Saturday, December 23, 2017

#themovie: Ferdinand

Satu perkara yang aku suka tentang filem2 animasi sejak kebelakangan ni ialah studio2 animasi Hollywood macam berlumba-lumba mencari kelainan agar produk mereka tampil berbeza dengan produk Disney, gergasi animasi dunia. Paling ketara, filem animasi selalu membawa kita ‘mengembara’ ke dunia lain, dan memahami perkara yang kita tak terlintas nak ambil tahu pun dalam kehidupan seharian kita. Contohnya filem terbaru dari Blue Sky Studios kepunyaan syarikat 21st Century Fox ni.

Ferdinand membawakan kisah dalam dunia laga lembu di negara Sepanyol. Bertempat di sebuah farmhouse tempat melatih lembu laga, seekor anak lembu bernama Ferdinand membesar dengan pemikiran yang berbeza dengan kawan-kawannya iaitu Valiente, Bones dan Guapo. Masa tu lembu2 ni semua berpikiran, siapa yang terpilih jadi lembu laga akan menikmati kemasyhuran dan hidup dalam kemewahan. Yang tak terpilih pulak akan end up di rumah penyembelihan. Namun, si Ferdinand ni lebih memilih untuk hidup tenang, aman damai dan mencintai bunga daripada sibuk nak beradu kekuatan.

Pada satu hari ayah Ferdinand telah dipilih untuk berlawan dan tak pulang2 selepas tu. Dengan perasaan sedih dan kecewa, Ferdinand melarikan diri sejauh-jauhnya dari ladang tersebut dan akhirnya tiba di sebuah kebun bunga. Tanpa mengambil masa yang lama Ferdinand menjadi kesayangan Nina, anak owner kebun bunga tu dan membesar kat situ.

Beberapa tahun kemudian, Ferdinand curi2 mengikut Nina dan ayahnya ke pekan untuk Pesta Bunga dan tanpa sengaja telah menimbulkan kegemparan di pekan tersebut. Dia ditangkap dan dibawa semula ke ladang tempat dia tinggal masa kecik2 dulu. Kat sini Ferdinand berjumpalah semula dengan kawan-kawan lamanya dan mendapati pemikiran mereka tentang idea beradu kekuatan tu masih tak berubah.

Ferdinand pun fed-up dan cuba nak escape sekali lagi, tapi masa nak lari tu, dia terpandang koleksi tanduk lembu dalam salah satu bahagian rumah ladang tu…Masa tu baru dia sedar yang sebenarnya lembu yang terpilih jadi lembu laga akan dibunuh oleh matador. So, terpilih ke tak terpilih SAMA je, kau tetap akan mati. Ferdinand berpatah balik dengan harapan sempat bagi warning kat kawan2 dia tentang hakikat sebenarnya.




Antara adegan menarik dari filem ni

Okeylah cukup sampai situ. Pengajaran dari filem ni:

1. Tak perlu takut untuk stand up different from others. Biaq pi la orang lain sibuk gaduh nak ikut tradisi, kalau kau rasa benda tu bukan benda yang buat kau happy, kau buat je lah benda yang kau rasa happy bila buat. Contohnya, Ferdinand lebih suka menikmati bau harum bunga dari sibuk nak berlaga. Dia bahagia dengan cara tu. So, be it.

2. Tak berdendam. Apabila menyedari ke mana pergi sebenarnya lembu2 laga yang terpilih tu, Ferdinand tak tinggalkan kawan2 dia. Instead, dia berpatah balik untuk ajak kawan2 dia lari sama-sama walaupun masa kecik2 dulu diorang selalu mengejek dan mempersendakan dia hanya kerana pemikiran dia berbeza.

3. Fight hanya apabila perlu, bukan sengaja suka2 nak berlawan. Orang putih kata, when the time comes, you’ll know what to do.

4. Aku tak pernah ambil tahu pasal laga lembu sepanjang 36 tahun aku hidup ni, tapi dari filem ni baru aku tahu, laga lembu ni rupa-rupanya adalah sejenis sukan yang sangat diminati di negara Sepanyol, Portugal (tapi sekarang dah diharamkan di Portugal), Perancis serta beberapa negara di benua Amerika Selatan macam Mexico, Peru dan Ecuador yang menjadi jajahan diorang. Malah acara ni diadakan dalam bangunan macam Colosseum, perghhhh. Sukan ni menimbulkan kontroversi di peringkat antarabangsa kerana dianggap menyeksa haiwan. Sebabnya, peraturan dalam laga lembu ni, seorang manusia yang dikenali sebagai ‘matador’ akan berlawan dengan seekor lembu dan consider menang jika dia berjaya membunuh lembu tu dari jarak dekat.

Filem ni rated P13. So, selamat menonton!

Tuesday, December 5, 2017

#themovie: Coco

Coco merupakan filem ke-19 keluaran Studio Pixar, anak syarikat Disney. Mengambil lokasi di negara Mexico, Coco memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia dalam 12 tahun, Miguel yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat membenci muzik. Ini kerana pada beberapa generasi sebelumnya, datuk moyang Miguel yang merupakan seorang pemuzik (aku rasa generasi ke-4 atas dia kot, iaitu bapak dia, then nenek dia, pastu moyang dia, haaa si pemuzik ni ialah ayah kepada moyang dia tu) telah meninggalkan isterinya untuk kembara sebagai musician dan tidak pernah kembali. So sejak itu, muzik dianggap satu sumpahan dalam keluarga Miguel, generasi demi generasi.
Namun apabila tiba kat Miguel, darah seniman muzik itu ternyata ada dalam dirinya. Miguel begitu meminati seorang seniman legenda bernama Ernesto de la Cruz yang sezaman dengan datuk moyang dia yang pergi tak kembali tu. Dan of course la Ernesto ni pun dah lama meninggal dunia) dan bercita-cita mahu jadi seperti beliau. Segala lagu Ernesto dia hafal liriknya, filem dia hafal dialognya, dan pantang ada peluang Miguel akan bernyanyi ke mana saja dia pergi. Dan keluarga Miguel pun pantang dengar atau nampak dia menyanyi, confirm mengamuk terutama nenek Miguel.

