Sebulan yang
lepas, aku dapat tahu tentang sesi persembahan group kesayanganku Ruffedge kat Movie Animation
Park Studios (MAPS) Ipoh ni. Apa lagi dengan sepantas kilat la aku atur plan
dengan sahabat yang dikenali dalam facebook, Ima yang juga peminat setia
Ruffedge. Tak sia-sia aku add dia sebab kalau aku sorang-sorang takde geng, tak
tahulah macam mana nak pergi menyaksikan showcase ni. Err, mungkin kena pergi
dengan mama dan abah la kot. HAHAHA
Poster promo
Aku bab-bab
itinerary ni memang licik HAHAHA so earlier aku arrange dengan mama, aku nak
singgah rumah opah untuk makan tengah hari dan akan bertolak ke MAPS lepas
Zohor. Dengan senang hati mama bersetuju malah siap tanya MAPS tu kat mana,
teringin juga nak nengok tempatnya HAHAHA.
So, inilah
kisahnya. Lepas breakfast aku pick up Ima kat rumah dia tepat jam 9 pagi dan
terus mendrift Axia kuningku masuk ke Federal Highway menuju ke Ipoh. Singgah
mengisi minyak dan angin tayar di R&R Rawang. Kira-kira jam 12.00 tengah
hari kami selamat sampai di rumah opah. Minggu ni giliran Mak Limah jaga opah
so macam biasa masakan beliau ringkas tapi ohsemmm
Opah kesayanganku. Sama tak muka kami? Hehe #cucu opah
Dalam jam
2.30 petang kami bergerak ke MAPS. Mama dan abah guide aku dan Ima sampai ke
depan Hotel Casuarina Meru dan selebihnya kami cari sendirilah pintu masuk ke
MAPS. Jarak dari rumah opah ke MAPS adalah kira-kira 1 jam. Alhamdulillah
parking kat sini percumaaaaaaa (setakat inilah). MAPS adalah taman tema animasi
pertama di Malaysia ye hehehe.
Bergambar dengan mama kat depan MAPS
Muka excited hilang segala kebas dan lenguh duduk dalam kereta tadi HAHAHA
Sementara
menunggu persembahan Ruffedge yang dijadualkan bermula jam 5 petang, aku dan
Ima kill the time dengan berjalan-jalan dan mencuba permainan seperti kuda
pusing, menjenguk ke kedai cenderahati dan bergambar di beberapa lokasi
menarik. Once dengar je pengumuman sebut nama Ruffedge maka bergegaslah kami
menuju ke arah pentas.
Ruffedge
memulakan persembahan dengan lagu berjudul Lemas diikuti Tipah Tertipu. Kemudian
persembahan terpaksa dihentikan seketika kerana hujan lebat dan guruh
berdentam-dentum. Kira-kira 30 minit kemudian hujan berhenti dan persembahan
diteruskan dengan lagu Da’ Bomb. Ala yang lirik dia berbunyi cantik menarik
tertarik tu haa.
Habis lagu
Da’ Bomb, diorang panggil penonton kanak-kanak naik ke pentas untuk bermain
permainan ala musical chair. Berkumandang lagu Tiada Lagi Cinta, bila lagu
dihentikan, semua kena berhenti bergerak. Sapa yang still bergerak dikira
terkeluar. Apa yang mencuit hati, dalam ramai-ramai bebudak yang volunteer naik
ke pentas tu termasuklah anak-anak anggota Ruffedge sendiri HAHAHA
Dah settle
game tu, persembahan diteruskan dengan lagu Bila Rindu dan lagu penutup,
Khayalan. Seterusnya ialah sesi bergambar di mana pengunjung yang nak ambik
gambar dengan Ruffedge beratur dan naik ke pentas one by one. Oleh kerana malas
nak berdiri aku dengan Ima duduk je la kat err kat tempat yang boleh duduk
dekat situ. Bila queue dah nak habis barulah kami beralih ke tepi pentas dan
belum sempat nak approach Ruffedge, diorang yang panggil kami dulu HAHAHA
Maka
terjadilah gambar-gambar seperti di bawah ini:
Azan
Cat
Mode
Sein
My favorite....Zain
Seriously 15
tahun yang lalu masa dorang tengah ngetop memang susahhhhhhh nak ambik gambar
cantik-cantik camni. Punyalah ramai orang serbu dan tunggu giliran, kat KL la
pulak masa tu kan. Alhamdulillah reunion. HAHA
The only one missing here was Amer, yang kini tinggal di luar negara
Jam menunjukkan
angka 7.30 malam. Selepas berborak sekejap dengan anggota-anggota Ruffedge dan say bye bye kat diorang, kami pun bertolak balik ke KL. Nervous nye sebab aku jarang
sangat-sangat travel waktu malam. Mujur ada Ima. Sebenarnya aku bukan takut sangat
drive malam kalau cuaca baik it’s okay. Yang risau kalau hujan je. Dan memang
hujan turun di satu lokasi tapi syukurlah sekejap je.
Kami tiba di
Kepong kira-kira jam 11 malam. Singgah makan kejap sebelum menghantar Ima balik
rumah dia. Sayang sekali dia kena kerja esoknya, kalau tidak memang kami dah hurra
hurra cuti di hari Isnin HAHAHA
Looking for
more Ruffedge’s showcase. Masa diorang tengah top dulu aku masih belajar dan
tak semua show diorang aku berpeluang nak pergi, now aku dah kerja dah ada
kereta (read: langkah dah panjang) haa meh meh nak mengulangi zaman jadi
fangirl dalam era yang lebih dewasa HAHAHA
OK dah dah la tu Julia, kerja translating skrip berlambak lagi nak buat ni. Stop dulu😂
OK dah dah la tu Julia, kerja translating skrip berlambak lagi nak buat ni. Stop dulu😂
No comments:
Post a Comment