Lambat gila aku publish
cerita ni. Dah setahun pun! Hahaha OK😂
Trip pertama aku tahun
lepas ialah ke negara jiran, Indonesia atau lebih tepatnya kota Bandung. Aku pergi
bersama bekas housemate aku iaitu si Aida. Tarikhnya ialah 12 hingga 15
Februari 2017 (4 hari 3 malam). Idea dari aku tapi segala booking kami buat
sama-sama, dari pembelian tiket flight sampailah book supir dan hotel.
Pecahan perbelanjaan
sebelum penerbangan:
- Tiket flight pergi-balik: RM276.00 (dah campur dengan luggage, flight insurans etc)
- Booking hotel: RM145.00 (dua hotel)
- Tiket tren dari Putrajaya Sentral ke KLIA2: RM9.40
- Tiba di Bandung, bayar advance untuk supir: Rp. 500,000 (RM163.50)
(Senarai tempat lawatan nanti aku post kat next entry)
Ini merupakan kali kedua aku berkunjung ke Bandung. Kali pertama dulu
trip shopping semata-mata, jadi kali ni aku dapat explore lebih lagi Bandung
kerana kami menggunakan supir. Lebih selesa, jadi seronoklah dan tak penat
sangat.
Review on trip Bandung kali ni:
1. Kejatuhan
nilai Ringgit memang terasa memberi kesan. Tahun 2015 dulu aku tukar RM285 dah
dapat Rp. 1juta. Tahun 2017 ni tukar dalam RM330 kot baru dapat Rp. 1juta. Jauh
beza tu woii
2. Cuacanya
sejuk je sebab musim hujan, tapi agak rugi jika anda berhajat nak melihat
pemandangan di puncak volcano macam Tangkuban Prahu dan Kawah Putih, sebab
kabus tebal! Nak bergambar pun kena tunggu kabus hilang dulu, tapi tak lama
pastu kabus muncul balik. Macam tu lah on off. Untuk aktiviti kat ground takde
masalah.
3. Makan kat
sana, terutama kat Lembang Floating Market memang sedap-sedap belaka. Cuma ayam
penyet di sana tak sesedap kat KL. Liat oii!
4. Pasal supir,
kami dipandu oleh dua orang supir. Sebenarnya yang sorang tu kami tak puas hati
sangat sebab dia tak berapa advise kami tentang cuaca dan jugak hari cuti am di
Indonesia. Jadi ada program yang aku dah susun terpaksa dibatalkan sebab tempat
attraction tu tutup (public holiday). Padahal sebelum terbang ke Bandung, aku
dah kasi itinerary siap-siap dalam whatsapp. Nampak sangat dia tak study habis
kan?
5. Supir yang
lagi sorang tu OK la sikit. Ada la jugak membantu, contohnya dia advise tentang
orang berniaga yang akan follow kau ke sana ke mari selagi kau tak beli barang
yang dia jual, ha macam tu lah.
6. Shopping
hanya dilakukan pada dua hari terakhir. Macam biasa la Indonesia memang banyak
benda best-best, rambang mata kalau tengok😄
2 comments:
Julie... sebenarnya luggage tu kita tak payah check in untuk flight pergi tu kan? Kita beli luggage sepatutnya time balik je kan? betul tak
Kan! Sepatutnya kita lenggang kangkung je ke sana :P
Post a Comment