Saturday, December 23, 2017

#themovie: Ferdinand

Satu perkara yang aku suka tentang filem2 animasi sejak kebelakangan ni ialah studio2 animasi Hollywood macam berlumba-lumba mencari kelainan agar produk mereka tampil berbeza dengan produk Disney, gergasi animasi dunia. Paling ketara, filem animasi selalu membawa kita ‘mengembara’ ke dunia lain, dan memahami perkara yang kita tak terlintas nak ambil tahu pun dalam kehidupan seharian kita. Contohnya filem terbaru dari Blue Sky Studios kepunyaan syarikat 21st Century Fox ni.

Ferdinand membawakan kisah dalam dunia laga lembu di negara Sepanyol. Bertempat di sebuah farmhouse tempat melatih lembu laga, seekor anak lembu bernama Ferdinand membesar dengan pemikiran yang berbeza dengan kawan-kawannya iaitu Valiente, Bones dan Guapo. Masa tu lembu2 ni semua berpikiran, siapa yang terpilih jadi lembu laga akan menikmati kemasyhuran dan hidup dalam kemewahan. Yang tak terpilih pulak akan end up di rumah penyembelihan. Namun, si Ferdinand ni lebih memilih untuk hidup tenang, aman damai dan mencintai bunga daripada sibuk nak beradu kekuatan.

Pada satu hari ayah Ferdinand telah dipilih untuk berlawan dan tak pulang2 selepas tu. Dengan perasaan sedih dan kecewa, Ferdinand melarikan diri sejauh-jauhnya dari ladang tersebut dan akhirnya tiba di sebuah kebun bunga. Tanpa mengambil masa yang lama Ferdinand menjadi kesayangan Nina, anak owner kebun bunga tu dan membesar kat situ.

Beberapa tahun kemudian, Ferdinand curi2 mengikut Nina dan ayahnya ke pekan untuk Pesta Bunga dan tanpa sengaja telah menimbulkan kegemparan di pekan tersebut. Dia ditangkap dan dibawa semula ke ladang tempat dia tinggal masa kecik2 dulu. Kat sini Ferdinand berjumpalah semula dengan kawan-kawan lamanya dan mendapati pemikiran mereka tentang idea beradu kekuatan tu masih tak berubah.

Ferdinand pun fed-up dan cuba nak escape sekali lagi, tapi masa nak lari tu, dia terpandang koleksi tanduk lembu dalam salah satu bahagian rumah ladang tu…Masa tu baru dia sedar yang sebenarnya lembu yang terpilih jadi lembu laga akan dibunuh oleh matador. So, terpilih ke tak terpilih SAMA je, kau tetap akan mati. Ferdinand berpatah balik dengan harapan sempat bagi warning kat kawan2 dia tentang hakikat sebenarnya.




Antara adegan menarik dari filem ni

Okeylah cukup sampai situ. Pengajaran dari filem ni:

1. Tak perlu takut untuk stand up different from others. Biaq pi la orang lain sibuk gaduh nak ikut tradisi, kalau kau rasa benda tu bukan benda yang buat kau happy, kau buat je lah benda yang kau rasa happy bila buat. Contohnya, Ferdinand lebih suka menikmati bau harum bunga dari sibuk nak berlaga. Dia bahagia dengan cara tu. So, be it.

2. Tak berdendam. Apabila menyedari ke mana pergi sebenarnya lembu2 laga yang terpilih tu, Ferdinand tak tinggalkan kawan2 dia. Instead, dia berpatah balik untuk ajak kawan2 dia lari sama-sama walaupun masa kecik2 dulu diorang selalu mengejek dan mempersendakan dia hanya kerana pemikiran dia berbeza.

3. Fight hanya apabila perlu, bukan sengaja suka2 nak berlawan. Orang putih kata, when the time comes, you’ll know what to do.

4. Aku tak pernah ambil tahu pasal laga lembu sepanjang 36 tahun aku hidup ni, tapi dari filem ni baru aku tahu, laga lembu ni rupa-rupanya adalah sejenis sukan yang sangat diminati di negara Sepanyol, Portugal (tapi sekarang dah diharamkan di Portugal), Perancis serta beberapa negara di benua Amerika Selatan macam Mexico, Peru dan Ecuador yang menjadi jajahan diorang. Malah acara ni diadakan dalam bangunan macam Colosseum, perghhhh. Sukan ni menimbulkan kontroversi di peringkat antarabangsa kerana dianggap menyeksa haiwan. Sebabnya, peraturan dalam laga lembu ni, seorang manusia yang dikenali sebagai ‘matador’ akan berlawan dengan seekor lembu dan consider menang jika dia berjaya membunuh lembu tu dari jarak dekat.

Filem ni rated P13. So, selamat menonton!

No comments:

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...