc. an insult. Ala2 ‘you bitch’ kalau dalam bahasa Inggeris.

 

Filem ni disiapkan dalam keadaan pandemic Covid 19 yg melanda dunia, so bila tengok Druun tu rasa macam virus Corona plak. Begitu laju dan siapa yg kena susah nak elak, terus jadi batu (macam kita la yg membeku dalam rumah)



 Gabungan ciri2 budaya dan identiti negara2 Asia Tenggara diperlihatkan pada kelima-lima suku, antara yg aku dapat detect ialah:

1.       Nama Raya tu sendiri membawa erti besar, meriah dan sesuatu yg dibanggakan – mencerminkan watak utama cerita ni. Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya, pastu lagu kebangsaan Indonesia bertajuk Indonesia Raya.

2.       Naga – naga dalam cerita ni based on legenda Tasik Chini. So dia naga air, bukan yg hembus api macam yg selalu kita dengar tu. Rupa bentuk naga ni pulak diilhamkan dari legenda Bakunawa (Filipina), Hera (Thailand) dan Naga (Laos). Dia macam ular besar dan boleh terbang, dicantikkan lagi dgn ‘rambut’ pastu ada tanduk macam unicorn. Setiap naga utama tu ada kuasa magic tersendiri iaitu: Pengu (hydrokinesis and precipitation summoning); Pranee (shapeshifting); Amba (glowing abilities), Jagan (fog generation) dan Sisu (strong swimmer). Dan aku suka karakter Sisu ni sebab dia kelakar

3.       Seni wayang kulit ditampilkan dlm narration pasal sejarah Kumandra di awal filem.

4.       Seni bela diri – ada 3 jenis ditampilkan iaitu pencak silat (Malaysia/Indonesia), arnis (Filipina) dan muay Thai (Thailand). Arnis tu kita boleh lihat pada awal filem iaitu semasa Raya cuba masuk ke dalam kuil Heart (yg ayah dia cuba stopkan dia tu). Selepas daripada tu Raya banyak menggunakan pencak silat. Manakala Namaari menggunakan Teknik muay Thai.

5.       Kostum – pakaian Raya masa kecil dan pakaian kuning tu inspired dari kostum pahlawan wanita Thailand yg dikenali sebagai Tabengman. Cape merah tu inspired dari pakaian Myanmar yg dikenali sebagai Bagan. Pengawal kat rumah penghulu Talon tu pulak nampak macam pakaian hulubalang Melayu zaman dahulukala.

6.       Topi – yg Raya pakai, macam tudung saji tu…haa tu nama dia Salakot, topi tradisional Filipina.

7.       Senjata – kalau perasan, pedang panjang Raya dan ayah dia tu berbentuk macam keris yg turun-temurun di Nusantara Melayu ni. Menarik kan? Orang2 Tail pula senjata diorang berbentuk sabit atau celurit, asal dari kaum Madura di Indonesia.

8.       Muzik/alat muzik – lagu OST filem ini yg bertajuk Trust Again, diiringi alat2 muzik tradisional Asia Tenggara seperti bungkau (berasal dari Sabah, Malaysia), seruling, angklung (Jawa Barat, Indonesia), dan gamelan (Bali, Indonesia). Alat muzik tradisional Thailand pun ada tapi aku tak dapat cari namanya. Sesiapa yg tahu boleh tolong inform

9.       Ciri batik – iaitu batik Indonesia, ada ditunjukkan di awal filem semasa pihak Heart tengah buat persiapan nak sambut kedatangan wakil2 dari empat suku lain

10.   Istana dan lain-lain binaan – istana Heart tu inspired dari rekabentuk Istana Negara di Malaysia ni, tapi hiasan dalamannya banyak pengaruh Thailand. Manakala istana Fang diilhamkan dari candi terkenal Cambodia, Angkor Wat dengan bumbung seperti Rumah Gadang (Minangkabau, Indonesia).

