Saturday, November 25, 2017

#themovie: Justice League

Genre: Superhero
Yeay! Satu lagi team superhero muncul di panggung. Dah lama ni tunggu cerita ni akhirnya muncul jgua. Hehee
Sinopsis:
Sang villain, Steppenwolf (lakonan CiarĂ¡n Hinds) turun ke bumi bagi pihak bos dia iaitu Darkseid yang hendak menguasai bumi dan untuk itu, dia kena cari semula tiga Mother Box dan satukan ketiga-tiganya. Dia berjaya mendapatkan box yang pertama dari Themyscira (tempat asal Wonder Woman) dan box kedua dari Atlantis (tempat asal Aquaman).
Batman (Ben Affleck) dan Wonder Woman (Gal Gadot) yang kini tinggal berdua setelah kematian Superman (Henry Cavill), memutuskan untuk merekrut pasukan bagi menghalang Steppenwolf. Dan dapatlah tiga ahli baru iaitu Aquaman (Jason Momoa), Flash (Ezra Miller) dan Cyborg (Ray Fisher).
Box yang ketiga kemudiannya diketahui ada pada Cyborg, dan dia menggunakannya untuk membangkitkan semula Superman.

Flash, Superman, Cyborg, Wonder Woman, Batman & Aquaman

Review:
  1. Jalan cerita dia mudah difahami even oleh orang yang tak baca komik (macam aku). Takde meleret-leret macam BvsS dulu
  2. Memandangkan Aquaman, Flash dan Cyborg adalah watak baru….aku nampak tetaplah trio Batman-Superman-Wonder Woman lebih ‘ke depan’ dalam filem ni. Overshadow tidak dapat dielakkan. Jadi kita akan ‘berkenalan’ lebih rapat dengan tiga watak baru ni dalam filem solo diorang nanti
  3. Ada si budak Flash ni dengan karakter sengal dia tu, kurang la sikit rasa ‘tegang’ rasa menonton cerita ni berbanding BvsS dulu. Ala-ala Spider-Man kalau dalam Avengers, tukang kasi riuh suasana
  4. Batman sebagai leader – walaupun peralatan dia semua canggih-canggih, aku still boleh rasa perasaan gementar dia dalam proses nak merekrut ahli-ahli JL tu – sebab Superman dah tak ada
  5. Steppenwolf tu – masa final battle, laa macam tu je ke dia boleh kalah? Macam kejap sangat la pulak final battle nye kan?

No comments:

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...