Thursday, March 15, 2018

"Dont' take relationship advices from single people"...Ye ke??

Aku ada la terjumpa quote-quote dalam internet, yang berbunyi macam ni "don't take relationship advice from single people", "don't take money management advices from broke people", dan yang seumpamanya. Ramai pulak tu orang share, membuatkan aku terfikir sejenak.


Kenapa tak boleh ekk? Kalau orang tu menasihati sebab tak nak kita jadi macam dia, apa salahnya? Aku yang tak pernah berkahwin ni malah pernah selamatkan rumahtangga salah seorang sahabat aku. Selamat seorang wanita daripada menjadi janda. Kau apa tau? Perli orang ja pandai👽

Meh aku ceritakan. 
Kisah pertama, sahabat lelaki aku ni. Kita namakan dia Mael (bukan nama sebenar) 
Mael: Ju, mak aku suruh aku kawin lah. Dengan anak jiran belakang rumah kat kampung
Aku: Haa oklah tu..ko kenal tak budak tu? Berkenan tak?
Mael: Kenal...dah pernah keluar sekali dgn dia
Aku: Dah tu camne? Ok tak?
Mael: Hmm budak tu baik tapi aku boring la...macam takde chemistry je aku rasa
Aku: Kalo ko rasa hati tak nak, jangan arr paksa....jangan dok mesej2 ke calling2 budak tu dah...nanti dia ingat ko suka kat dia...tak baik main-mainkan perasaan orang weyy
Mael: Tapi mak aku suka sangat ke dia...camne aku nak buat eh?
Aku: Cakap arr bebaik ngan mak ko....bayangkan kalo ko kawin gak dgn budak yg bukan taste ko tu, lepas 5 tahun kawin, tetiba ko terjumpa dgn girl yang menepati taste ko...tak ke haru?
Mael: Ye tak ye jugak kan...betul gak apa ko cakap ni
Dan kira-kira 2 tahun selepas itu Mael bertemu dengan gadis pilihan hatinya....dan sekarang sudah 4 tahun hidup bahagia bersama

Kisah kedua pulak. Sahabat perempuan aku, Lisa (juga bukan nama sebenar)
Lisa: (dalam telefon sambil menangis-nangis) Ju, aku baru lepas gaduh dgn laki aku ni..sob sob....aku nak lari pegi rumah ko..aku tensionnn
Aku: Laa...ni apahal pulak ni? Ceciter ceciter
Lisa: (mula menceritakan serba-serbi details - maaf terpaksa dirahsiakan kerana terlalu peribadi)
Aku: Ok....sekarang ni laki ko ada kat mana?
Lisa: Kat taman belakang rumah, bawak anak-anak pergi main
Aku: Ok...sekarang dah pukul 7.30 malam....kejap lagi kang balik la tu....camni, kang dah lepas settlekan anak-anak...kasi mandi, makan, dah tido apa semua...ko dua orang berbincang...setakat ni aku tengok laki ko tu jenis masih boleh dibawak berbincang..so patut ada jalan penyelesaian...masalah ni pun bukannya berpunca dari dia atau ko tapi dari orang luar....so korang berdua la kena saling protect....Aku bukan tak bagi ko datang rumah aku tapi aku tak nak la share saham bila ko keluar rumah tanpa izin laki ko...bawak bincang dulu..ok?
Lisa: Sob..sob..ok Ju..tima kasih banyak...
Esok paginya...
Aku: Lis, amacam semalam?
Lisa: Wei...tq Ju.....kitorang dah ok....laki aku tak marah pun...lepas ni kitorang akan lebih transparent to each other....tq sangat2 Ju
Aku: Ahaaa......tu la yg aku nak dengar....dah jangan stress-stress lagi


Bayangkan macam mana kalau aku suruh Mael kahwin je dengan gadis pilihan mak dia (walaupun dia tak cinta), dan kalau aku hasut Lisa supaya lari datang rumah aku atau terus mintak cerai daripada suami dia? 
Moral of the story, kadang-kadang jangan nak underestimate pendapat daripada orang single....kitorang ni single sebab dah berpengalaman lalui banyak insiden macam ni. Bukan disebabkan trauma atau fobia maka kitorang nak jadi single tapi....lebih tepat kalau aku katakan, MALAS...malas nak deal dengan benda-benda macam ni. Tapi kalau orang tu positif, tak kira apa status pun aku yakin dia boleh memberi nasihat yang terbaik dan bukannya menghasut ke arah yang tak best.
So, pepandai arrr cari kawan...

No comments:

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...