Thursday, August 9, 2018

Antara Backstreet Boys dan Ruffedge

OK hari ni nak mengimbas sedikit memori zaman lampau dalam kehidupan aku yang sekarang ni dah berumur 37 tahun. Ye aku lahir tahun 1981. Tak caya sudah. HAHAHA

Sebagai perempuan yang melalui zaman remaja sekolah menengah pada tahun 90an dan zaman student kolej pada awal 2000-an, radio dan TV adalah perkara yang tak dapat dipisahkan. Dunia hiburan Malaysia dan antarabangsa sama rancak pada ketika itu, dan satu perkara yang aku kira aku masih tak boleh nak elak dari mengikuti perkembangannya sampai sekarang ialah group vocal atau sesetengahnya juga dipanggil sebagai ‘boy band’.

Berpuluh-puluh la boy band yang pernah menghiasi industri muzik Malaysia dan jugak di Amerika dan Eropah sana, yang kemudiannya menular pulak ke Korea Selatan bila irama K-pop mula mendapat perhatian. Negara-negara lain pun ada jugak boy band rasanya tapi aku tak ambil tahu sangat la HAHAHA

Dalam banyak-banyak tu ada dua group ni yang aku rasa paling aku minat tahap ultimate punya minat, untuk era masing-masing. Era 90an aku paling minat kumpulan dari Amerika, Backstreet Boys. Dan awal 2000 group kegemaran aku ialah kumpulan dari Malaysia sendiri, Ruffedge.




Dua kumpulan ni memanglah menampilkan muzik yang berbeza dalam album masing-masing. Tapi tahukah anda, Backstreet Boys dan Ruffedge sebenarnya mempunyai beberapa persamaan hasil daripada ‘kajian’ (kaji lah sangat! Hahaha) aku selama bertahun-tahun bergelar peminat diorang.

Tempat mereka mengasah bakat nyanyian sebelum mendapat kontrak rakaman
Kedua-dua kumpulan ini bermula dengan menyanyi di tepi kedai. Kalau Ruffedge dulu selalu jamming kat depan 7-Eleven Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur………..Backstreet Boys pula yang ketika itu terdiri daripada AJ, Howie D dan Nick menghabiskan masa menyanyi di tepi kedai-kedai di pasar bernama Backstreet Market, Orlando, Florida. (And that’s how they got their group name).

Vokal setiap anggotanya ada identiti sendiri
Kalau kau selalu dengar lagu-lagu diorang tentu kau perasan. Setakat yang aku ingat, daripada 8 album Backstreet Boys dan 5 album Ruffedge, setiap anggota mereka ada ‘suara’ tersendiri. Maksud aku, kalau verse 1 orang ni ambik, verse 2 orang tu ambik. Chorus lak orang lain ambik. Bridge orang lain lak ambik. Kau boleh tahu suara siapa sebab vokal diorang masing-masing tersendiri. Senang bezakan suara siapa yang ni, suara siapa yang tu.

Kekuatan mereka terletak pada kumpulan
Walaupun masing-masing boleh menyanyi dengan baik, tapi. Ada kau lihat mana-mana anggota dua kumpulan ini yang berjaya sebagai penyanyi solo? Maksud aku, berjaya yang betul-betul berjaya sampai jadi phenomenal. Kalau berkolaborasi dengan artis lain tu banyak la diorang buat, tapi go solo sampai nak dikatakan berjaya macam Justin Timberlake (ex-Nsync) atau Robbie Williams (ex-Take That), takde la.
Additional fact: Brian Littrell (BSB) dan Amer (RE) pernah menghasilkan album solo berbentuk kerohanian.

Anggota first yang kahwin dah ada anak remaja
Ha ha ha…sila tengok gambar di bawah ni


Brian (BSB) dan anak tunggalnya yang kini berusia 16 tahun


 Azan (Ruffedge) dan anak sulungnya yang kini berusia 14 tahun

Feel old yet?

Single terbaru 2018
Last sekali aku just nak inform, kedua-dua group ni dah muncul dengan single terbaru memasing iaitu:
Backstreet Boys – Don't Go Breaking My Heart (Mei 2018)
Ruffedge – Seperti Mereka (Julai 2018)

Sebenarnya post ni dah lama dah aku karang. Cuma baru la ni masa yang sesuai untuk post memandangkan konsert pertama Ruffedge baru saja berlangsung di KL Live pada hari Sabtu lepas (4 Ogos 2018).

So, 2018 adalah tahun yang penuh dengan berita baik untuk penggemar vocal group@boy band. Yeah!!!

No comments:

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...