Thursday, March 16, 2017

Sofia Yang Pertama


credit photo: Disney Wikia

Tak habis lagi cerita pasal Disney yang kononnya anak-anak "berhak" menonton sampai nak kena tapis itu ini. Personally pada aku, cerita Disney yang sebenarnya patut kasi bebudak tengok ialah siri ni. SOFIA THE FIRST. Yang dah bersiaran kat channel Disney Junior sejak tahun 2012 dan dah memasuki musim ketiga. Apa nak pening-pening? Ini dah sah-sah cerita princess kanak-kanak. Inilah yang patut kasi bebudak tengok. Kenapa? Ha ni pendapat peribadi aku.

1.Storyline setiap episod lebih kepada kehidupan seharian bebudak, cuma bezanya watak-watak dalam ST1 ni terdiri daripada anak-anak raja. Setiap hari mereka belajar, bermain, berkawan, menjalani adventure, mempelajari tugas-tugas diraja dan sebagainya. Tak ada adegan cintan cintun. Kan sesuai untuk bebudak tu? Mak bapak pun tak payah risau.

2.Pertalian erat dan kasih sayang keluarga ditampilkan dengan jelas dan boleh mendidik anak-anak agar mengutamakan keluarga sebelum nak buat apa-apa. Bonus, ST1 menampilkan corak keluarga yang berlainan sedikit di mana keluarga dalam siri ini terdiri daripada ahli keluarga tiri iaitu apabila ibu Sofia berkahwin dengan Raja yang merupakan bapa tunggal kepada sepasang saudara kembar dan menjadi sebuah keluarga baru yang bahagia. Di sini, stereotype bahawa keluarga tiri selalunya jahat dihapuskan sama sekali. Dalam masyarakat kita pun dah banyak extended family ni (kesan daripada peningkatan kadar perceraian), jadi bolehlah ambil contoh yang baik daripada siri ni.

3.Sofia adalah watak yang sentiasa positif, pintar, aktif, penyayang pada binatang dan sentiasa bersopan-santun walau dengan sesiapa pun. Tak ke nilai ini yang kita harapkan ada pada anak-anak kita? Sejuk mata memandang.

4.Kanak-kanak perempuan dalam siri ni ditampilkan berpakaian sopan. Ha, kecik-kecik la nak ajar pakai baju elok-elok, ye tak? Dan diharapkan bila dah besar nanti tak adalah sibuk nak dedah-dedah sana-sini.

5.Pasal magic. Ye, Sofia memang ada kalung ajaib, tapi kalau dia berharap 100% pada kalung dia, tak menjadi jugak. Dia tetap perlu menggunakan kekuatan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang agak rumit, Lagi banyak dia menggunakan fikiran, lagi bertambah pintar dia. Itulah yang kita patut terapkan pada bebudak, bukannya hulurrrr je segala-galanya sampai bebudak jadi tak reti berdikari.

Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Cuma, bila terlalu sibukkan satu perkara, kita seakan 'terlupa' nak melihat pilihan lain yang ada. Err, biasa la tu kan?

Chow dulu, nak tengok episod ke-27 musim ke-3 ni. kbai


No comments:

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...