Pada Hari Perayaan Kematian, secara tidak disangka-sangka Miguel mendapati dirinya berada di alam orang mati. Dia bertemu dengan ahli-ahli keluarganya yang telah meninggal dunia. Di sini bermulalah pengembaraan yang takde siapapun yang masih hidup pernah terfikir nak melaluinya. Pelbagai rahsia yang tersimpan tentang masa lalu keluarga Miguel terbongkar di sepanjang perjalanannya di alam orang mati ni. Apakah dia, yang itu better aku tinggalkan korang untuk saksikannya sendiri kerana ianya memang tidak dijangka sama sekali.


Miguel bersama ahli-ahli keluarganya yang telah meninggal dunia



Yang dah meninggal



Yang masih hidup


Ulasan aku:

1. Kekuatan ikatan kekeluargaan. Ada ke filem Disney/Pixar yang missed subjek ni? Malah inilah kekuatan yang membolehkan semua filem diorang dinikmati setiap peringkat umur. Filem ni berpesan kepada kita agar jangan melupakan ahli keluarga kita yang telah tiada.

2. Kesungguhan dalam menggapai cita-cita. Tak semua orang mendapat dorongan mudah daripada keluarganya untuk mencapai cita-cita, terutama jika cita-cita tu bukan merupakan tradisi keluarga tu. I mean, mak bapak cikgu selalunya galakkan anaknya jadi cikgu jugak, macam tu lah. Kadang2 ada keluarga yang tak faham minat anaknya. Tak apa, mungkin ia memerlukan masa. Bersabar, pasti ada ganjarannya.

3. Pengetahuan tentang budaya dan kepercayaan orang Mexico. Haa, bab ni paling best. Aku ni kalau suruh baca buku tebal2 atau blog yang berjela2 dengan kandungan ilmiah MEMANG TAK LAA aku nak baca. Tapi oleh kerana aku penggemar medium seni, maka satu cara untuk sampaikan sesuatu pengetahuan tu ialah dengan cara seni. Paparkan cerita dalam filem, drama, lagu dan sebagainya. Dalam Coco aku baru tahu rupanya ada sejenis perayaan untuk mengenang orang yang dah mati. Mengikut kepercayaan orang Mexico, kalau kita tak pamerkan gambar arwah tu kat rumah, spirit orang tu takkan dapat 'pulang' melawat keluarganya pada hari perayaan kematian tu. Haa gitu

4. Lagu sedap dan grafik sangat cantik - Ini satu lagi tarikan yang tak pernah tak ada dalam filem2 animasi antarabangsa terutama Disney/Pixar. Kalau korang jumpa mana-mana peminat Disney, kami bukan setakat tahu tentang movienya tetapi juga lagunya. Heheh

Coco dah berjaya buatkan aku ketawa, kagum, terkejut, meluat, geram dan menangis untuk satu filem saja. Ramuannya perfect! Bolehlah aku katakan inilah filem animasi terbaik untuk tahun ini, or maybe yang terbaik aku pernah tengok.

Selamat menonton!

Saturday, November 25, 2017

#themovie: Justice League

Genre: Superhero
Yeay! Satu lagi team superhero muncul di panggung. Dah lama ni tunggu cerita ni akhirnya muncul jgua. Hehee
Sinopsis:
Sang villain, Steppenwolf (lakonan Ciarán Hinds) turun ke bumi bagi pihak bos dia iaitu Darkseid yang hendak menguasai bumi dan untuk itu, dia kena cari semula tiga Mother Box dan satukan ketiga-tiganya. Dia berjaya mendapatkan box yang pertama dari Themyscira (tempat asal Wonder Woman) dan box kedua dari Atlantis (tempat asal Aquaman).
Batman (Ben Affleck) dan Wonder Woman (Gal Gadot) yang kini tinggal berdua setelah kematian Superman (Henry Cavill), memutuskan untuk merekrut pasukan bagi menghalang Steppenwolf. Dan dapatlah tiga ahli baru iaitu Aquaman (Jason Momoa), Flash (Ezra Miller) dan Cyborg (Ray Fisher).
Box yang ketiga kemudiannya diketahui ada pada Cyborg, dan dia menggunakannya untuk membangkitkan semula Superman.

Flash, Superman, Cyborg, Wonder Woman, Batman & Aquaman

Review:
  1. Jalan cerita dia mudah difahami even oleh orang yang tak baca komik (macam aku). Takde meleret-leret macam BvsS dulu
  2. Memandangkan Aquaman, Flash dan Cyborg adalah watak baru….aku nampak tetaplah trio Batman-Superman-Wonder Woman lebih ‘ke depan’ dalam filem ni. Overshadow tidak dapat dielakkan. Jadi kita akan ‘berkenalan’ lebih rapat dengan tiga watak baru ni dalam filem solo diorang nanti
  3. Ada si budak Flash ni dengan karakter sengal dia tu, kurang la sikit rasa ‘tegang’ rasa menonton cerita ni berbanding BvsS dulu. Ala-ala Spider-Man kalau dalam Avengers, tukang kasi riuh suasana
  4. Batman sebagai leader – walaupun peralatan dia semua canggih-canggih, aku still boleh rasa perasaan gementar dia dalam proses nak merekrut ahli-ahli JL tu – sebab Superman dah tak ada
  5. Steppenwolf tu – masa final battle, laa macam tu je ke dia boleh kalah? Macam kejap sangat la pulak final battle nye kan?