11.   Pasar malam/kampung terapung di Talon – haaaa yg ni best aku nak sebut, sebab aku sendiri pernah mengunjungi floating market di Bandung (Indonesia), Ho Chi Minh (Vietnam) dan Bangkok (Thailand). Di Laos dan Myanmar pun ada…so yes, Asia Tenggara dan pasar terapung berpisah tiada! Manakala perkampungan atas air korang boleh jumpa di Borneo. Sabah, Sarawak dan Brunei ada. Gituhh

12.   Bentuk muka bumi – anda tahu Asia Tenggara kaya dengan hutan tropika, sungai dan sawah padi kan? Seperti yg kita lihat di Heart dan Fang. Tapi jangan tak tahu, kawasan gurun pasir seperti di Tail juga ada iaitu di daerah Mui Ne, Vietnam. Belum lagi kawasan pergunungan yg sejuk seperti di Spine iaitu Kundasang, Sabah (Malaysia), Sapa dan Gunung Fansipan (Vietnam) dan Gunung Rinjani, Lombok (Indonesia).

13.   Makanan – yg paling ketara aku nampak Tomyam laa. Tom yam ni berasal dari Thailand dan Laos, dan sekarang ni setiap negara di Asia Tenggara ada versi tom yam memasing. Pastu dia tunjuk nasi selaku makanan ruji kat rantau ni (sila refer pada point no.11, aku ada mention sawah padi). Ada nasi lemak, pastu ada sate, bubur, sambal, buah durian, buah mata kucing juga kelihatan dalam filem ni. Aku sangat suka cara filem ini memperlihatkan makanan sebagai ‘bahasa kasih sayang’ dan warm welcome. Benar, di Asia Tenggara, kasih sayang ditunjukkan melalui makanan. Memasak dan menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih dan ikhlas, buatkan makanan tu rasa sedap je bila dinikmati walaupun menu yg simple kan? Kena sangat dengan tagline Raya, Sisu dan Boun = ‘Who’s hungry?’

14.   Sidekick – Tuktuk sahabat Raya diinspirasikan dari kenderaan tradisional Thailand yg juga bernama Tuktuk. Dia digambarkan kecil pada mulanya tapi bila Raya dah besar, dia pulak jadi lebih besar dari Raya. Aku rasa sebab penulis nak buat dia bertindak sebagai ‘kenderaan’ untuk Raya bergerak

 

Sebagai rakyat salah satu negara yg terletak di Asia Tenggara, aku sangat gembira dengan penghasilan filem ni. Thank you Disney!

Monday, September 6, 2021

'Kehilangan' selama 3 tahun :P

Fuh.....tiga tahun aku tinggalkan blog ni. Baru bulan Jun 2021 teringat balik yang aku pernah mengarang kat sini. Itu pun sebab dah terlalu bosan melihat suasana di facebook (dan socmed yang lain). Sana-sini orang bergaduh, bertekak pasal macam-macam isu. Aku nak post gambar pun rasa tak syok. Ermmm

Mungkin satu je sebab aku masih bertahan kat facebook tu ialah aku sayang movie reviews aku 😩 Tengok lah..slow-slow aku nak move ke blog ni untuk movie reviews.

OK lah, nak draft satu-persatu tentang apa yang berlaku dalam tempoh 3 tahun aku 'hilang' dari blog ni. Tungguuu 😁

Friday, September 3, 2021

Ruang peribadi

Aku sangat percaya kalau kita nak hidup aman di dunia ni, kena sentiasa be nice to everybody, jangan cari pasal dengan orang. Jarang orang nak berdendam dengan kita tanpa sebab. Bersederhana dalam menjaga ruang peribadi antara kita dengan orang sekeliling. Even dengan family sendiri pun ada limit yang kita perlu batasi, inikan pulak orang luar kan?
Apa itu ruang peribadi? Atau personal space dalam Bahasa Inggeris. Maksudnya ialah jarak dari seseorang individu tertentu di mana kita rasa selesa apabila bercakap atau berada dekat orang tu. Untuk lebih jelas rujuk gambar di bawah ni.




