Monday, March 12, 2018

Perbandingan hantu di dalam filem

Aku sangat minat menonton filem seram. Tak tau kenapa, nak kata pemberani sangat tu tidakla juga (waktu siang mungkin) tapi kalau ternampak post pasal filem horror terbaru je mesti aku tertarik nak find out. Hasilnya aku siap mengkaji lagi perbezaan filem-filem horror dari pelbagai negara ni.
So are you ready? Check it out!

Hantu Amerika@Hollywood
Biasanya ada kuasa ajaib special effect, ada tanduk dan taring panjang. Siang-siang buta pun dia boleh keluar gi bunuh orang. Kau mampu?😂
Hantu Eropah
Selalunya filem seram berlatar Eropah ni ada lagu Tim Burton dan hampir seluruh filem babaknya pada waktu malam, jarang sangat waktu siang. Hantu Eropah biasanya berasal dari golongan bangsawan dan yang paling popular ialah Vampire.
Hantu China
Diorang ni suka meloncat, tak tau kenapa. Pastu pakai baju tradisional China. Suka merayau (biasanya secara berkumpulan) cari darah. Bising tu standard lah.
Hantu Jepun
Yang ni pulak tak reti jalan tegak. Manjang je merangkak, pastu filem hantu Jepun selalu ada scene rambut muncul keluar dari kepala paip. Jadi bolehlah dikatakan hantu Jepun ni suka main air, 'port' kegemaran diorang ialah bilik mandi, perigi, tangki air, longkang, tempat-tempat yang ada lopak air dan sebagainya. Pastu kerja dia adalah membunuh orang yg tak bersalah.
Hantu Korea
Hantu dalam filem horror Korea pulak adalah sejenis technology-advanced. Selain gemar enterframe dalam lif dan cctv, diorang juga mahir dengan gajet. Ada hantu telefon, yang pandai main miss call pun ada. Biasanya hantu Korea banyak berlegar-legar di kawasan sekolah so yang kena kacau biasanya budak sekolah laa.
Hantu Thailand
Filem horror Thailand biasanya ditampilkan dengan jalan cerita yang mantap. Mula-mula penonton tak sangka dia tu hantu sebab menyerupai manusia dan hidup bersama-sama manusia, selalunya keluarga atau orang-orang terdekat/tersayang dia. Cerita hantu Thailand lebih banyak efek sedih dan memainkan emosi terutama unsur kekeluargaan/kasih sayang berbanding cerita hantu negara lain.
Hantu Indonesia
Selalunya berasal dari mangsa rogol atau sex rambang atau perselingkuhan pastu bunuh diri/dibunuh bila hamil atau masa lahirkan anak luar nikah. Dan yang hebatnya tu dah mati pun masih boleh tayang body lagi - so nak kata hantu paling seksi pun boleh jugak.
Hantu Turki
Aku baru je berjinak mengenali filem horror Turki ni, dan apa yang aku dapati ialah diorang kuat mengamalkan ilmu hitam demi mendapatkan apa yang dihajati. Siap baca-baca mentera bagai, guna bangkai/darah haiwan dan sebagainya. Sejenis lain macam punya seram jugak lah.
Aku juga tengah nak start cari filem-filem horror India@Bollywood. Nak jugak tengok ciri-ciri hantu India kan hehe.

“Kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan bagitahu saya”

