Wednesday, February 28, 2018

#themusic: The Feminist Anthems

OK topik kita hari ni tentang muzik.

Daripada banyak-banyak lagu yang wujud di dunia ni, kalau korang perasan la, ada quite a number of songs jugak yang membawakan tema kekuatan wanita. Lagu yang memberi semangat pada wanita yang pernah dikecewakan, dan menunjukkan wanita bukan lemah. Aku panggil lagu-lagu ni ‘lagu feminist’ 😂 
Dan memandangkan dalam dunia ni aku hanya faham 3 bahasa sahaja iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia, maka hanya lagu dalam ketiga-tiga bahasa ini sajalah yang dapat aku senaraikan.
Actually lagu-lagu bertemakan macam ni kebanyakan datang dari Amerika dan Eropah sana. Lagu Melayu tak banyak yang macam ni. Berikut adalah lagu-lagu penyanyi wanita Malaysia yang aku rasa agak popular dan ramai yang masih ingat. Jom kita lihat:

1)TAMPARAN WANITA (ELITE)



Tiada guna berkata-kata
Masanya sudah tiba
Akulah wanita
Tidak lagi gentar...jangan kau cabar
Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa, haa!
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa, tamparan wanita


Sesiapa yang membesar pada dekad 90an pasti masih ingat lagu ni. Ditulis oleh trio adik-beradik KRU dan dimuatkan dalam album kedua Elite pada tahun 1998. Masih lagi kekal sebagai salah satu lagu yang top apabila kita membicarakan tentang tema perjuangan wanita dalam lagu.

2)HI HI BYE BYE (EZLYNN)


Kau mahu caraku, sempurna untukmu
Apa kau sangka ku ahli silap mata
Ku berikan cinta, kau berikan dusta
Kini kau kata hi hi, ku katakan bye bye
Biar ku berdikari untuk hidup sendiri
Jangan kau hampiri menagihkan simpati


Lagu ini juga merupakan ciptaan KRU dan meletup pada awal tahun 2003 sekaligus menaikkan nama Ezlynn sebagai salah seorang penyanyi baru yang diminati ramai. Populariti lagu ni juga telah melayakkan Ezlynn dan KRU memenangi trofi juara kategori Pop Rock dalam Anugerah Juara Lagu 2003.

3)JANGAN KAU MIMPI (SARAH)


Jangan-jangan kau jangan bermimpiAku milikmu walau seinciJangan kau harap ku jatuh hatiCintaku bukan untuk dijual beli
Lagu ni ciptaan Neves Pretty Ugly, dimuatkan dalam album kedua Sarah pada tahun 2003. Trademark lagu ni ialah 'aw, a-aw, a-a-a-aw' menjadikannya antara lagu rancak yang digemari ramai pada era itu.
4)1000 PENIPUAN (FARAH ASYIKIN)




Seringkali kau panggil aku
Kau tak peduli waktu tidurku
Dan bekali-kali aku abaikan mu
Hentikanlah hentikanlah
Ku takkan peduli rayuanmu
Ku tahu bunga bicara cumbu
Yang benar hanyalah satu dalam seribu penipuanmu


OK yang ni mungkin ramai tak tahu atau tak ingat. Aku kurang pasti lagu ni ciptaan siapa tapi ia dimuatkan dalam album pertama Farah Asyikin pada tahun 2007. Aku pun heran gak kenapa si Farah ni kurang diterima pendengar lagu Melayu sedangkan dia menawarkan muzik yang segar, vokal yang mantap dan orangnya juga cantik. Mungkin rezekinya bukan di situ kot.

5)SEBELAH JIWAKU (JACLYN VICTOR)


Lihatlah lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Lagu ni ditulis oleh Edry KRU dan dimuatkan dalam EP Jac pada tahun 2013. Rentaknya sangat agresif dan benar-benar menggoncangkan adrenalin...haha. Seharusnya lah kita jangan tunjukkan yang kita kecewa frust nonggeng apa bagai kerana lagilah musuh kita (read: bekas kekasih kita) akan seronok sebab berjaya menghancurkan hidup kita. Remember, the best revenge is letting them see how happy you'd be.