Saturday, November 4, 2017

#themovie: Thor - Ragnarok

Genre: Superhero
Ragnarok = kemusnahan Asgard

Hulk, Thor, Valkyrie dan Loki

Sinopsis:
Thor (Chris Hemsworth) terpaksa berdepan dengan Hela (Cate Blanchett), kakaknya yang dia tak pernah kenal sebab Hela dikurung oleh ayah mereka, Odin (Anthony Hopkins). Odin mengurung Hela kerana terlalu bercita-cita tinggi (macam gila kuasa kot), suka kepada perang dan kekerasan untuk menguasai Asgard. Malang bagi Thor apabila Hela menghancurkan Mjolnir dia.
Macam biasa la mula-mula hero kena kalah dulu. Thor dan Loki lari ke angkasa lepas sementara Hela mula menguasai Asgard dengan memusnahkan tentera yang ada dan membangkitkan tentera yang dah mati, yang dulunya berjuang bersama dia.
Thor landing kat sebuah planet bernama Sakaar sebelum berjumpa balik dengan Loki yang juga sampai kat situ. Singkat cerita, kat Sakaar ni juga Thor jumpa semula dengan Hulk dan juga seorang perempuan Valkyrie yang dulunya mempertahankan Asgard dari serangan Hela.
Thor bersama Hulk dan Valkyrie menuju ke Asgard untuk melawan Hela. Loki dan gladiator semua tu datang membantu selamatkan penduduk Asgard. Thor berdepan dengan Hela dan kehilangan mata kanannya, pastu dia ternampak bayangan Odin memberitahunya hanya Ragnarok dapat menghalang Hela. Masa Hela tak nampak, Loki meletakkan mahkota Surtur kat Eternal Flame. Surtur menjelma semula dan memusnahkan Asgard, dan Hela mati.
Thor bersama-sama Loki dan Hulk kemudiannya membawa penduduk Asgard menuju ke bumi.
Review:
  • Hampir setiap superhero ada magic tools diorang masing-masing, kita biasa tengok kan. Dan biasanya juga alat tu yang membuatkan diorang ada superpower, tapi what if alat tu takde dengan diorang? Adakah mereka bukan lagi sesiapa, tanpa alat magic memasing? Di sini kita akan tengok macam mana Thor struggle tanpa Mjolnir, lebih kurang Spider-Man (dalam Spider-Man: Homecoming) bila Iron Man ambik balik sut dia.
  • Aku rasa visual cerita ni cantik. Banyak warna terang berbanding dua filem Thor sebelum ni yang lebih kepada suasana suram kelam. Rasa macam tengah baca komik.
  • I like it bila Loki yang dulunya villain, berubah jadi baik (walaupun ada makna). Aku juga suka watak Valkyrie, harap dapat tengok lebih cerita tentang dia dalam filem akan datang
  • Tahun ni ada beberapa filem dengan villain wanita yang badasss dan Hela tersenarai, selain dari villain wanita dalam Power Rangers, Transformers The Last Knight dan Fast Furious 8
  • Elemen komedi yang disulam dalam filem ni berjaya meng’cool’kan suasana yang tengah mendebarkan. Terutama scene Thor dan Hulk bragging tentang power masing-masing. Sekarang aku paham la apasal diorang berdua tak muncul dalam Captain America: Civil War. Haha
  • OK ni jujur. Aku lebih suka Thor versi rambut panjang…lagi macho

Thursday, September 14, 2017

#themovie: It

Genre: Thriller
Aku tak pernah baca novel It ni atau menonton filem asalnya, so aku cerita pasal filem yang baru ni je lah ye. Hehe
Sinopsis:
Bertempat di sebuah pekan kecil bernama Derry, Amerika Syarikat. Setiap 27 tahun, berlaku kehilangan ramai kanak-kanak secara misteri tanpa meninggalkan jejak langsung. Sekumpulan bebudak awal remaja yang diketuai oleh Bill (lakonan Jaeden Lieberher) cuba menguak misteri ini apabila adik Bill, Georgie Denbrough (Jackson Robert Scott) hilang tanpa penjelasan sewaktu bermain kapal kertas dalam hujan lebat.
The Losers Club (aku ringkaskan jadi TLC ye), begitulah nama yang digunakan Bill dan gengnya yang terdiri daripada:
1.      Ben (Jeremy Ray Taylor)
2.      Bev (Sophia Lillis) 
3.      Rich (Finn Wolfhard) 
4.      Stan (Wyatt Oleff) 
5.      Mike (Chosen Jacobs) 
6.      Eddie (Jack Dylan Grazer) 

The Losers Club

Pencarian ini menemukan mereka dengan sesuatu yang mengerikan. Ternyata entiti misteri tu ialah badut dengan muka menyeramkan, Pennywise (lakonan Bill Skarsgård) yang hidup dalam pembetung air.