Lama tak bebel, maklumlah sibuk dengan kerja-kerja translating/polishing. Hari ni aku terjumpa status lama yang aku post kat facebook dua tahun lepas. Meh aku share.
Selalu tak korang dengar ayat ni, “Kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan bagitahu saya”
Tak kiralah ketua pejabat, ketua keluarga ke, ketua rukun tetangga, ketua tempat ibadat atau ketua apa-apa pertubuhan sosial sekalipun…suka cakap macam ni supaya orang anggap dia ni prihatin…kononnya.
Tapi bila ada anak buah/ahli jemaah mengemukakan masalah mereka, boleh pulak si ketua ni tadi memberi jawapan yang berbunyi seperti justifikasi yang memihak kepada pihak dia dan hujung-hujung si pengadu tadi terpaksa ‘menelan’ situasi masalahnya yang masih dalam keadaan tak diselesaikan…lalu merasakan ‘apa guna bagitahu kalau masalah kita tak diberi perhatian pun’
Contoh justifikasi:
“bukan kita tak boleh buat macam yang awak cadangkan tu, tapi bla bla bla…”
“awak kena fikir, kita bla bla bla…” 
“awak kenalah cuba sesuaikan diri dengan bla bla bla…”
At the end, si ketua jugak yang tersenyum lebar setelah berjaya membuatkan si pengadu senyap. Fine, kalau kau rasa kau betul dan tak boleh bertolak ansur langsung dengan ahli jemaah, takpe…Takde sebab ahli jemaah tak boleh ikut kepala sendiri…Yelah dah kau kira nak ikut kepala kau je kan?
Korang pernah alami situasi ni? Boleh share…

#themovie: Descendants 2

Genre: Fantasy/musical
Pernahkah anda membayangkan sekiranya watak-watak jahat atau villain dari filem-filem animasi klasik Disney mempunyai anak? Haha kisah anak-anak villain ni pernah dipaparkan dalam filem muzikal berjudul Descendants pada tahun 2015 dulu. Dengan sambutan hangat kat filem tu maka terhasillah sequel berjudul Descendants 2 ni.
Sinopsis:
Jika di akhir filem pertama, kita telah menyaksikan empat anak villains memilih untuk menjadi baik instead of mewarisi jejak sebagai penjahat sepertimana ibubapa mereka. Dan mereka adalah:
Carlos, Jay, Mal dan Evie
  1. Mal – anak Maleficent dari filem Sleeping Beauty (lakonan Dave Cameron)
  2. Evie – anak Evil Queen dari filem Snow White and the Seven Dwarfs (lakonan Sofia Carson)
  3. Carlos – anak Cruella de Vil dari filem 101 Dalmatians (lakonan Cameron Boyce)
  4. Jay – anak Jafar dari filem Aladdin (lakonan Booboo Stewart)
Maka dalam sequel ini, mereka harus melawan Pirate Gang yang terdiri daripada rakan-rakan lama mereka sendiri. Pirate Gang dibarisi oleh:

Gil, Uma dan Harry
  1. Uma – anak Ursula dari filem The Little Mermaid (lakonan China Anne McCain)
  2. Harry – anak Captain Hook dari filem Peter Pan (lakonan Thomas Dougherty)
  3. Gil – anak Gaston dari filem Beauty and the Beast (lakonan Dylan Playfair) 
Mal merasa sukar menyesuaikan diri di Auradon dan nekad kembali ke Isle of the Lost. Namun Pirate Gang pulak berhasrat membebaskan semua villain yang ada kat pulau tu. Untuk menghalang hal ini, Mal dan kawan-kawannya perlu berhadapan dengan anggota-anggota Pirate Gang yang cukup licik.
Review:
Seperti dalam kebanyakan filem Disney, elemen persahabatan, kerjasama dan yakin pada prinsip sendiri adalah antara plot yang mewarnai Descendants 2. Part muzikal tu tak payah cakaplah, lagu-lagu dalam filem Disney memang tak pernah tak menghiburkan. 
Cuma aku berpendapat adalah lebih baik jika filem ni dihasilkan dalam bentuk animasi, sebab asalnya mak bapak diorang ni pun dari filem animasi. Barulah lagi seronok kita relate diorang dengan watak asal mak bapak masing-masing.
Akhir sekali meh aku kenalkan dengan watak-watak lain dalam Descendants 2. Selain dari watak anak-anak villain tadi, kita juga ada watak anak-anak kepada watak protagonist (watak baik). Mereka adalah:


Dari kiri ke kanan:
  1. Doug (Zachary Gibson) - anak Dopey dari filem Snow White and Seven Dwarfs
  2. Jane (Brenna D'Amico) - anak Fairy Godmother dari filem Cinderella
  3. Ben (Mitchell Hope) - anak Belle dan Beast dari filem Beauty and The Beast
  4. Dizzy Tremaine (Anna Cathcart) - anak Drizella merangkap cucu Lady Tremaine, mak tiri Cinderella  
  5. Chad Charming (Jedidiah Goodacre) - anak Cinderella dan Prince Charming
  6. Lonnie (Dianne Doan) - anak Mulan dan Li Shang dari filem Mulan

Gitulah sedikit sebanyak tentang filem ni. Orang yang tak berapa layan filem-filem animasi Disney mungkin akan rasa post ni tak menarik. Tapi, apa ada hal, minat masing-masinglah..kan?