6)KINI KAU TIADA (SARIMAH)



Tak perlu lagi kumerasa deritamu
Kini kau tiada
Tak perlu lagi ku di sini menantimu
Kini cinta tiada
Tak perlu lagi kumerasa deritamu
Kini kau tiada
Tak perlu lagi ku di sini menantimu
Kini cinta tiada


Mungkin ramai yang sudah lupa, pengacara Sarimah Ibrahim pernah mencuba bakat dalam bidang nyanyian dan berpeluang menghasilkan satu album di bawah payung syarikat rakaman Positive Tone. Lagu ni ada dalam dua versi di mana satu lagi berbahasa Inggeris dengan judul Now That You're Gone.

7)TAK TERCAPAI AKALMU (ELYANA)



Sesungguhnya ku lebih dari yang kau tahu
Baik buruknya sesuatu
Selalu difikirkan dulu
Biar berdentum langit runtuh kan menghempap diriku
Tidak tergadai tatasusilaku
Yang menggambarkan siapa diriku

Biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku
Mungkin sukar untuk difahami
Kerna tak tercapai akalmu

Lagu ciptaan Aidit Alfian ni bagi aku antara lagu Melayu berentak rancak yang bagus, plus isi liriknya tidak 'kosong'. Elyana juga membawakan lagu ini dengan baik dan mood women strength jelas digambarkan.

8)BUKAN (ZIANA ZAIN)


Bukan aku
Bukannya mainanmu
Bukan aku
Bukannya semudah anggapanmu
Bukan aku
Yang dapat kau beli
Ooh aku punyai harga diri


Diva bersuara lantang ini jugak tidak ketinggalan punyai lagu yang bertemakan sebegini. Lagu yang dimuatkan dalam album kompilasinya yang dikeluarkan pada tahun 2003 ini merupakan ciptaan ZZ sendiri dengan senikata oleh Amran Omar.

9)SEKSIS (ANITA SARAWAK)


Jangan pandang ku sebelah mata
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya
Jangan pandang ku sebelah mata
Nanti kejantananmu tercabar
Takkan ku menyerah kalah
Kerana madah mu berat sebelah
Kelemahanmu akan ku tepis
Selagi persis, tak terkikis seksis


Ini satu lagi lagu ciptaan KRU yang menjadi pilihan aku untuk list ini. Pandai betul diorang buat lagu-lagu macam ni kan? Lagu ni dimuatkan dalam album Anita yang pertama under syarikat KRU pada tahun 2004.

10)KESAL (ELLA)


Biarlah kan ku tempuh
Jalan hidup sendiri
Tanpa engkau lagi
Ingin ku buktikan semua
Bahwa diri ini bukanlah sekadar
Boneka yang dapat kau jadikan mainan

Resahku kerna dia
Kesalku kerna dia
Harapan hidup berdua ternyata sia-sia

Resahku kerna dia
Kesalku kerna dia
Lebih baik putus saja
Daripada tersiksa hidupku jadinya


The last one adalah lagu yang paling best dan sangat meniupkan semangat baru kepada yang mendengarnya. Pasti ramai wanita yang pernah kecewa camni bukan, so daripada terus bersama tapi terseksa baik lah putus je kan?
Kalau korang ada lagu kegemaran korang dan nak tambah, bolehlah nyatakan dalam ruangan komen di bawah. Sharing is caring~
Next entry aku akan cuba senaraikan lagu-lagu dari artis negara jiran kita, Indonesia pulak😃






Tuesday, February 27, 2018

#themovie: Black Panther

Genre: Superhero
Fantastik. Aku hilang kata-kata apabila menyaksikan filem terbaru Marvel ni. Why? Haha ni cerita dia.
Sinopsis: 
Wakanda adalah sebuah negara yang terletak di benua Afrika, diterajui oleh King T’Chaka. Wakanda memiliki teknologi yang sangat canggih hasil daripada kewujudan logam Vibranium, yang wujud di situ gara-gara hentaman meteorite beribu-ribu tahun yang lalu. Negara ini menyembunyikan kewujudan mereka daripada penglihatan dunia, kerana vibranium adalah logam yang sangat berkuasa dan adalah sangat merbahaya sekiranya ada pihak luar yang mengetahui tentang logam ni dan mahu mendapatkannya untuk digunakan bagi tujuan jahat.
Namun konflik mula timbul apabila ada pihak luar yang berjaya mencuri sedikit vibranium. Di sini, Putera T’Challa, yang kemudiannya dimahkotakan sebagai Raja Wakanda yang baru perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk ‘deal’ dengan pihak tersebut demi keselamatan negaranya.

