Monday, March 12, 2018

#themovie: Descendants 2

Genre: Fantasy/musical
Pernahkah anda membayangkan sekiranya watak-watak jahat atau villain dari filem-filem animasi klasik Disney mempunyai anak? Haha kisah anak-anak villain ni pernah dipaparkan dalam filem muzikal berjudul Descendants pada tahun 2015 dulu. Dengan sambutan hangat kat filem tu maka terhasillah sequel berjudul Descendants 2 ni.
Sinopsis:
Jika di akhir filem pertama, kita telah menyaksikan empat anak villains memilih untuk menjadi baik instead of mewarisi jejak sebagai penjahat sepertimana ibubapa mereka. Dan mereka adalah:
Carlos, Jay, Mal dan Evie
  1. Mal – anak Maleficent dari filem Sleeping Beauty (lakonan Dave Cameron)
  2. Evie – anak Evil Queen dari filem Snow White and the Seven Dwarfs (lakonan Sofia Carson)
  3. Carlos – anak Cruella de Vil dari filem 101 Dalmatians (lakonan Cameron Boyce)
  4. Jay – anak Jafar dari filem Aladdin (lakonan Booboo Stewart)
Maka dalam sequel ini, mereka harus melawan Pirate Gang yang terdiri daripada rakan-rakan lama mereka sendiri. Pirate Gang dibarisi oleh:

Gil, Uma dan Harry
  1. Uma – anak Ursula dari filem The Little Mermaid (lakonan China Anne McCain)
  2. Harry – anak Captain Hook dari filem Peter Pan (lakonan Thomas Dougherty)
  3. Gil – anak Gaston dari filem Beauty and the Beast (lakonan Dylan Playfair
Mal merasa sukar menyesuaikan diri di Auradon dan nekad kembali ke Isle of the Lost. Namun Pirate Gang pulak berhasrat membebaskan semua villain yang ada kat pulau tu. Untuk menghalang hal ini, Mal dan kawan-kawannya perlu berhadapan dengan anggota-anggota Pirate Gang yang cukup licik.
Review:
Seperti dalam kebanyakan filem Disney, elemen persahabatan, kerjasama dan yakin pada prinsip sendiri adalah antara plot yang mewarnai Descendants 2. Part muzikal tu tak payah cakaplah, lagu-lagu dalam filem Disney memang tak pernah tak menghiburkan. 
Cuma aku berpendapat adalah lebih baik jika filem ni dihasilkan dalam bentuk animasi, sebab asalnya mak bapak diorang ni pun dari filem animasi. Barulah lagi seronok kita relate diorang dengan watak asal mak bapak masing-masing.
Akhir sekali meh aku kenalkan dengan watak-watak lain dalam Descendants 2. Selain dari watak anak-anak villain tadi, kita juga ada watak anak-anak kepada watak protagonist (watak baik). Mereka adalah:


Dari kiri ke kanan:
  1. Doug (Zachary Gibson) - anak Dopey dari filem Snow White and Seven Dwarfs
  2. Jane (Brenna D'Amico) - anak Fairy Godmother dari filem Cinderella
  3. Ben (Mitchell Hope) - anak Belle dan Beast dari filem Beauty and The Beast
  4. Dizzy Tremaine (Anna Cathcart) - anak Drizella merangkap cucu Lady Tremaine, mak tiri Cinderella  
  5. Chad Charming (Jedidiah Goodacre) - anak Cinderella dan Prince Charming
  6. Lonnie (Dianne Doan) - anak Mulan dan Li Shang dari filem Mulan

Gitulah sedikit sebanyak tentang filem ni. Orang yang tak berapa layan filem-filem animasi Disney mungkin akan rasa post ni tak menarik. Tapi, apa ada hal, minat masing-masinglah..kan?

No comments:

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...