Setiap daripada kita mempunyai jarak tersendiri dengan orang-orang di sekeliling kita. Ambil contoh kawan, tak semua kawan kita, kita akan layan sama rata, kan? Ada yang rapat tahap boleh tido sebantal. Ada yang rapat di tempat kerja, bila punch out masing-masing buat hal sendiri@ada life sendiri. Ada yang jumpa sekali-sekala je. Ada yang kita selesa berteman di laman social je, tak berhasrat nak jumpa kat luar pun. Ada yang buat kita rasa nak lari bila terjumpa dia atau nampak nombor dia naik kat skrin telefon kita.

Dan bila kita jaga ruang peribadi, sekaligus kena la berpada-pada kalau nak menolong orang. Tak kira la menolong dari segi duit ke, pinjam barang ke, khidmat nasihat ke dll. Sebab ada sejenis manusia yang perangai macam monyet, bila kau dah tolong dia sekali, next time dia perlu dia expect kau SENTIASA ADA je untuk dia minta tolong (read: dia expect kau sentiasa ada untuk dia kulikan). Aku ada pengalaman dalam hal ni.
Kisahnya kira-kira 4 tahun yang lalu aku ada jiran ni, pasangan muda yang baru 2 tahun kahwin (masa tu). Si suami kerja kontraktor apa entah dan isterinya kerja kat kompleks kerajaan Jalan Duta ni, cuma berlainan jabatan la dengan aku. Dah alang-alang kerja sama tempat, aku ajak la dia carpool. OK lah tungtung minyak. Macam biasa di permulaan memang takde masalah, semuanya OK lahhhh.
Ceritanya bermula bila ayah si suami sakit dan dia nak pinjam kereta aku. Oh, pasangan ni ada sebiji MyVi dan motor. Tapi MyVi tu dia bagi pekerja dia pakai. Disebabkan kesian, aku bagi lah. Tapi lepas tu naik lemak pulak. Nak pegi kenduri kahwin je pun nak pinjam kereta aku. Apa kejadah…kau laki bini berdua je kot. Naik je la motor tu. Bukannya nak kena bawak barang hantaran kahwin pegi kenduri. So, keputusannya aku tak bagi la. Aku cakap aku ada hal, nak keluar. Lepas tu aku pegi tengok konsert rock kat Ampang, boleh lak pukul 12 tengah malam dia mesej aku tanya aku kat mana, balik pukul berapa…aku cakap aku tido rumah kawan. Senyap.
Beberapa lama kemudian si suami pergi outstation, pastu balik turun kat airport Subang. Aku ingat lagi masa tu hari Isnin. So masa balik kerja, si isteri cuba buka mulut nak pinjam kereta aku untuk pergi pickup suami dia petang tu. Aku tak beri sebarang jawapan dengan harapan dia faham yang aku keberatan. Pastu esoknya kitorang pegi kerja macam biasa. Aku tanyalah suami dia balik naik apa semalam. Tahu apa dia jawab? “Oo…belum balik lagi..tido kat airport. Tu yang ingat nak pinjam kereta akak semalam”
WTF??? Tak dapat kereta aku sampai sanggup tido kat airport? Wallawey…aku yang perempuan ni landing kat KLIA pun aku pandai balik sendiri ke rumah…public transport berlambak…..jadah apa nak pinjam kereta orang begitu bersungguh-sungguh sampai macam tu sekali? Dah la lelaki…kau expect bini kau pegi jemput kau??? Aiyooooooo telo mana telo? (geram weh)
Keputusannya, aku cakap maaf la tak dapat nak bagi (alasan apa tah, aku pun tak ingat apa aku cakap). Tapi, yeah, hasilnya ialah selama 2 bulan berturut-turut lepas tu dia buat-buat lupa je duit minyak pegi balik kerja yang sepatutnya ditungtung bersama. Lucky me hujung tahun 2015 dia kena pindah tempat kerja. Sujud syukurrrrrr.
So, tu la dia. Kalau orang tu minta tolong kali pertama, add on ayat ni bila orang tu ucapkan terima kasih kat kau. "Ala kebetulan aku mampu tolong ni aku tolonglah, lain kali belum tahu lagi, kalau tak mampu aku minta maaflah". Biar orang tu alert bahawa kau bukan badan kebajikan and not everytime dia ada masalah, dia boleh cari kau. Semua orang hidup atas dunia ni ada struggle masing-masing....so jangan nak lemak sangat la eihhhh.
Belajar berdikari, okey?

