Genre:
Mystery drama
Ini merupakan
remake kepada filem asalnya yang diterbitkan pada tahun 1974, adaptasi daripada
novel karya Agatha Christie (1934). Jujur aku cakap aku download
filem ni semata-mata sebab Johnny Depp je. Kalau bukan kerana ada actor kegemaran
aku mungkin aku tak tengok pun cerita ni. Hahaa
Sinopsis:
Hercule Poirot (lakonan Kenneth Branagh) merupakan
seorang detektif terkenal dari Belgium yang merancang nak bersara dari
kerja-kerja penyiasatan. Baru plan nak berholiday di Istanbul, dia terpaksa
kembali ke London kerana tuntutan satu kes. Dia ditawarkan perjalanan percuma naik
tren bernama Orient Express oleh kawannya Bouc (Tom Bateman) yang juga pengarah
keretapi tu.
Ahli perniagaan, Edward Ratchett (Johnny Depp) cuba meminta
pertolongan Poirot untuk jadi bodyguard dia sepanjang 3 hari perjalanan tu
kerana dia menerima surat ugutan dari penghantar yang tidak diketahui, tapi
Poirot menolak kerana malas nak buat kerja menyiasat dah.
Dan pada esok paginya
Ratchett ditemui mati dengan banyak kesan tikaman. Sambil keretapi terkandas
dalam salji, sesi interrogation setiap penumpang pun bermula. Ada 10 orang
penumpang lain dalam tren tu, bermakna ada 10 orang suspeklah. Mereka adalah:
1. Pilar
Estravados (Penélope Cruz)
2. Princess
Dragomiroff (Judi Dench)
3. Hector
MacQueen (Josh Gad)
4. Edward
Henry Masterman (Derek Jacobi)
5. Dr.
Arbuthnot (Leslie Odom Jr.)
6. Caroline
Hubbard (Michelle Pfeiffer)
7. Mary
Hermione Debenham (Daisy Ridley)
8. Hildegarde
Schmidt (Olivia Colman)
9. Pierre
Michel (Marwan Kenzari)
10. Count
Rudolph Andrenyi (Sergei Polunin)
Review:
- Background filem ni cantik yang amat. Terasa suasana era 1930an tu dihidupkan semula dengan rekaan set dalam koc tren serta fesyen baju dan rambut semua watak. Tambah lagi dengan loghat British diorang tu. Memang terasa kembali ke zaman lampau sangat hehe
- Sepertimana bila aku menonton siri Detective Conan, suspens juga meneka-neka siapa agaknya pembunuh sebenar. Bila disiasat semua suspek ni ada kaitan dengan Ratchett, lagi lah rancak otak aku meneka. Dan memang endingnya aku tak sangka sebab aku memang tak pernah baca novelnya mahupun menonton filem tahun 1974 tu.
- Kepintaran detektif macam ni memang mengagumkan kan? Masa interrogate suspek-suspek tu, bukannya dia meneliti jawapan yang diberikan semata-mata, tapi gerak-geri mereka, pandangan mata, pendek kata sekecik-kecik hal pun diperhatikan sampai jumpa bukti yang kukuh.
- Yang kurang sikit ialah biasalah bila ada ramai suspek tu ada la nampak pembahagian ruang perkembangan watak yang agak kurang seimbang. Maklumlah filem durasi 2 jam je mungkin tak sempat nak explore semua hehe.
Apapun,
terima kasih la untuk pembikin filem ni sebab sudi menghasilkan versi baru untuk
penonton generasi sekarang. Kalau tidak kami pun tak tahu kewujudan cerita ni😃