Black Panther
Review: 
Filem ni memang berbeza daripada lambakan filem superhero lain, yang selalunya terdiri daripada musuh yang memang jahat yang nak kongker dunia. Dia menampakkan satu sisi berbeza iaitu macam mana seorang musuh boleh wujud, mestilah ada sebabnya kan? Musuhnya bukan nak rampas takhta sangat, tapi nakkan keadilan manusiawi. Bagi aku itulah yang paling menarik tentang cerita ni.
Pastu, Wakanda juga digambarkan sebagai sebuah negara yang sangat moden+futuristik tapi tetap ada ciri-ciri budaya unik, iaitu pada pakaian diorang (hebat arrr pereka kostum dia), then pada budaya yang silangkan tangan jadi bentuk X apabila raja lalu atau mengadap raja (macam kalau kita di Malaysia, kita angkat sembah sambil sebut ‘Ampun Tuanku’)
Pasukan hulubalang raja dia pulak terdiri daripada wanita-wanita gagah perkasa. Bila bertarung setanding dengan lelaki. Wow! Selepas menyaksikan barisan pahlawan wanita dalam Wonder Woman, yang ini memang betul-betul gempak.
Kemudian, semua watak dalam filem ni tidak dicipta for no reason. Semuanya ada karakter yang kuat. Aku paling suka watak Princess Shuri, adik perempuan T’Challa tu. Dia bukan typical princess yang berperangai manja, breakfast atas katil, kerja-kerja lain semua dayang buatkan HAHAHA dia bukan princess macam tu. Dia adalah seorang genius teknologi dan menjadi ‘leader’ untuk bahagian rekabentuk teknologi Wakanda.
Dan kalau korang perasan, filem ni mengandungi sindiran pedas terhadap negara-negara yang buat-buat tak nampak akan penderitaan di negara lain. Diorang juga mengangkat isu kolonialisme, sistem perhambaan, isu racist antara kulit hitam dan kulit putih.
Scene action – meletoppp. Terutama kejar-mengejar kereta kat Korea tu. Ahjumma tukang jaga kelab malam tu pun mencuit hati je aksi dia😂
Unsur humor tetap ada diselang-selikan (aku tak sangka lak M’Baku tu menghiburkan later on, sebab masa awal-awal dia nampak ganas. Haha). Muzik latar dan sinematografi jugak memukau, sampai penonton rasa Wakanda macam betul-betul wujud😅
Cuma scene pertarungan antara T’Challa dengan N’Jadaka tu biasa-biasa je, kalau buat lebih gempak sikit pasti lebih menarik😃

Catatan Perjalananku: Bandung 2017 (Part 3)

HARI KETIGA, 14 FEBRUARI 2017


Sebelum mekap jadi comot dan tudung senget-benget keluar berjalan, make sure selfie dulu 😂
  • Menikmati breakfast bubur lambuk ayam di gerai tepi jalan. Harganya Rp. 20,000 (RM6.00)

  • Hari ni supir bawa kami ke Kawah Putih yang terkenal tu. Tiket masuk ialah Rp. 50,000 seorang (RM14.30) dan Rp. 25,000 (RM7.20) untuk parking kereta.


Cantik kan?
  • Kawah ni terbentuk dari letusan Gunung Patuha. Kawah ni ditemui pada tahun 1837 oleh seorang ahli geologi Jerman bernama Dr. Franz Wilhelm Junghuhn. Ia dipanggil Kawah Putih sebab tanahnya berwarna putih, hasil percampuran dengan belerang. Keunikan kawah ni ialah airnya berwarna putih kehijauan dan boleh berubah-ubah, bergantung kepada kadar belerang, suhu dan cuaca pada ketika itu. Jadi adalah lebih baik anda bersedia dengan topeng penutup hidung dan mulut jika datang ke sini, dan standby payung atau baju hujan sekali.