Thursday, August 9, 2018

Antara Backstreet Boys dan Ruffedge

OK hari ni nak mengimbas sedikit memori zaman lampau dalam kehidupan aku yang sekarang ni dah berumur 37 tahun. Ye aku lahir tahun 1981. Tak caya sudah. HAHAHA

Sebagai perempuan yang melalui zaman remaja sekolah menengah pada tahun 90an dan zaman student kolej pada awal 2000-an, radio dan TV adalah perkara yang tak dapat dipisahkan. Dunia hiburan Malaysia dan antarabangsa sama rancak pada ketika itu, dan satu perkara yang aku kira aku masih tak boleh nak elak dari mengikuti perkembangannya sampai sekarang ialah group vocal atau sesetengahnya juga dipanggil sebagai ‘boy band’.

Berpuluh-puluh la boy band yang pernah menghiasi industri muzik Malaysia dan jugak di Amerika dan Eropah sana, yang kemudiannya menular pulak ke Korea Selatan bila irama K-pop mula mendapat perhatian. Negara-negara lain pun ada jugak boy band rasanya tapi aku tak ambil tahu sangat la HAHAHA

Dalam banyak-banyak tu ada dua group ni yang aku rasa paling aku minat tahap ultimate punya minat, untuk era masing-masing. Era 90an aku paling minat kumpulan dari Amerika, Backstreet Boys. Dan awal 2000 group kegemaran aku ialah kumpulan dari Malaysia sendiri, Ruffedge.




Dua kumpulan ni memanglah menampilkan muzik yang berbeza dalam album masing-masing. Tapi tahukah anda, Backstreet Boys dan Ruffedge sebenarnya mempunyai beberapa persamaan hasil daripada ‘kajian’ (kaji lah sangat! Hahaha) aku selama bertahun-tahun bergelar peminat diorang.

Tempat mereka mengasah bakat nyanyian sebelum mendapat kontrak rakaman
Kedua-dua kumpulan ini bermula dengan menyanyi di tepi kedai. Kalau Ruffedge dulu selalu jamming kat depan 7-Eleven Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur………..Backstreet Boys pula yang ketika itu terdiri daripada AJ, Howie D dan Nick menghabiskan masa menyanyi di tepi kedai-kedai di pasar bernama Backstreet Market, Orlando, Florida. (And that’s how they got their group name).

Vokal setiap anggotanya ada identiti sendiri
Kalau kau selalu dengar lagu-lagu diorang tentu kau perasan. Setakat yang aku ingat, daripada 8 album Backstreet Boys dan 5 album Ruffedge, setiap anggota mereka ada ‘suara’ tersendiri. Maksud aku, kalau verse 1 orang ni ambik, verse 2 orang tu ambik. Chorus lak orang lain ambik. Bridge orang lain lak ambik. Kau boleh tahu suara siapa sebab vokal diorang masing-masing tersendiri. Senang bezakan suara siapa yang ni, suara siapa yang tu.

Kekuatan mereka terletak pada kumpulan
Walaupun masing-masing boleh menyanyi dengan baik, tapi. Ada kau lihat mana-mana anggota dua kumpulan ini yang berjaya sebagai penyanyi solo? Maksud aku, berjaya yang betul-betul berjaya sampai jadi phenomenal. Kalau berkolaborasi dengan artis lain tu banyak la diorang buat, tapi go solo sampai nak dikatakan berjaya macam Justin Timberlake (ex-Nsync) atau Robbie Williams (ex-Take That), takde la.
Additional fact: Brian Littrell (BSB) dan Amer (RE) pernah menghasilkan album solo berbentuk kerohanian.

