Genre: Drama
Sinopsis:
Dusty Rhodes (lakonan Bailee
Madison), gadis berusia 17 tahun tinggal bersama datuknya kerana kedua ibu
bapanya yang merupakan anggota tentera pergi bertugas di Afghanistan. Dusty
memasuki sekolah baru di mana dia bergaul dengan kawan-kawan baru termasuk
Savanah (Chloe Lukasiak), juga anak tentera. Dusty yang meminati kuda, cuba
meyakinkan kawan-kawannya untuk menubuhkan pasukan ekuestrian untuk beraksi di
rodeo (acara sukan melibatkan haiwan) dan juga acara perarakan.
Dunia Dusty menjadi gelap
gelita apabila helikopter yang dinaiki ibunya ditembak jatuh semasa bertugas
dan ibunya hilang. Untuk melawan perasaan bimbang Dusty mendapatkan bantuan
datuk dan kawan-kawannya untuk menganjurkan satu acara menunggang kuda khas
untuk ibu bapanya dan semua tentera yang bertugas di luar negara. Seluruh
bandar kemudiannya menyokong acara tersebut dan ia menjadi satu kenangan yang
tak terlupakan oleh setiap orang.
Review:
Filem ni berkisar kepada
masalah biasa di kalangan remaja iaitu masuk sekolah baru, cuba nak sesuaikan
diri, serta jurang antara group budak hot vs group budak nerd. Tapi diberi
latar belakang on remaja yang datang dari keluarga army, macam mana kau nak
bawa diri bila ibu bapa kau pergi bertugas, dan pengorbanan diorang kepada
negara.
Dan juga, senjata paling
ampuh untuk orang yang percaya kepada Tuhan adalah doa..Berdoalah
sebanyak-banyaknya, mana tahu akan berlaku keajaiban😉
No comments:
Post a Comment