Pennywise

Review:
Apa yang aku suka dalam cerita ni:
  • Make-up si Pennywise ni memang win la. Dengan mulut menyeringai macam tu, bila dia nganga haa ko tengok gigi dia yang berlapis-lapis tu. Memang takde ampun la kalau dah stuck kat situ
  • Muzik latar intro dia tu..tak boleh seram lagi ke? Terngiang-ngiang lagi suara tu kat telinga lepas habis nonton. Heyyy
  • Aspek ketakutan yang dialami oleh setiap ahli TLC. Part ni setiap karakter mereka ‘dibina’ hingga menemukan chemistry yang hebat sebagai satu kumpulan. Pandai seh budak-budak ni berlakon
  • Of course, kasih sayang Bill pada adiknya mengundang sebak. Sebenarnya aku sendiri pun berharap Georgie tu tak mati, cuma hilang je. Well..

Cuma tu la….It ni menatang apa sebenarnya? Jin ke, jelmaan syaitan ke, atau manusia yang apply ilmu hitam ke? Tak pasti, mungkin persoalan ni akan terjawab dalam sequel dia nanti😃

Wednesday, September 6, 2017

#themovie: The Son of Bigfoot

Fuh lama betul tak menulis review filem. Semalam aku menonton filem animasi bertajuk The Son of Bigfoot, keluaran syarikat Belgian-French iaitu nWave Pictures. Filem ni mengisahkan seorang budak lelaki bernama Adam Harrison yang tinggal bersama ibunya, yang mana dia hanya tahu ayah dia dah lama meninggal (kata mak dia). Satu hari Adam terjumpa satu bukti yang jelas lagi sohih bahawa ayah dia masih hidup dan mak dia menyembunyikan fakta tersebut daripada dia selama ni.

Dengan perasaan kecewa dan tertipu, Adam mengambil keputusan untuk mencari sendiri ayahnya berdasarkan alamat yang dia jumpa tu. Cari punya cari maka sampailah Adam ke pinggir hutan dan mendapati bahawa ayahnya merupakan seorang (ke seekor?) makhluk berbulu tebal tetapi masih berwajah manusia, dikenali sebagai Bigfoot dan telah 10 tahun menyembunyikan diri di dalam hutan tersebut. Lantas bermulalah petualangan si Adam untuk membawa semula ayahnya ke pangkuan keluarga.



Adam bersama ayahnya, Dr. Harrison yang kini telah menjadi Bigfoot


Adam dengan mak dia

Macam mana ayah Adam boleh bertukar jadi bigfoot? Dan kenapa pulak dia bersembunyi dalam hutan sebegitu lama? Haa itu aku tinggalkan untuk korang saksikan sendiri. Apa yang menarik dalam filem ni ialah:

1. Nilai kekeluargaan – mesej kasih sayang ayah dan anak memang bukan benda baru dalam dunia filem animasi tapi kali ni diangkat dengan hala yang berbeza iaitu anak menyelamatkan ayahnya, bukan the other way around yang kita selalu tengok dalam filem-filem animasi sebelum ni.

2. Aku pegi menonton filem ni hanya selepas tengok trailer sewaktu menonton filem lain sebelum ni – tanpa membaca sebarang synopsis atau review. Cuma I have the idea from the movie title dan poster iaitu ayah budak ni adalah bigfoot. Cuma sangkaan awal aku tentang why his dad become a bigfoot sedikit tersasar which is….surprise! (elok jangan baca synopsis langsung lepas ni hahaha)

3. The battle scene agak panjang dan macam cerita Tamil lak di mana pihak yang baik mula-mula kalah dulu, dan part tengah ‘kalah’ tu lama sikitlah, sampai dah nak last baru menang 


4. Animation work dia macam filem-filem animasi 3D yang biasa kita tengok dalam produk Pixar, Dreamworks dan sebagainya. Tak ada apa yang luar biasa sangat, even haiwan-haiwan yang jadi sidekick tu pun terdiri daripada jenis haiwan sidekick dah selalu muncul dalam filem animasi company lain sebelum ni. Tapi kira OK lah dan agak menghiburkan terutama pasangan raccoon tu 


Keseluruhannya filem ni menghiburkan untuk semua peringkat usia. 



Saturday, July 29, 2017

#themovie: Spider-Man: Homecoming

Genre: Superhero
Yeay! Akhirnya hadir juga filem Spider-Man yang menampilkan suasana baru. Tiada lagi ulang tayang scene Peter Parker digigit labah-labah atau pakcik Ben kena bunuh (sob sob). Benda yang semua orang dah tau kan? Filem ni membawa watak Spider-Man ke satu dimensi baru, iaitu bagaimana Peter deal dengan double-life dia sebagai seorang remaja dan juga superhero. It’s a fresh and new thing.
Sinopsis:
Tak lama selepas balik dari Civil War, Peter Parker alias Spider-Man dihantar pulang oleh Tony Stark alias Iron Man dan kembali ke kehidupan asalnya sebagai remaja sekolah. Bersama sedikit pesan dan nasihat, Iron Man meninggalkan kostum buatannya untuk Peter agar dapat digunakan ke arah kebaikan. Peter pun menyimpan kostum dengan harapan dirinya akan dipanggil semula untuk menjalankan misi besar bersama pasukan Avengers.
Tunggu punya tunggu, langsung takde khabar daripada Iron Man mahupun pihak Avengers lainnya. Lantas Peter pun appoint diri dia untuk menyelesaikan jenayah-jenayah kecil yang berlaku di sekitar kawasan kejiranan dia. Setakat tu ajelah sebab dia masih budak dan tak boleh nak dipertanggungjawabkan dengan kes-kes yang lebih besar. Tapi kes besar la yang Peter nak sebenarnya, dan satu malam tu memang dia dapat betul apabila berlaku satu rompakan bank oleh sekumpulan orang yang menggunakan senjata aneh berkekuatan alien. Dan semua penjualan senjata tersebut didalangi oleh seorang misteri yang dikenali dengan nama Vulture.


