Genre: Horror
Sinopsis:
Sister Charlotte (lakonan Stephanie Sigman) membawa enam gadis orphan untuk tinggal di rumah sepasang suami isteri iaitu Samuel Mullins (Anthony LaPaglia) dan isterinya Esther (Miranda Otto). Mereka adalah:
1. Janice (Talitha Bateman)
2. Linda (Lulu Wilson)3. Carol (Grace Fulton)
4. Nancy (Philippa Coulthard)
5. Kate (Tayler Buck)
6. Tierney (Lou Lou Safran)
12 tahun yang lalu, Samuel dan Esther kehilangan anak tunggal mereka, Annabelle (nama manjanya Bee, lakonan Samara Lee) dalam satu kemalangan.
Hari pertama di rumah tu, dah start ada gangguan. Yang pertama sekali kena kacau ialah Janice (yang juga seorang OKU). Dia seperti ‘ditarik’ masuk ke dalam bilik arwah Annabelle yang entah macam mana boleh ter‘unlocked’. Janice menemui patung kesayangan Annabelle dan mendapati patung tu seolah-olah hidup. Lalu satu-persatu anak yatim tadi mula diganggu dan paling dahsyat Samuel ditemui terbunuh, dan ini memaksa Sister Charlotte meminta penjelasan daripada Esther.
Esther yang sudah sekian lama terlantar bedridden, menjelaskan bahawa kesedihan yang begitu mendalam akibat kehilangan Annabelle telah mendorong dia dan suaminya untuk membuat perjanjian dengan entiti tidak diketahui (of course la benda yang ada dark power kan), demi melihat semula Annabelle depan mata mereka. Hasilnya, dapatlah sesekali Esther dan suaminya melihat sekilas kelibat Annabelle dalam rumah tu, dengar suara dia tengah bermain dan mereka dah cukup puas hati walaupun tak dapat lagi menyentuh dan memeluknya.
Tapi bila kau dah buat agreement dengan setan ni memang padah la jawabnya. Setan tu menuntut untuk ditempatkan dalam anak patung Annabelle dan mula target nak dapatkan tubuh manusia pulak untuk diduduki. Dengan bantuan paderi, Esther dan Samuel berjaya mengurung anak patung tu dalam almari yang ditampal halaman Bible. Dan sebagai tanda bertaubat dari perbuatan mengadakan perjanjian dengan setan tu la yang Esther dan Samuel membuka pintu rumah mereka kepada anak-anak yatim tadi. Tak tahu la pulak setan tu jadi makin excited nak memburu body manusia. Ye la dah banyak pilihan depan mata kan.
Review:
Aku tak rasa citer ni seram sangat sebab tak nampak sangat pun rupa setan tu. Fokus dia banyak kat muka anak patung tu je. Tapi yang aku suka tu jalan citer dia memang menerangkan macam mana anak patung tu boleh jadi haunted. Kira menjawab persoalan dalam The Conjuring lah citer ni. Plus budak-budak yang berlakon ni pun berbakat, boleh pergi jauh dalam bidang lakonan😄
No comments:
Post a Comment