Waktu ni bau sulfur sangat kuat. Jadi kami perlu memakai penutup hidung dan mulut
  • Dalam tengah hari kami turun dan terus pulang ke pekan, dan singgah sekejap di outlet Air Asia untuk menempah luggage penerbangan balik ke Kuala Lumpur esoknya. Tengok beg macam dah nak beranak je…hehehe
  • Sebelum balik hotel kami singgah shopping kat Pasar Baru untuk meneruskan acara shopping.



Aku sempat rembat dua helai baju kebaya macam ni. Cantikkkk


Hasil tangkapan untuk keluarga 
  • Dinner macam semalamnya gak, tapau makan kat bilik. Malam kami berehat je.


 HARI KEEMPAT, 15 FEBRUARI 2017
  • Breakfast bubur ayam macam semalamnya
  • Shopping lagi di Pasar Baru dan terus lunch kat situ
  • Singgah beli brownies yang kawan-kawan kirim
  • Jam 3.00 petang bergerak ke lapangan terbang. Flight pukul 7.25 malam, delay lebih satu jam. 


Bye bye Bandung, pamit dulu ya
  • Tiba di KLIA2 hampir jam 1.00 pagi
  • Tiket dari KLIA2 ke Putrajaya Sentral: RM9.40
  • Tiket parking selama 4 hari: RM30
Total perbelanjaan aku hampir RM1260.00 jugaklah termasuk flight, hotel dan supir. Thanks to my dear friend Aida, looking forward to travel together again with you😉

Catatan Perjalananku: Bandung 2017 (Part 2)

HARI PERTAMA, 12 FEBRUARI 2017
  • bertolak ke KLIA2 kira-kira jam 11.00 malam. Flight kami pukul 6.40 pagi, so kami melepak je kat airport tu sampai boarding time.

Muka mengantuk dua-dua HAHAHA


tiba di Lapangan Terbang Husein Sastranegara kira-kira jam 8.05 pagi. 
  • Disambut oleh supir
  • Pak supir membawa kami jalan-jalan di tengah kota dan singgah shopping di beberapa kedai dan inilah hasil tangkapan pertama: batik, songket dan satin ↴
  • Lunch
  • Check in di Jayagiri Guesthouse Lembang untuk satu malam
  • Sebelah petangnya, supir bawa kami ke Lembang Floating Market. Makan dan beli-belah sambil menikmati pemandangan 







  • Malam tak gi mana-mana..relax kat bilik
HARI KEDUA, 13 FEBRUARI 2017
  • Check out dari Jayagiri Guesthouse Lembang
  • Supir bawa kami menaiki gunung berapi terkenal, Tangkuban Perahu. Tiket masuk ke sini untuk pengunjung dari luar Indonesia yang membawa kenderaan persendirian (4 roda) ialah Rp. 200,000 (RM58.00) + Rp. 12,500 (RM4.00) untuk parking.





Kawah Ratu
  • Kalau korang rajin baca pasal legenda dan mitos tentu korang pernah dengar tentang kisah Sangkuriang kan? Dipendekkan cerita, sampan yang ditendang Sangkuriang tu terbalik lalu bertukar menjadi gunung yang berbentuk macam terlangkup. Itulah Tangkuban Perahu yang kita kenal hari ni. Ada 3 buah kawah yang terkenal di sini iaitu Kawah Ratu (paling besar), Kawah Domas dan Kawah Upas.
  • Kami sempat menikmati tauhu sumbat di sini serta membeli strawberry segar dengan harga Rp. 50,000 (RM14.30) serta souvenir pen, snow cap dan mafela ↴

Hehe...saja hitam-putihkan 
  • Turun dari Tangkuban, kami singgah pula di kolam air panas Sari Ater Hot Spring. Tiket masuk ialah Rp. 30,000 + Rp. 17,000 parking (total RM13.50)

Selfie@SariAter


Mendamaikan..betul tak?
  • Pastu lunch kat pekan, dan terus gerak ke hotel kedua iaitu Zodiak @Asia Afrika Bandung. Dalam perjalanan tu menyinggah sebentar di Muzium Geologi Bandung. Tiket masuk ke sini hanya Rp. 10,000 (RM3.00)

Gemuknya aku HAHAHA
  • Tiba di Zodiak @Asia Afrika Bandung. Hotelnya comel je terletak di tengah-tengah pekan Ciwidey, selatan Bandung. Yang tempat semalamnya tu terletak di utara Bandung.
  • Dinner kami tapau makan kat bilik. Macam semalamnya jugak, waktu malam kami takde acara (acara tido je HAHAHA)
Tips penting: Tangkuban Perahu dan Kawah Putih TIDAK BOLEH di’cover’ dalam masa satu hari. Rugi, sebab jarak antara keduanya sangat jauh dan jalan sure jem. Buat penat je nanti.