Spider-Man sedang berehat selepas menyelesaikan kes jenayah di area tempat tinggalnya

Review:
Apa yang menarik, Spider-man versi Tom Holland ni memang menggambarkan ciri-ciri seorang remaja di mana dia kena pergi ke sekolah, ada crush dengan budak perempuan hot, kena buli dengan bad boys, ada best friend yang nerd+kepochi dan bila kat rumah kena leter dengan makcik (sebab dia takde mak, so makcik la mother figure dia. Haha).
Aku suka cara diorang membangunkan watak Peter ni, bermula daripada seorang remaja yang kemaruk nak jadi superhero, excited mencuba segala function yang dah di’upgrade’ oleh Iron Man pada sut dia (sampai dia sendiri pening), kemudian sut tu diambik balik oleh Iron Man bila Peter terlibat dalam satu kejadian, pastu Peter terpaksa berjuang sendirian (tanpa bergantung kepada sut) untuk membuktikan kemampuan dirinya yang sebenar.
Oh ya, kali ni kan Marvel tak tunjuk macam mana hero boleh dapat superpower, sebaliknya diorang tunjuk macam mana si villain tu boleh berubah daripada manusia biasa menjadi villain. Mestilah ada sebab kan? Watak Adrian Toomes/The Vultur sebagai villain, dijayakan dengan baik oleh Michael Keaton. I love the plot twist about dia dengan Liz, gadis yang disukai Peter.
Drama dengan lawak dia pun balance….Yang kurang, erm cuma action je la yang kurang sikit kot…sebab filem ni lebih kepada penceritaan tentang development watak.
Overall, menghiburkan😄

Friday, June 23, 2017

#themovie: Transformers - The Last Knight

Genre: Science fiction action
Macam biasa, formula dia – manusia rasa terancam dengan kehadiran robot. Tu je la sejak dari filem yang 1st dulu lagi 😂

Aksi Bumblebee melawan Optimus Prime

Sinopsis:
  • King Arthur berperang dengan musuhnya, Saxons pada tahun 484 Sebelum Masihi. Ahli sihir dia, Merlin (Stanley Tucci) mewakili manusia meminta bantuan kepada robot kuno untuk menolong pihak King Arthur menewaskan Saxon. Dapatlah bantuan berupa tongkat sakti dan tewaslah musuh tu. Sebagai penghormatan, bila Merlin meninggal dunia dia dikebumikan bersama tongkat tu.
  • 1600 tahun kemudian, Optimus Prime (OP) bertemu pencipta dia, Quintessa kat Cybertron. Quintessa nak hidupkan balik Cybertron dan caranya ialah kena dapatkan tongkat Merlin tadi tu. Quintessa berjaya membuat OP membelot dan menukar namanya kepada Nemesis Prime.
  • Pihak manusia pulak masih tak menerima baik kehadiran Transformers malah membentuk pasukan TRF (Transformers Reaction Forfe) untuk memburu Transformers. Jadi mereka memburu Cade, yang masih lagi setia melindungi dan menyembunyikan Autobots di bengkel kereta rosak miliknya.
  • Cade kemudian didatangi oleh robot bernama Cogman yang menjemput mereka ke UK untuk bertemu bos dia, Sir Edmund yang tahu cara untuk menghentikan perang antara manusia dengan Transformers. Sir Edmund turut menjemput seorang lagi iaitu Viviane, seorang pensyarah ke perjumpaan tu. Beliau menerangkan tentang tongkat Merlin yang hanya boleh diambil semula oleh waris Merlin yang sah dan orang tu ialah Viviane.
  • Bila diorang dah dapat tongkat tu, OP muncul untuk merampasnya tetapi ditentang oleh Bumblebee yang bersuara buat pertama kalinya. Dan suara Bumblebee telah mengembalikan ingatan OP dan membebaskannya dari sihir Quintessa.
  • Pasukan TRF kemudian berbalik membantu Cade setelah mengetahui rencana jahat Quintessa.
  • Sekarang battle scene adalah seperti berikut:

AUTOBOTS + OPTIMUS PRIME     VS   DECEPTICONS (pimpinan MEGATRON)
CADE + geng manusia                       QUINTESSA
TRF

Ending dia mestilah Autobots menang. Hehe 

Review:
  • Alangkah bagusnya kalau jalan cerita dia ringkas dan tak berbelit, memandangkan action scene cukup mantap.
  • Wat ape laa introduce banyak watak robot kalau balik-balik Bumblebee yang jadi star.
  • Wat ape jugak laa ada watak macam Izabella tu. Muncul awal cerita, hilang di pertengahan pastu muncul kat ending? Apakah?
  • Yang pasukan tentera tu pun tak membantu sangat. Aku paham la diorang nak menghentikan peperangan tapi not nice la mula-mula geng dengan Decepticons, pastu switch pergi kat Autobots. Ngek lah.










Sunday, March 26, 2017

Al kisah majlis kahwin

Kat Malaysia ni isu2 yg berkaitan dengan perkahwinan memang cepat jadi panas. Sebelum ni gaduh pasal hantaran, pasal bayaran dan hasil kerja photographer, pasal kos wedding planner, pasal hukum-hakam bersanding, pasal syarat2 nak kahwin dua tiga empat, lepas dah bercerai pulak gaduh pasal proses cerai, tuntut nafkah itu ini, hak custody anak dan macam2 lagi. Kalau pihak yg terbabit tu adalah seseorang yg dikenali ramai atau berkedudukan dalam masyarakat, lagi lah cepat darjah kepanasan tu naik. Eeewwww.

