Aku dah lama
tak kena asak dengan soalan ‘bila nak kahwin’ daripada sedara-mara, tapi bila
baca artikel atau post macam ni kat facebook aku still rasa annoying jugak. Ye
la ramai rupanya golongan bawang yang masih beranggapan hidup bujang ni mudah,
takde banyak perkara nak pikir. Oh, let me tell you itu salah. Sangat-sangat
salah.
All the
bills macam air, elektrik, telefon, internet, Indah Water, cukai pintu dll
benda tu tetap kena bayar. Malah bayar sorang-sorang lagi, tau tak? Sebab tu la
aku gigih buat kerja part time demi memastikan takde bills tertunggak. Jadi bila
aku cakap aku tak nak keluar lepak-lepak atau terpaksa batalkan apa yang aku
dah janji tu tolonglah faham. Job memang aku tak boleh tolak. Kalau kau nak
bayar harga job aku untuk lepak dengan kau takpe la jugak. (Mak aku pun boleh
faham kerja aku, kau siapa nak paksa-paksa aku? Chewahhhh)
Kalau kau
kata kau bangun tengah malam buat susu anak, aku pun bangun tengah malam jugak
tapi untuk buat kerja skrip. Memang kau lupa la kan? Yang kau tau bila aku post
gambar pegi travel “wahhh banyak duit ko ehh, selalu jenjalan oversea”.
Kejadah. Dengan duit hasil kerja skrip
tu la aku dapat mengembara. Gaji aku selepas 11 tahun bertugas sebagai pembantu
tadbir gov ni RM2600 je nok. Kalau non-exec kat company swasta macam opis
housemate aku tu, starting je dah RM3000.
Dah tu siapa
nak bagi duit free kalau tak usaha sendiri? Even pelacur pun kena bukak kaki
dulu baru pelanggan dia bagi duit. Kau rasa?
Yang aku rasa advantage dia ialah aku tak perlu
bimbang laki aku nak bercurang ke, chatting dengan perempuan lain kat facebook
#ehh (atau whatsapp) sebab laki aku memang tak wujud pun HAHAHAHA😂
No comments:
Post a Comment