Monday, February 26, 2018

Catatan Perjalananku: Bandung 2017 (Part 1)

Lambat gila aku publish cerita ni. Dah setahun pun! Hahaha OK😂
Trip pertama aku tahun lepas ialah ke negara jiran, Indonesia atau lebih tepatnya kota Bandung. Aku pergi bersama bekas housemate aku iaitu si Aida. Tarikhnya ialah 12 hingga 15 Februari 2017 (4 hari 3 malam). Idea dari aku tapi segala booking kami buat sama-sama, dari pembelian tiket flight sampailah book supir dan hotel.
Pecahan perbelanjaan sebelum penerbangan:
  • Tiket flight pergi-balik: RM276.00 (dah campur dengan luggage, flight insurans etc)
  • Booking hotel: RM145.00 (dua hotel)
  • Tiket tren dari Putrajaya Sentral ke KLIA2: RM9.40
  • Tiba di Bandung, bayar advance untuk supir: Rp. 500,000 (RM163.50)
(Senarai tempat lawatan nanti aku post kat next entry)
Ini merupakan kali kedua aku berkunjung ke Bandung. Kali pertama dulu trip shopping semata-mata, jadi kali ni aku dapat explore lebih lagi Bandung kerana kami menggunakan supir. Lebih selesa, jadi seronoklah dan tak penat sangat.
Review on trip Bandung kali ni:
1.      Kejatuhan nilai Ringgit memang terasa memberi kesan. Tahun 2015 dulu aku tukar RM285 dah dapat Rp. 1juta. Tahun 2017 ni tukar dalam RM330 kot baru dapat Rp. 1juta. Jauh beza tu woii
2.      Cuacanya sejuk je sebab musim hujan, tapi agak rugi jika anda berhajat nak melihat pemandangan di puncak volcano macam Tangkuban Prahu dan Kawah Putih, sebab kabus tebal! Nak bergambar pun kena tunggu kabus hilang dulu, tapi tak lama pastu kabus muncul balik. Macam tu lah on off. Untuk aktiviti kat ground takde masalah.
3.      Makan kat sana, terutama kat Lembang Floating Market memang sedap-sedap belaka. Cuma ayam penyet di sana tak sesedap kat KL. Liat oii!
4.      Pasal supir, kami dipandu oleh dua orang supir. Sebenarnya yang sorang tu kami tak puas hati sangat sebab dia tak berapa advise kami tentang cuaca dan jugak hari cuti am di Indonesia. Jadi ada program yang aku dah susun terpaksa dibatalkan sebab tempat attraction tu tutup (public holiday). Padahal sebelum terbang ke Bandung, aku dah kasi itinerary siap-siap dalam whatsapp. Nampak sangat dia tak study habis kan?
5.      Supir yang lagi sorang tu OK la sikit. Ada la jugak membantu, contohnya dia advise tentang orang berniaga yang akan follow kau ke sana ke mari selagi kau tak beli barang yang dia jual, ha macam tu lah.
6.      Shopping hanya dilakukan pada dua hari terakhir. Macam biasa la Indonesia memang banyak benda best-best, rambang mata kalau tengok😄

Keluar awal sebab elak jem

Aku agak menyampah sebenarnya apabila ada member yang seperti mempersoalkan kenapa aku keluar pergi kerja seawal jam 6.00 pagi walhal waktu kerja aku sebenarnya 7.30 pagi. Paling meluat bila ada yang kata "Awalnya kau gi kerja Jue...kau sayang Ahmad Maslan yee" eh BABI la kau. Serious aku meluat. Tahu tak sebab apa? Sebab aku bukan kaki datang lambat macam kau. 