#themovie: A Cowgirl's Story

Genre: Drama
Sinopsis:
Dusty Rhodes (lakonan Bailee Madison), gadis berusia 17 tahun tinggal bersama datuknya kerana kedua ibu bapanya yang merupakan anggota tentera pergi bertugas di Afghanistan. Dusty memasuki sekolah baru di mana dia bergaul dengan kawan-kawan baru termasuk Savanah (Chloe Lukasiak), juga anak tentera. Dusty yang meminati kuda, cuba meyakinkan kawan-kawannya untuk menubuhkan pasukan ekuestrian untuk beraksi di rodeo (acara sukan melibatkan haiwan) dan juga acara perarakan.
Dunia Dusty menjadi gelap gelita apabila helikopter yang dinaiki ibunya ditembak jatuh semasa bertugas dan ibunya hilang. Untuk melawan perasaan bimbang Dusty mendapatkan bantuan datuk dan kawan-kawannya untuk menganjurkan satu acara menunggang kuda khas untuk ibu bapanya dan semua tentera yang bertugas di luar negara. Seluruh bandar kemudiannya menyokong acara tersebut dan ia menjadi satu kenangan yang tak terlupakan oleh setiap orang.

Review:
Filem ni berkisar kepada masalah biasa di kalangan remaja iaitu masuk sekolah baru, cuba nak sesuaikan diri, serta jurang antara group budak hot vs group budak nerd. Tapi diberi latar belakang on remaja yang datang dari keluarga army, macam mana kau nak bawa diri bila ibu bapa kau pergi bertugas, dan pengorbanan diorang kepada negara.
Dan juga, senjata paling ampuh untuk orang yang percaya kepada Tuhan adalah doa..Berdoalah sebanyak-banyaknya, mana tahu akan berlaku keajaiban😉

#themovie: Annabelle - Creation

Genre: Horror
Sinopsis:
Sister Charlotte (lakonan Stephanie Sigman) membawa enam gadis orphan untuk tinggal di rumah sepasang suami isteri iaitu Samuel Mullins (Anthony LaPaglia) dan isterinya Esther (Miranda Otto). Mereka adalah:
1. Janice (Talitha Bateman)
2. Linda (Lulu Wilson)
3. Carol (Grace Fulton)
4. Nancy (Philippa Coulthard)
5. Kate (Tayler Buck)
6. Tierney (Lou Lou Safran)



12 tahun yang lalu, Samuel dan Esther kehilangan anak tunggal mereka, Annabelle (nama manjanya Bee, lakonan Samara Lee) dalam satu kemalangan.