Sekarang ni trend terbaru, gaduh pasal bridesmaid pulak. Sepanjang aku hidup dan hobi suka menghadiri majlis perkahwinan di sana sini, tak pernah pulak aku ‘ter’ attend majlis yg ada bridesmaid ni. So aku pun tak berapa nak ambik pot lah. Tapi, aku pernah diminta jadi usherer di majlis kahwin anak bekas boss aku, dan pernah jadi pengapit di majlis salah seorang close friend aku. Ni aku lakukan dengan senang hati la (tergantung pada terma dan syarat) sebab aku hanya perlu datang pada hari ‘kejadian’, so tak perlu laa aku nak bermalam kat rumah pengantin.

Tak kuasa eyhh nak tido baring dengan family pengantin walhal kita ni orang luar (walau macam mana rapat sekalipun kau dengan pengantin). Eh, wedding sepupu aku sendiri pun aku tak pernah buat macam ni derr. Aku lone ranger. Aku tau aku datang nak makan je. Memang sounds selfish tapi sebelom orang ambil kesempatan (disebabkan kita baik dengan dia), baik aku selamatkan diri aku dulu. Tak payah nak sentap sana-sini macam budak kecik merajuk tak dapat gula-gula.

Pikir2 balik untung juga jadi orang single ni, tak payah pening2 pasal benda macam ni. Hahhaaa 👅

Monday, March 20, 2017

Cantik punya cerita

Cantik
Ingin rasa hati berbisik
Untuk melepas keresahan

Dirimu
Oh oh cantik
Bukan kuingin mengganggumu
Tapi apa arti merindu
Selalu...
Bagi sesiapa yang membesar di era 90-an, tentu biasa dengar lagu ni kan. Lagu berjudul Cantik yang dipopularkan oleh kumpulan jazz Indonesia, Kahitna. (BBNU yang stok layan produk Youtube sila diam ye). Aku mukadimahkan lirik lagu ni untuk relate dengan bebelan aku seterusnya.
Selalu kita dengar masyarakat bercakap tentang orang yang cantik/handsome apabila ada sesuatu yang tak best berlaku dalam kehidupan orang tu. Contohnya:
Bila perempuan cantik jadi janda: 
“Eee kesiannya….cantik-cantik pun 2 kali jadi janda”
Bila perempuan cantik dah berkahwin lama tapi tak dikurniakan anak: 
“Eee sayang betul…cantik tapi mandul”
Bila tengok perempuan cantik masih single: 
“Eee apalah yang tak kena…cantik tapi tak laku2”
Aku heran sebenarnya. Nak mengata tu, mengata ajelah tapi kenapa mesti nak petik pasal muka cantik tu? Apa kaitannya muka cantik dengan takdir kehidupan dia? Seolah-olah kau nak cakap yang kecantikan ni membawa kesialan. Eh boleh gitu? Sapa ajar?
Bila masuk bab OKU, bukan main defend lagi. “Dia tak mintak dilahirkan cacat lah”. Siap ada lagu gak tu, lagu kumpulan Revolvers yang berjudul Namun Ku Punya Hati. “Tidak ku minta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini” gitewww
Hah, tahu pula kau yang orang cacat tak minta dilahirkan cacat. Habis kau ingat orang yang cantik/handsome tu ada minta ke dilahirkan dengan paras wajah yang menarik? Salah dia ke kalau dia dikurniakan paras yang cantik/handsome?
Lepas tu ada pulak quote post kat laman sosial yang berbunyi “Jangan bangga sangat dengan muka yang cantik, nanti kat batu nisan takde pun tulis "arwah dulu cantik orangnya" -- What is the problem with you people with this mentality? Arwah tu cantik ke tidak, yang Tuhan nilai ialah amal ibadat dia, lu sakit tang mana?
Aku ada ramai kawan-kawan yang cantik. Tapi takde pulak diorang membanggakan kecantikan diorang. Ada kawan forum aku yang stylo macam bintang K-pop, bukan seorang dua forumer lelaki yang nak try dia, harammmm dia nak layan. Aku ada officemate yang anggun sampai tahap aku yang perempuan ni pun tak jemu pandang muka dia, takde pulak dia mempergunakan keayuan dia untuk mendapat kelebihan dari bos. Aku ada sepupu yang cantik dan masih single juga, takde pulak dia jadi playgirl kikis duit lelaki sana-sini.
Dan paling penting, ramai je kawan-kawan aku yang hidup bahagia dengan suami yang handsome, penyayang dan tak kedekut bukan jenis yang tak habis-habis berangan nak kahwin dua tiga padahalllll belanja dapur pun bini yang satu tu selalu topap. Hehehe
Nak jadi cantik bukan susah pun. Jadi baik dulu. Kecantikan tu akan terpancar pada raut wajah kau bila kau baik. Tak percaya? Try lah😉

Thursday, March 16, 2017

Sofia Yang Pertama


credit photo: Disney Wikia

Tak habis lagi cerita pasal Disney yang kononnya anak-anak "berhak" menonton sampai nak kena tapis itu ini. Personally pada aku, cerita Disney yang sebenarnya patut kasi bebudak tengok ialah siri ni. SOFIA THE FIRST. Yang dah bersiaran kat channel Disney Junior sejak tahun 2012 dan dah memasuki musim ketiga. Apa nak pening-pening? Ini dah sah-sah cerita princess kanak-kanak. Inilah yang patut kasi bebudak tengok. Kenapa? Ha ni pendapat peribadi aku.

