HARI KETIGA, 14
FEBRUARI 2017
HARI KEEMPAT, 15 FEBRUARI 2017
Sebelum mekap jadi comot dan tudung senget-benget keluar berjalan, make sure selfie dulu 😂
- Menikmati
breakfast bubur
lambukayam di gerai tepi jalan. Harganya Rp. 20,000 (RM6.00)
- Hari ni supir bawa kami ke Kawah Putih yang terkenal tu. Tiket masuk ialah Rp. 50,000 seorang (RM14.30) dan Rp. 25,000 (RM7.20) untuk parking kereta.
Cantik kan?
- Kawah ni terbentuk dari letusan Gunung Patuha. Kawah ni ditemui pada tahun 1837 oleh seorang ahli geologi Jerman bernama Dr. Franz Wilhelm Junghuhn. Ia dipanggil Kawah Putih sebab tanahnya berwarna putih, hasil percampuran dengan belerang. Keunikan kawah ni ialah airnya berwarna putih kehijauan dan boleh berubah-ubah, bergantung kepada kadar belerang, suhu dan cuaca pada ketika itu. Jadi adalah lebih baik anda bersedia dengan topeng penutup hidung dan mulut jika datang ke sini, dan standby payung atau baju hujan sekali.
Waktu ni bau sulfur sangat kuat. Jadi kami perlu memakai penutup hidung dan mulut
- Dalam tengah hari kami turun dan terus pulang ke pekan, dan singgah sekejap di outlet Air Asia untuk menempah luggage penerbangan balik ke Kuala Lumpur esoknya. Tengok beg macam dah nak beranak je…hehehe
- Sebelum balik hotel kami singgah shopping kat Pasar Baru untuk meneruskan acara shopping.
Aku sempat rembat dua helai baju kebaya macam ni. Cantikkkk
Hasil tangkapan untuk keluarga
- Dinner macam semalamnya gak, tapau makan kat bilik. Malam kami berehat je.
- Breakfast bubur ayam macam semalamnya
- Shopping lagi di Pasar Baru dan terus lunch kat situ
- Singgah beli brownies yang kawan-kawan kirim
- Jam 3.00 petang bergerak ke lapangan terbang. Flight pukul 7.25 malam, delay lebih satu jam.
Bye bye Bandung, pamit dulu ya
- Tiba di KLIA2 hampir jam 1.00 pagi
- Tiket dari KLIA2 ke Putrajaya Sentral: RM9.40
- Tiket parking selama 4 hari: RM30
Total
perbelanjaan aku hampir RM1260.00 jugaklah termasuk flight, hotel dan supir.
Thanks to my dear friend Aida, looking forward to travel together again with
you😉
2 comments:
Ingat lagi ko harga2 bubur tu semua.. nice entry!
Muahaha....kalau ko perasan masa tu kan aku bawak buku nota kecik masa kita melawat semua tu...kat situ la aku catat segala aktiviti dan perbelanjaan. Resit pun aku simpan (tapi ada gak yang dah hilang) :P
Post a Comment