Hari pertama di rumah tu, dah start ada gangguan. Yang pertama sekali kena kacau ialah Janice (yang juga seorang OKU). Dia seperti ‘ditarik’ masuk ke dalam bilik arwah Annabelle yang entah macam mana boleh ter‘unlocked’. Janice menemui patung kesayangan Annabelle dan mendapati patung tu seolah-olah hidup. Lalu satu-persatu anak yatim tadi mula diganggu dan paling dahsyat Samuel ditemui terbunuh, dan ini memaksa Sister Charlotte meminta penjelasan daripada Esther.
Esther yang sudah sekian lama terlantar bedridden, menjelaskan bahawa kesedihan yang begitu mendalam akibat kehilangan Annabelle telah mendorong dia dan suaminya untuk membuat perjanjian dengan entiti tidak diketahui (of course la benda yang ada dark power kan), demi melihat semula Annabelle depan mata mereka. Hasilnya, dapatlah sesekali Esther dan suaminya melihat sekilas kelibat Annabelle dalam rumah tu, dengar suara dia tengah bermain dan mereka dah cukup puas hati walaupun tak dapat lagi menyentuh dan memeluknya.
Tapi bila kau dah buat agreement dengan setan ni memang padah la jawabnya. Setan tu menuntut untuk ditempatkan dalam anak patung Annabelle dan mula target nak dapatkan tubuh manusia pulak untuk diduduki. Dengan bantuan paderi, Esther dan Samuel berjaya mengurung anak patung tu dalam almari yang ditampal halaman Bible. Dan sebagai tanda bertaubat dari perbuatan mengadakan perjanjian dengan setan tu la yang Esther dan Samuel membuka pintu rumah mereka kepada anak-anak yatim tadi. Tak tahu la pulak setan tu jadi makin excited nak memburu body manusia. Ye la dah banyak pilihan depan mata kan.
Review:
Aku tak rasa citer ni seram sangat sebab tak nampak sangat pun rupa setan tu. Fokus dia banyak kat muka anak patung tu je. Tapi yang aku suka tu jalan citer dia memang menerangkan macam mana anak patung tu boleh jadi haunted. Kira menjawab persoalan dalam The Conjuring lah citer ni. Plus budak-budak yang berlakon ni pun berbakat, boleh pergi jauh dalam bidang lakonan😄

Thursday, March 1, 2018

The power of teams

Walaupun aku define diri aku sebagai seorang yang 'lone ranger', tapi aku sangat meminati filem-filem yang berkonsepkan 'team' atau pasukan. Maksud aku, filem yang menampilkan ramai individu sebagai watak utama😃 

Tak kira apa genre sekalipun - superhero, animasi, action, thriller, muzikal, komedi, parody....Apa saja. Bukan apa, saja seronok tengok geng ramai-ramai ni. Meriah!

Ni aku tepek gambar pasukan-pasukan dalam filem yang aku minat. Check it out!

Pasukan superhero

Avengers

Big Hero 6

Fantastic Four

Guardians of The Galaxy

Justice League

Power Rangers

Suicide Squad

Teenage Mutant Ninja Turtle

X-Men

Pasukan dari genre movie lain

Fast and Furious

Transformers

Pitch Perfect

Ghosbusters

Apa pula team kegemaran korang? Hehe

The promising March

Alhamdulillah setelah 'menganggur' dari kerja translating dan polishing skrip lebih seminggu akhirnya kelmarin aku diserahkan tanggungjawab 'menyental' skrip episod ke-103 siri Marvel Avengers Assemble. Harapan kembali bercahaya untuk meneruskan kerja keras demi mencari peruntukan untuk siri jelajah (read: hobi travel) yang seterusnya 😃

Macam biasalah kalau skrip dah siap ready dalam petak template berserta runnning time dan skrip asalnya dalam bahasa Inggeris tu cepat sikitlah kerja aku berbanding skrip yang asalnya dalam format PDF dan translator hanya terjemah, ha tu ambik masa sikitlah sebab aku kena pastikan timecode dia betul supaya tak menyusahkan dubbers untuk buat kerja dalam studio.


Perhatikan angka di sebelah atas kanan tu. Itulah yang dipanggil running time atau timecode.


Dan inilah skripnya

Mencabar tau kerja jadi polisher skrip ni...tapi aku seronok sebab dapat menonton lebih awal dari orang lain hahaha. Selain tu jugak boleh menambah pengetahuan terutama dari segi tatabahasa dan literature bahasa Inggeris. Bersyukur sangat aku rasa sebab bukan semua orang berpeluang bekerja dalam bidang yang diorang minat, tak kisahlah secara full time atau part time.

Dan hujung minggu ni aku mungkin perlu membuat skrip 'on the go', sebab tengah hari ni aku akan ke KLIA untuk pickup adik perempuan aku yang pulang bercuti dari California. Lepas tu kami terus shoot ke Melaka di mana abah dan mama akan travel dari Perak dan meet up kat sana memandangkan adik bongsu aku belajar di UTEM. Yeay! Family full corum, at last.

Happy weekend everyone!



#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...