1.Storyline setiap episod lebih kepada kehidupan seharian bebudak, cuma bezanya watak-watak dalam ST1 ni terdiri daripada anak-anak raja. Setiap hari mereka belajar, bermain, berkawan, menjalani adventure, mempelajari tugas-tugas diraja dan sebagainya. Tak ada adegan cintan cintun. Kan sesuai untuk bebudak tu? Mak bapak pun tak payah risau.

2.Pertalian erat dan kasih sayang keluarga ditampilkan dengan jelas dan boleh mendidik anak-anak agar mengutamakan keluarga sebelum nak buat apa-apa. Bonus, ST1 menampilkan corak keluarga yang berlainan sedikit di mana keluarga dalam siri ini terdiri daripada ahli keluarga tiri iaitu apabila ibu Sofia berkahwin dengan Raja yang merupakan bapa tunggal kepada sepasang saudara kembar dan menjadi sebuah keluarga baru yang bahagia. Di sini, stereotype bahawa keluarga tiri selalunya jahat dihapuskan sama sekali. Dalam masyarakat kita pun dah banyak extended family ni (kesan daripada peningkatan kadar perceraian), jadi bolehlah ambil contoh yang baik daripada siri ni.

3.Sofia adalah watak yang sentiasa positif, pintar, aktif, penyayang pada binatang dan sentiasa bersopan-santun walau dengan sesiapa pun. Tak ke nilai ini yang kita harapkan ada pada anak-anak kita? Sejuk mata memandang.

4.Kanak-kanak perempuan dalam siri ni ditampilkan berpakaian sopan. Ha, kecik-kecik la nak ajar pakai baju elok-elok, ye tak? Dan diharapkan bila dah besar nanti tak adalah sibuk nak dedah-dedah sana-sini.

5.Pasal magic. Ye, Sofia memang ada kalung ajaib, tapi kalau dia berharap 100% pada kalung dia, tak menjadi jugak. Dia tetap perlu menggunakan kekuatan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang agak rumit, Lagi banyak dia menggunakan fikiran, lagi bertambah pintar dia. Itulah yang kita patut terapkan pada bebudak, bukannya hulurrrr je segala-galanya sampai bebudak jadi tak reti berdikari.

Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Cuma, bila terlalu sibukkan satu perkara, kita seakan 'terlupa' nak melihat pilihan lain yang ada. Err, biasa la tu kan?

Chow dulu, nak tengok episod ke-27 musim ke-3 ni. kbai


Tuesday, March 14, 2017

Antara saman, didikan dan kesedaran

Tiap kali berlaku kemalangan maut kat Malaysia ni memang seluruh negara akan bising-bising. Mulalah ada yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa. Hek eleh. Bila polis trafik/JPJ nak buat penguatkuasaan pun kau orang bising jugak. mulalah timbul tuduhan/sindiran berbunyi:

"ni la kerajaan sekarang, asyik nak tekan rakyat"
"hai kerajaan dah takde duit...baik kau orang hati-hati kalau tak nak kena saman"
"ingat kitaorang ni banyak duit ke nak bayar saman?"
"bagi duit BR1M, pastu buat road block...nak amik balik lah tu"
"saman bukan penyelesaian, kerajaan patut mendidik"

Eh, dah kenapa? Kalau dah tahu diri tu tak mampu nak bayar saman, JANGAN LANGGAR PERATURAN. simple as that. Yang bawak melampau laju kat tempat yang tak sepatutnya, yang mencilok tak bagi signal, yang main telefon sambil memandu, yang suka langgar lampu isyarat merah dan macam-macam lagi perangai tak bertamadun bila dah pegang stereng. Kau dah kenapa?

Nak suruh kerajaan didik? Eh hello, kau tak pernah tengok TV ke, baca suratkhabar ke. Sejak berpuluh tahun lalu kerajaan Malaysia dah buat bermacam-macam cara untuk bagi kesedaran tentang keselamatan jalan raya. Iklan kat TV (pernah tengok iklan drink and drive yang ada dialog "Jeff..Jeff...I killed my brother") sekitar tahun 90-an dulu? Iklan kat radio, suratkhabar dan lain-lain media, talk di sekolah-sekolah mahupun IPT, di pejabat kerajaan sendiri, kau orang nak dididik macam mana lagi? Umur 16-17 tahun bila dah layak mengambil lesen memandu dianggap dah berakal dan tahu bezakan mana betul mana salah. Celah mana lagi nak didik?

Aku sendiri bukan tak pernah kena saman. Tapi, saman parking ajelah ye. Tu pun masa peringkat awal memandu kereta sendiri. Nak buat macam mana, salah sendiri sebab tak alert kawasan yang tak dibenarkan parking, terpaksalah bayar aje. Tapi lepas tu aku beringat lah jangan ulang lagi kesalahan yang sama. Sebab aku tahu betapa susahnya mencari duit dan amat sayang sekali jika duit itu melayang dengan sia-sia.

Eloknya buat je tegas macam kat Singapore tu. Orang akan patuh peraturan bila takut duit melayang bayar saman. (Kalau bab rakyat Singapore buat kurang ajar bila memandu di Malaysia tu cerita lain). Tapi sekurang-kurangnya diaorang akur dengan undang-undang negara diaorang. Kita? Siap boleh buat lawak lagi mempersendakan pihak penguatkuasa.

Susah sangat ke nak jadi pemandu berhemah? Kalau berlaku kemalangan dan kau sendiri yang 'padam', tak apalah. Tapi macam mana kalau orang lain yang tak bersalah jadi mangsa perangai biadab kau? Siapa nak jawab?

Ubahlah perangai. Dah 60 tahun kot merdeka...