Anggota first yang kahwin dah ada anak remaja
Ha ha ha…sila tengok gambar di bawah ni


Brian (BSB) dan anak tunggalnya yang kini berusia 16 tahun


 Azan (Ruffedge) dan anak sulungnya yang kini berusia 14 tahun

Feel old yet?

Single terbaru 2018
Last sekali aku just nak inform, kedua-dua group ni dah muncul dengan single terbaru memasing iaitu:
Backstreet Boys – Don't Go Breaking My Heart (Mei 2018)
Ruffedge – Seperti Mereka (Julai 2018)

Sebenarnya post ni dah lama dah aku karang. Cuma baru la ni masa yang sesuai untuk post memandangkan konsert pertama Ruffedge baru saja berlangsung di KL Live pada hari Sabtu lepas (4 Ogos 2018).

So, 2018 adalah tahun yang penuh dengan berita baik untuk penggemar vocal group@boy band. Yeah!!!

Friday, July 27, 2018

Catatan Perjalananku: Surabaya 2018 (Part 2)

Seperti yang dijanjikan inilah senarai tempat lawatan aku kat Surabaya. Hehe jemput baca.

DAY 1 - 18 JULAI 2018
Bertolak dari KLIA2 dengan penerbangan Air Asia Indonesia jam 12.45 tengah hari. Penerbangan ke Surabaya mengambil masa 2 jam 35 minit.
Aku landing kat airport dah petang (kira-kira jam 2.25 petang waktu Surabaya) so masuk hotel aku berehat sajalah tunggu kawan aku datang. So trip start lepas waktu Maghrib. Kami singgah makan di gerai tak jauh dari hotel aku. Sedap nasi lele penyet dia, sekali dengan air teh o ais baru Rp.15,500 (lebih kurang RM4.40)

Mula-mula kami naik grab ke Monumen Kapal Selam (MonKaSel). Tiket masuknya Rp.15,000 saja (dalam RM4.30). Monumen ni sebenarnya adalah sebuah kapal selam yang dijadikan muzium. Nama kapal selam ni ialah KRI Pasopati 410, milik Angkatan Laut Republik Indonesia dan pernah digunakan dalam pertempuran melawan pendudukan Belanda di Papua@Irian Jaya.
Untuk pengetahuan anda juga, MonKaSel adalah satu daripada dua monumen berbentuk kapal selam yang terdapat di Asia Tenggara. Yang satu lagi ada kat Melaka.


Di luar


Di dalam kapal selamnya

Agak-agak dah puas berfoto kat situ, kami meneruskan acara dengan berjalan kaki dan sempat lalu dalam pusat beli-belah Plaza Surabaya. Haaa kat mall ni ada cerita angker. Alkisahnya dulu bangunan mall ni merupakan sebuah hospital. Sekitar tahun 1970-an, ada satu tragedi berlaku di mana seorang suster (jururawat atau kita biasa panggil, misi) mati tersepit kat pintu lif yang rosak. Dikatakan arwah beliau lah yang bergentayangan tu. Hohoho


Plaza Surabaya

Kemudian kami tiba di Monumen Bambu Runcing. Ini merupakan salah satu monumen yang wajib dikunjungi sekiranya anda datang ke Surabaya, for it is one of Surabaya punya ikon. Terletak di tengah pekan dan korang boleh ambil gambar dari seberang jalan sebab sini kereta laju-laju, baik jangan melintas. Haha. Dan ada kisah menarik juga tentang monumen ni.
Bambu (buluh) ni adalah senjata tradisional yang digunakan oleh tentera Indonesia dalam pertempuran melawan Belanda pada 10 November 1945 yang sekarang dijadikan Hari Pahlawan Indonesia. Alkisahnya, tentera Belanda cukup takut kat bambu ni sebab sekali terkena tikaman dia, bisanya cukup menyeksakan sebab hujung yang runcing tu ditaruk racun..!! Lagi seksa daripada kena tembak pastu terus mati. Wooooo


Monumen Bambu Runcing

Lepas tu naik grab balik hotel. Tamat sesi lawatan hari pertama.