Aku lebih suka datang awal daripada end up punch kad aku banyak merah-merah. Keluar jam 6.00 pagi tu kereta belum banyak atas jalan. Jadi aku ambil masa dalam 20 minit saja untuk sampai ke pejabat. Faham? Kalau tak faham gak, meh aku lukis. Di bawah ni adalah pemandangan di Kepong sekiranya aku keluar rumah pukul 6.45 pagi.


Sebelah kanan aku


Sebelah kiri aku

Amacam? Haa itu baru simpang depan rumah aku. Jauh lagiiii perjalanan.


Ini apabila dah tiba di Jalan Segambut Dalam. Kawasan ni sesak sikit sebab dekat dengan sekolah


Dah terlepas dari Segambut, ini simpang nak masuk ke Jalan Duta

Aku tak tahu la orang lain, tapi kalau aku, aku rela mengorbankan sedikit masa untuk keluar awal daripada mengharungi keadaan sebegini. Bila takde pilihan itu lain cerita, tapi bila ada pilihan, aku akan pilih yang paling menyenangkan aku. Advantage jugak sebab aku masih single dan takde suami atau anak nak dilayan pagi-pagi tu, haha😂

Jangan paksa orang yang tengah berjimat

Setiap daripada kita ada komitmen masing-masing. Ada peranan yang tersendiri duduk dalam dunia. Kalau kita rasa gaji kita sama dengan kawan kita si A, tak semestinya komitmen bulanan dia sama macam kita. Kalau kita cuti Sabtu Ahad, mungkin masa tu kawan kita ada kerja lain (kerja sampingan) yang dia nak buat untuk selesakan hidup dia. Kalau kita rasa pekerjaan kita sama working hours dengan dia, tak semestinya lepas waktu kerja kita free dia pun free.
Apatah lagi kalau berbeza bidang. Pekerjaan awak tuntutannya begitu, pekerjaan saya rutinnya begini, pekerjaan orang lain mungkin lain pulak nature dia. Dan ada orang yang melakukan kerja sampingan selain kerja tetapnya. Ada sebabnya kenapa mereka begitu.
Bila orang tu cakap (atau bagi hint) yang dia tengah nak berjimat, sila faham. Jangan bebal sangat ye? Kau mungkin boleh minum kat Stabak pada minggu yang lagi seminggu nak dapat gaji, tapi kawan kau tak mampu. Jangan paksa-paksa dia (unless kau berniat nak belanja). Kau tahu tak betapa terlukanya rasa apabila orang lain tak faham (dalam kes ni: buat-buat tak faham) keadaan kita yang tengah nak berjimat? Kalau orang ajak aku anjur gathering bagai di saat bajet makan aku tengah tight. Memang tak le aku nak join.
Jadi bila ada yang memberitahu mereka sibuk (pada waktu yang anda mungkin tidak sibuk), janganlah terus nak sentap dan menyindir "Alah kau ni manjang sibuk, orang lain pun kerja jugak". Ye laa kerja memang la kerja. Tapi gaji kau tak sama macam gaji dia, hutang pun tak sama, cuti pun mungkin tak sama. Benda ni semua faktor yang mempengaruhi atau ada kaitan rapat dengan nature kerja kita.
Kita kena belajar hormat ruang peribadi orang lain. Kalau kau nak kawan kau tolak job bernilai RM200 sebab nak lepak dengan kau, aku rasa kau bukan selfish lagi, kau dah dikira kejam. RM200 mungkin kecik pada kau tapi sangat besar pada dia. Faham tak ni?
Friendship is about understanding each other, not saying ‘yes’ to everything membabi-buta.

Disimpan semak, dibuang sayang

Haa ni cerita pasal perempuan dan mengemas rumah. Aku gerenti, ramai perempuan kat luar sana yang mempunyai perangai seperti aku apabila mengemas rumah. Perangai apa tu? Heheh
Perangai yang aku maksudkan ialah apabila tengah sort barang-barang yang nak dibuang tu, korang menjumpai barang2 yg korang jarang gunakan atau tak gunakan langsung pun tapi korang rasa sayang nak buang.
Contoh:

1- Paper bag
2- Bunga telur dan kad jemputan kahwin
3- Tag nama dan buku program apabila korang menjadi urusetia function sekian sekian
4- Buku/majalah lama-lama
5- Souvenir pemberian orang macam keychain, bookmark, tasbih etc
6- Pen yang korang dapat masa pergi kursus atau lawatan atau apa-apa function (selalunya dlm goodies bag) - selalunya pen-pen ni harap design je cantik tapi tak boleh pakai pun, malah kadang-kadang takde dakwat
7- Pin tudung/brooch yang dah rosak tapi batunya cantik (ni paling jilakeeee)
Petang tadi aku mengemas bilik stor rumah aku, dan yikess!! Aku jumpa koleksi kad jemputan kahwin yang bila aku belek-belek, pengantinnya sekarang ni dah beranak tiga empat malah ada yang dah bercerai pun!! 😂 Dan kad kahwin diorang masih ada dalam simpanan aku, apa kejadahnya HAHAHAHA
Bila nak mengemas rumah ni, pertama sekali hati kena kering. Bila hati kering barulah boleh buat kerja dengan senang. Kalau tidak karang, rasa macam "eh sayanglah benda ni, simpanlah..." Lepas tu tak pakai pun😁 mengumpul habuk lagi ada.
Tapi bila dah selesai mengemas dan melihat hasilnya, percayalah, anda akan rasa puas hati yang teramat sangat! Tak caya cubalah😃

Saturday, February 24, 2018

Julia & friends: June

Semalam aku lepak dengan sahabat aku ni kat Melawati Mall. Nama dia June, asal Sabah. Aku kenal dia kat facebook lima tahun lalu, dari salah satu page politik (tak ingat). Teruslah berkawan sampai sekarang sebab dia ni sekepala dengan aku. Walaupun umur tak sama tapi banyak perkara yang kami sehaluan, kira jarang la berselisih pendapat.



This is June

Aku suka berkawan dengan dia sebab dia ni tak hipokrit. Macam mana kau tengok cara dia posting kat facebook, macam tu jugaklah dia kat luar. Susah nak stop bila bercakap, adaaaa je cerita yang nak dibualkan. Satu lagi dia ni bukan spesies acah-acah pandai. Benda yang dia tak tahu atau tak pasti, dia tak berat mulut bertanya. Begitu juga bila aku bertanya benda yang dia expert, dia akan menerangkan dengan lengkap siap dengan pro and cons sekali, lepas tu terpulanglah aku nak buat pilihan, hahaha. Kami juga berkongsi hobi layan muzik dan filem. Dan satu perangai kami yang sangat sama ialah kami berdua merupakan jenis perempuan yang kasar macam jantan..!! Bahahahaa😁

Dia jugak salah sorang yang inspirekan aku untuk explore dunia ni dengan travelling. Dengan pengalaman dia sebagai pemandu pelancong, memang banyak la tips yang aku belajar dari dia dan praktikkan bila aku pergi melancong😃


Ni jumpa semalam ni pun sebab aku nak pulangkan mafela dan gloves yang June pinjamkan kat aku untuk pergi ke Beijing bulan lepas. Tapi nak jadi cerita, rezeki, June tersalah beli baju sejuk ni kat salah satu online web. Harga RM100 lebih katanya. Entah macam mana bila sampai ke tangan, tak muat uols…..tu yang dia bawak dan berikan pada aku. Jadi aku tak perlu beli baju sejuk lagi untuk ke Korea hujung tahun ni…yeay!!!



Cantik kan? Warna purple lagi (abaikan katil yang nampak-sangat-aku-tarik-cadar-sebab-nak-ambik-gambar tu 😂)


June memang pemurah orangnya so tak hairanlah rezeki dia sentiasa woo-woo-woo. Setiap kali balik travel ada je la keychain yang cantik-cantik dia beli untuk aku, tengok ni haaa:



Ni masa dia pergi Jepun, tahun 2016


 Ni pulak dia beli masa buat 'road-tour' ke beberapa negara di Europe, tahun 2017


Sebelom ni dia pernah belanja aku hi-tea kat sebuah hotel, semalam lak dia belanja aiskrim berharga RM22.90 kat Swensens, Melawati Mall😋




Haa tengok ni, travel tips dari June:







Best kan ada kawan macam ni? Aku harap satu hari nanti aku berpeluang travel dengan dia. Tak dapat keluar negara, ikut dia balik Sabah pun jadi lah bahhh!😂

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...