#themovie: Kong - Skull Island


(sinopsis + review)
Filem ni mengambil latar belakang pada tahun 1973, Kapten James Conrad yang merupakan bekas anggota British Special Air Service diupah oleh ejen kerajaan Bill Randa untuk memandu satu ekspedisi untuk mencari sebuah pulau yang manusia tak pernah sampai lagi kat situ, yang dikenali sebagai Pulau Tengkorak (Skull Island). Diorang percaya giler adanya makhluk raksasa yang mendiami pulau tersebut. So Randa pun merekrut Sky Devils, satu pasukan helikopter yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Preston Packard dan orang kanannya, Major Jack Chapman dan Kapten Earl Cole untuk mengiringi mereka ke pulau itu memandangkan Perang Vietnam baru je tamat dan para askar adalah available. Kumpulan itu kemudian disertai oleh seorang jurugambar wanita bernama Mason Weaver.
Perjalanan ke Skull Island ni memerlukan diorang menempuh ribut taufan yang dahsyat dan seluruh gerombolan berjaya melepasinya lalu mula menjatuhkan bahan letupan untuk check sama ada tanah kat pulau tu kosong tiada penghuni, walaupun dibantah oleh Conrad. Namun masa diorang tengah sibuk mengebom tu tetiba helikopter diserang oleh beruk berkaki dua setinggi lebih 100 kaki dan akibatnya beberapa helikopter musnah berkecai, beberapa orang askar terbunuh. Geng-geng yang terselamat terpisah kepada dua kumpulan dan satu-satunya harapan mereka adalah sebuah pasukan penyelamat yang dijadualkan bertemu dengan mereka pada akhir utara pulau itu dalam masa tiga hari.
Kematian sejumlah anggota pasukannya menyebabkan Kol. Packard marah gila kat Randa lalu memaksanya berterus-terang, apakah sebenarnya tujuan misi ke Skull Island tu.
OK lah yang tu aku tinggalkan untuk korang saksikan sendiri. Dan review aku untuk movie ni:
1. CGI memang hebat dan sound memang best layan dalam panggung. Terutama untuk scene-scene pertarungan yang membuat penonton sesak nafas dan sama berdebar seolah-olah berada sama dalam cerita ni. Dan sang title character si Kong…wow! Besar gilaaaaaaaaaaaaaa
2. Dari segi jalan cerita dia, bagi aku agak biasa-biasa saja dan ada konflik yang aku rasa macam dah pernah tengok dalam cerita Warcraft, In The Heart of the Sea dan ada lagi cerita lain tapi aku dah lupa cerita apa. Especially time tengah genting berlaku pertentangan pendapat antara dua ketua dan membingungkan anak-anak buah diorang.
3. Filem ni sebenarnya tak payah ada pelakon perempuan pun. Tunggul aje minah berdua tu. Perempuan mana yang sanggup serah tengkuk nak ikut misi berbahaya camni? Bukannya ada boyfriend atau suami diorang turut serta pun dalam misi tu.
4. Jeng jeng jeng cerita ni ada plot twist tentang Kong. Ni korang kena tengok sendiri. Hehe!
Pengajaran dari cerita ni:
1. Cuba jangan gatal nak cari penyakit. Elok-elok duduk kat pejabat, balik rumah boleh jumpa anak isteri tak pasal-pasal je tersadai kat tengah hutan bersama makhluk raksasa.
2. Bila kau pergi ke tempat yang asing dan jumpa orang yang dah lama duduk kat situ, cuba jangan nak poyo-poyo tunjuk pandai. Dengarlah nasihat orang yang lebih arif tentang tempat tersebut. Jangan gelabah k?
3. Keinginan untuk membalas dendam tak membawa apa-apa faedah pun. Nak revenge untuk kawan kau yang dah mati? Dia takkan hidup balik walaupun kau bunuh sejuta musuh sebagai ganti.
4. Panggung penuh masa aku menonton kelmarin. Bila end credit start, aku nak blah dah tapi orang yang duduk sebelah aku tak bangun so aku staylah dulu, maybe orang ni tahu ada something special after end credit tu. Dan..yeah! Jika korang nak menonton filem ni, pastikan tunggu sampai end credit tu tamat okeh! Post-credit scene tidak harus ditinggalkan begitu saja.
Selamat menonton! ^_^

Beauty and the Beast

Finally filem ni dah diluluskan untuk tayangan walaupun belum dapat tarikh lagi. Yes! Aku tak peduli sama ada ini marketing strategy ke apa ke yang penting aku akan pergi menontonnya. Aku penggemar produk-produk Disney sejak kecik lagi kot! Mana boleh ketinggalan? 😆 


Orang nak cakap apa, kritik apapun tentang Disney dan produknya, cakaplah. Aku sikit pun tak peduli. Malah fairytales versi Disney adalah salah satu perkara@minat aku yang banyak memotivasi dan menginspirasikan hidup aku, menghiburkan aku waktu aku bersedih dan membantu aku move on dari kekecewaan. Ambik yang positif aje dahlah, yang nak kaji sampai kaitkan dengan segala tuk nenek teori itu ini tu apahal?

Moana dajjal la, BATB ada gay la...cerita Melayu yang tak habis-habis dengan bohsia, gangster, rempit, dukun ilmu hitam, perampas laki/bini/tunang/kekasih orang segala bagai tu apa hal pulak?

Marah ni...marah....😠

Port baru untuk membebel

Sejak akhir-akhir ni aku rajin membebel kat fb. So, timbul idea untuk buka blog. Supaya dapat membebel dengan lebih aman di sini tentang topik-topik yang mungkin tak semua umat dalam friendlist boleh terima.

So, welcome to #KelabOrangBujang😆

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...