DAY 2 - 19 JULAI 2018
Esok paginya aku naik grabbike ke gedung City of Tomorrow (CITO) Mall. Makan dan beli baju sambil tunggu kawan aku tu. Dia datang dah petang sikit sebab ambik anak dia dari sekolah. Kami terus ambik grab ke Tugu Pahlawan






Tugu Pahlawan

Di sini juga terletaknya Museum Sepuluh November yang menyimpan pelbagai bahan dan sumber ilmu tentang pertempuran bersejarah Indonesia ni. Tiket masuknya hanya Rp.5,000 (RM1.43). Murah tak hingatttttt.


Potret gambaran perjuangan rakyat Indonesia dalam menuntut kemerdekaan


Ni macam Tugu Negara Malaysia kat Jalan Parlimen tu




Diorama-diorama kronologi perjuangan mencapai kemerdekaan


Siapa yang perangai macam ni kalau pergi muzium, kita geng..Hahahaha

Habis kat situ, kami naik grab lagi…menuju ke Museum House of Sampoerna. Ni salah satu bangunan tinggalan Belanda di mana dipaparkan sejarah penghasilan rokok jenama Sampoerna di Indonesia. Ada juga dipamerkan lukisan (macam galeri seni). Muzium ni masuk free je, jenuh aku cari kaunter kat mana nak bayar alih-alih free. Hahhaaha

Kemudian kami naik grab lagi menuju ke Taman Bungkul. Taman ni terletak dalam pekan, ada fountain dan disinari cahaya lampu nan indah jadi datanglah pada waktu malam. Kat sini orang jogging dan bersantai dengan keluarga, boleh menjamu selera juga sebab banyak penjual makanan.




Lepas makan kat situ, kami berjalan kaki ke Monumen Suroboyo yang terletak di depan Kebun Binatang Surabaya (kebun binatang tu zoo lah. Haha). Dekat je dalam 1 km camtu. Apa kebendanya Monumen Suroboyo ni? Haaa….inilah dia monumen berbentuk ikan sura (kita panggil jerung) dengan buaya tu. Dari dua haiwan ni la yang kota Surabaya mendapat namanya.





Lepas berfoto kat situ kami balik hotel naik grab…dan recharge tenaga untuk acara esok pulak. Done 2nd day! Haha

DAY 3 - 20 JULAI 2018
It's my 37th birthday hahaha......tapi hari ketiga ni agak caprut sikit lah, sebab kedai souvenir yang aku google rupa-rupanya dah bertahun tak beroperasi…tapi kat google dia tulis open 24 jam eh geram jugak lah sebab naik grabbike hampir 40 minit alih-alih jadi camtu….lalu aku balik semula ke hotel lah dan singgah kedai tapau nasi campur. Rehat dan nap sekejap.

Lewat petang baru kawan aku datang dan kami naik grab ke Pantai Kenjeran yang terletak agak jauh jugak, hampir satu jam perjalanan. Sampai sana hari dah gelap, aku tertanya-tanya mana dia jambatan yang berwarna-warni macam aku tengok dalam internet tu. Gelap gelita je, yang ada berlampu cantik cuma signboard Kenjeran. Bila tanya orang kat situ katanya ada kerosakan teknikal (elektrik punya hal)….siap dengan kedai-kedai kat tepi pantai tu pun terpaksa bergelap sebab supply elektrik tarak. Aduh kecewa sungguh rasanya…apakan daya takde rezeki nak menikmati keindahan Jambatan Kenjeran. Cuma dapat beli sedikit souvenir sebelum ambik grab pulang ke pekan.



Tepi pantai


Kami turun di Taman Apsari di mana berdirinya Monumen Patung Gubernor Suryo, gabenor pertama Jawa TimurBeliau ni telah memimpin rakyat Jawa Timur menentang pihak Inggeris, dan perangnya bermula pada 10 November 1945 selama 3 minggu. Sampai jadi padang jarak padang tekukur lah kiranya sebelum diorang berundur ke Mojokerto untuk berlindung (darurat).



