Monday, March 12, 2018

Perbandingan hantu di dalam filem

Aku sangat minat menonton filem seram. Tak tau kenapa, nak kata pemberani sangat tu tidakla juga (waktu siang mungkin) tapi kalau ternampak post pasal filem horror terbaru je mesti aku tertarik nak find out. Hasilnya aku siap mengkaji lagi perbezaan filem-filem horror dari pelbagai negara ni.
So are you ready? Check it out!

Hantu Amerika@Hollywood
Biasanya ada kuasa ajaib special effect, ada tanduk dan taring panjang. Siang-siang buta pun dia boleh keluar gi bunuh orang. Kau mampu?😂
Hantu Eropah
Selalunya filem seram berlatar Eropah ni ada lagu Tim Burton dan hampir seluruh filem babaknya pada waktu malam, jarang sangat waktu siang. Hantu Eropah biasanya berasal dari golongan bangsawan dan yang paling popular ialah Vampire.
Hantu China
Diorang ni suka meloncat, tak tau kenapa. Pastu pakai baju tradisional China. Suka merayau (biasanya secara berkumpulan) cari darah. Bising tu standard lah.
Hantu Jepun
Yang ni pulak tak reti jalan tegak. Manjang je merangkak, pastu filem hantu Jepun selalu ada scene rambut muncul keluar dari kepala paip. Jadi bolehlah dikatakan hantu Jepun ni suka main air, 'port' kegemaran diorang ialah bilik mandi, perigi, tangki air, longkang, tempat-tempat yang ada lopak air dan sebagainya. Pastu kerja dia adalah membunuh orang yg tak bersalah.
Hantu Korea
Hantu dalam filem horror Korea pulak adalah sejenis technology-advanced. Selain gemar enterframe dalam lif dan cctv, diorang juga mahir dengan gajet. Ada hantu telefon, yang pandai main miss call pun ada. Biasanya hantu Korea banyak berlegar-legar di kawasan sekolah so yang kena kacau biasanya budak sekolah laa.
Hantu Thailand
Filem horror Thailand biasanya ditampilkan dengan jalan cerita yang mantap. Mula-mula penonton tak sangka dia tu hantu sebab menyerupai manusia dan hidup bersama-sama manusia, selalunya keluarga atau orang-orang terdekat/tersayang dia. Cerita hantu Thailand lebih banyak efek sedih dan memainkan emosi terutama unsur kekeluargaan/kasih sayang berbanding cerita hantu negara lain.
Hantu Indonesia
Selalunya berasal dari mangsa rogol atau sex rambang atau perselingkuhan pastu bunuh diri/dibunuh bila hamil atau masa lahirkan anak luar nikah. Dan yang hebatnya tu dah mati pun masih boleh tayang body lagi - so nak kata hantu paling seksi pun boleh jugak.
Hantu Turki
Aku baru je berjinak mengenali filem horror Turki ni, dan apa yang aku dapati ialah diorang kuat mengamalkan ilmu hitam demi mendapatkan apa yang dihajati. Siap baca-baca mentera bagai, guna bangkai/darah haiwan dan sebagainya. Sejenis lain macam punya seram jugak lah.
Aku juga tengah nak start cari filem-filem horror India@Bollywood. Nak jugak tengok ciri-ciri hantu India kan hehe.

1 comment:

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...