Yeahh macam biasa inilah catatan perjalananku. Alhamdulillah aku berpeluang menjejakkan kaki ke negara keenam dalam senarai pengembaraanku iaitu China, specifically Beijing.
Trip ni dirancang dalam masa yang agak singkat, dua bulan aje. Kiranya lepas balik daripada Sydney aritu terus ternampak iklan backpacker ke Beijing dan tanpa berfikir panjang aku terus book tiket. Haha 😆
Pecahan perbelanjaan sebelum penerbangan:
• Tiket flight pergi-balik: RM861.00 (dah campur dgn luggage, meal, flight insurans etc)
• Booking hostel: RM149.00
• Visa China: RM104.20
• Ambil travel insurans dengan orang AIA Takaful: RM50.50
• Tambah luggage: RM102.00
• Tukar duit ke mawatang Yuan China, RM1498.00 = CNY2420
• Perbelanjaan beli barang2 musim sejuk seperti long john, winter coat, kasut, bagpack = ada la dalam RM500 kot
• Tiket flight pergi-balik: RM861.00 (dah campur dgn luggage, meal, flight insurans etc)
• Booking hostel: RM149.00
• Visa China: RM104.20
• Ambil travel insurans dengan orang AIA Takaful: RM50.50
• Tambah luggage: RM102.00
• Tukar duit ke mawatang Yuan China, RM1498.00 = CNY2420
• Perbelanjaan beli barang2 musim sejuk seperti long john, winter coat, kasut, bagpack = ada la dalam RM500 kot
(Senarai tempat lawatan nanti aku post kat next entry). Lebih kemas macam tu 😁
Sepanjang 5 hari kat Beijing ni apa yang aku perhatikan:
1. Kalau korang selalu berada di airport atau biasa travel mungkin korang dah lali dengan perangai rakyat China nih. Dalam flight tak reti duduk diam, bising cakap kuat2, dah tu boleh pulak diorang beratur kat toilet dalam flight tu macam toilet kat shopping mall....awaslah kalau mereka nak membuka ruang tempat simpan beg di atas kepala anda…!!! Nampak laa air muka pramugara/pramugari pun stress mengadap kerenah diorang ni😑
2. Kat Beijing plak, orang sini gemar meludah merata-rata. Bila kau berjalan, selang dua tiga langkah mesti jumpa air ludah. Tahan ajelah dan cuba elakkan dari terkena kasut korang. Yekk!!!!
3. Bab toilet, bersyukur sangat aku tak lalui pengalaman ‘ngeri’ macam yang aku baca kat blog2, toilet kat tempat tumpuan pelancong macam kat Summer Palace, stesen keretapi besar dan airport terjaga bersih, alhamdulillah
4. Salji takde turun pulak, tapi kesejukan yang melanda hampir membuat kami give up. Hahaha
5. Musim sejuk ni hari cepat gelap. Pukul 5.30 petang dah masuk waktu Maghrib. Best la kalau berpuasa kat sini, berbuka awal. Haha
6. Basikal sewa disediakan di pekan untuk kegunaan rakyat. Kalau korang nak guna basikal ni korang kena dapatkan kod daripada aplikasi dia😁 lepas tu kayuhla kemana saja. Bila dah selesai, boleh tinggalkan aje basikal tu..Tak perlu pulangkan kat tempat mana korang ambik.
7. Basikal dan motor ada laluan khas sendiri di jalan raya. So takde la nampak diorang mencilok2 kat tengah2 kenderaan 4 tayar ke atas.
8. Yang best tentang system tren subway Beijing ni ialah tiketnya murah….naik tren dalam setengah jam pun tak sampai RM3. Dan banyak plak tu stesen pertukaran dia, tak bertumpu kat satu tempat sahaja.
9. Bas henti2 kat tengah pekan masih guna system konduktor. Tambang bas pun murah..bayangkan dua jam dari Dongzhimen naik bas ke Shilinxia baru RM9.25. Murah!
10. Yang paling hazab…susah gilaa nak cari penduduk yang boleh berbahasa Inggeris! Nasib baiklah ada google translate, jadi pastikan korang ada internet kalau datang ke China. Kalau tak roaming, belilah simkad kat airport. Jangan berkira soal mahal sebab sepanjang 4 hari aku berjalan kat Beijing, langsung tak jumpa kedai telco yang bersepah macam kat Bandung (Indonesia)
11. Cakap pasal internet, sebelum terbang ke China, install VPN siap2 dari Malaysia. VPN ni membolehkan kita akses facebook, whatsapp, google dan lain2 social media yang diblock oleh kerajaan China. Nyawa tu wei!
12. Berbalik kepada bab berbahasa Inggeris tadi, nak marah pun tak sampai hati kat rakyat China sebab mungkin diorang tak belajar English kat sekolah, di mana English mungkin bukan subjek wajib macam kita kat Malaysia. Ramai penduduk yang kami temui untuk tanya direction dan sebagainya nampak mahu membantu tapi apakan daya mereka tak faham English (time ni kena guna apps translate lah)
13. Masa turun naik tren aku perhatikan perempuan2 Beijing ni..diorang kurang bermekap masa winter. So kalau nak cari calon isteri dengan natural beauty…boleh la datang sini time winter. Ahaksssss
14. Dan gigih pulak aku perhati fesyen wintercoat diorang. Sejuk2 pun gaya kena win maaa. Hahaha
15. Ada satu kali masa naik tren tu, seorang wanita pertengahan umur yang duduk depan kami (kami berdiri sebab tren penuh) telah mengambil gambar kami dan kemudian mengajak kami bergambar dengan dia. Rupa-rupanya makcik ni memang hobi suka ambik gambar pelancong dan bergambar bersama…hahahahahaa rasa macam selebriti pulak!🤣
Tu ajelah yang sempat aku catat untuk coretkan kat sini…kalau ada apa2 nak tanya, bolehlah komen kat bawah. Kalau mampu jawab nanti aku reply😊
No comments:
Post a Comment