Monumen Patung Gubernor Suryo


Di seberang jalan, betul-betul berhadapan dengan patung ni ialah bangunan Gedung Grahadi, yang kini dijadikan pejabat gabenor Jawa Timur sekarang. Cantik dihiasi dua layer lampu berwarna merah dan putih, iaitu warna bendera Indonesia. Terubatlah sikit hati yang kecewa gara-gara kejadian pagi tadi dan juga kes Jambatan Kenjeran.



Gedung Grahadi

Kemudian kami naik grab lagi menuju ke Taman Pelangi, yang tak jauh daripada hotel aku menginap. Taman ni lagi cantik, dengan lampu warna-warni tu….OK terus hilang rasa hampa tadi. Heheh. 



Taman Pelangi

Lepas tu ambik grab balik hotel. Tamat sesi hari ke-3 😊



DAY 4 - 21 JULAI 2018
Hari keempat dan terakhir ni aku jalan sorang-sorang je sebab kawan aku tak dapat menemani. Pagi-pagi aku dah naik grab ke Museum Surabaya (Gedung Siola). Ini adalah satu lagi bangunan tinggalan Belanda yang dulunya pusat membeli-belah. Sekarang dah dijadikan pusat urusan perkhidmatan awam (ala konsep macam UTC kalau kat Malaysia). Tapi kenapa namanya ada sub-nama Gedung Siola? Haaa…ceritanya macam ni. Walikota (datuk bandar) Surabaya mengilhamkan idea untuk menjadikan sebahagian dari ruang bangunan ni sebagai tempat pameran bahan-bahan bersejarah, so that bila orang ramai datang berurusan, secara tak langsung sambil menunggu tu diorang boleh tengok-tengok apa yang ada di muzium ni. Masuk percuma je kayyyy. Rugi lah tak kunjungi tempat-tempat yang masuk percuma ni. Heheh


pintu Museum Surabaya (Gedung Siola). Yang di bawah ni ialah antara bahan-bahan yang dipamerkan di muzium ni:
















Habis kat situ, aku ambik grab ke pusat souvenir Mirota. Kata staff hotel tempat ni mahal sikit tapi barang-barang dia memang terbaik la. Susah sebenarnya nak cari kedai souvenir kat Surabaya ni, sebab dia bukan macam kat Bandung. Hoho


pusat souvenir Mirota

Lepas dah perabis hampir 1 juta rupiah kat situ, aku balik hotel tapau lunch dan berehat sebelum check out pukul 1 petang. Lepak kat lobi sampai pukul 3 sebab menunggu runner hantar kuih Bika Ambon yang dipesan oleh penyelia aku (dia suka sangat kuih ni, tiap kali aku ke Indonesia mesti dia mengirim). Pastu aku order grab terus ke airport. Lepak la kat airport pulak sampai kaunter check in luggage dibuka jam 7.00 malam.

Lepas campak luggage aku menemui sahabat internet aku sejak 14 tahun lalu, Gandu yang datang bersama isteri dan anaknya. First time jumpa macam dah bersaudara lama. Terharu betul diorang bawakan juadah kuih dan kek homemade, segan gila rasa sebab terlupa bawa ole-ole dari Malaysia. Tapi…!!! Itu tandanya aku kena kembali ke Surabaya…kan kan kan! 





Bersama Gandu dan isterinya, Fit serta anak perempuan mereka

Kembali ke KL aku rasa puas sangat…sebab ini trip solo pertama aku. Aku yang plan, aku yang tentukan apa nak dibuat, ke mana nak pergi, mana nak menginap, berapa nak belanja dan sebagainya..yeah, memang gembira. Malah opismate aku pun cakap “Eh betul-betul nampak sangat kau happy sejak balik dari Surabaya ni kan” hahaha maunya tak, kepuasan tu tak tergambar dengan kata-kata.

Seterusnya jemput lah layan gambar-gambar kenangan aku kat Surabaya di sini

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...