Wednesday, July 25, 2018

Catatan Perjalananku: Surabaya 2018 (Part 1)

Ini merupakan trip mengejut gara-gara kaki dah gatal nak naik flight  Aku beli tiket 3 minggu je sebelum tarikh fly tu. Dan dalam masa 3 minggu tu jugalah buat persiapan terutama itinerary semua.
Okay, so ni dah masuk kali ketiga aku berkunjung ke negara Pak Jokowi dan kali pertama ke kota selain Bandung. Berdasarkan pengalaman aku, buat itinerary lawatan ke Indonesia adalah paling senang sebab kau boleh letak waima sampai 10 tempat sekalipun dalam Googlemap untuk lihat jarak dia from each other dan seterusnya menyusun operasi😊
Pecahan perbelanjaan sebelum penerbangan:
• Tiket flight pergi-balik: RM394.00 (dah campur dgn luggage, tax, flight insurans etc)
• Booking hotel (3 malam): Rp. 750,000 (kira-kira RM210.00 )
• Ambil travel insurans dengan orang AIA Takaful: RM38.00
• Tukar duit ke mawatang Rupiah, RM898.00 = Rp. 3.15juta
(Senarai tempat lawatan nanti aku post kat next entry)
Apa yang menarik di Surabaya? Okey inilah catatan perjalanan aku:
1. Aku dah lama mengidam nak ke sini sebab aku ada kenalan internet yang memang orang sini. Dapat juga bersua muka dengan mereka setelah bertahun-tahun ngobrol dalam facebook chat.
2. Aku tak beli pakej internet atau simkad local. Sebab prosesnya macam leceh, nak kena ada dokumen itu ini maka aku jadi malas…alah lagipun bahasa Indonesia lebih kurang kita je. Kalau sesat pun senang nak communicate. So, time jalan-jalan tu aku guna WiFi kalau tempat yang available. Memang tak ada masalah yang teruk-teruk lah berkaitan internet, sementelah WiFi hotel tersangat la lajuuuuuu hahahahaha
3. Surabaya adalah kota pahlawan. Means, kota ini penuh dengan kesan tinggalan sejarah (macam kat Melaka). Sepertimana yang kita tahu, Indonesia merupakan bekas jajahan Belanda dan melalui tempoh kolonialism yang agak lama. Jadi, banyak tempat-tempat yang ada monumen dan muzium serta bangunan tinggalan kolonial yang dipulihara dan digunakan sebagai kantor (pejabat) urusan perkhidmatan awam. Contohnya House of Sampoerna, Gedung Grahadi dan Gedung Siola tu.
4. Ada banyak juga taman bunga yang cantik-cantik terletak di tengah bandar, pendek kata simpang sana ada taman, belok sini ada taman. Dan tadi aku ada mention pasal monumen kan? Haa boleh dikatakan setiap taman yang aku lawati, ada satu monumen didirikan. Maka puas hatilah berfoto sakan. Heheheh
5. Surabaya adalah kota kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta, dan merupakan pusat pentadbiran wilayah Jawa Timur. Maka sebab itulah kantor Gabenor Jawa Timur terletak di sini. Penduduk sini majoritinya orang Jawa dan ke mana-mana pergi kau boleh dengar orang cakap Jawa pekat. Heeeee
6. Kat sini baru aku tahu rupanya ada GrabCar versi motosikal, dikenali sebagai GrabBike. Konsepnya sama macam GrabCar cuma menggunakan motosikal instead of kereta. Kita bonceng macam kita naik motor dengan kawan kita, hah gitu. Lebih praktikal jika anda bergerak sorang-sorang dan tempat tak berapa jauh. Jimat dan tak la buang masa kalau jalan jem.
7. Hotel yang aku pilih terletak di kawasan yang agak sempit dan sibuk, tapi yang bagusnya kiri kanan dia macam-macam kedai ada. Kedai jual nasi campur, kedai kopi, gerai nasi ayam penyet, malah kedai serbaneka macam Speedmart tu sebelah hotel ni ja. Mudah untuk beli barang keperluan.
8. Orang Surabaya yang aku temui nampak teruja bila aku cakap aku dari Malaysia, aku pelik juga heh nape, diorang jarang jumpa orang Malaysia ke? Tapi bila ada kawan aku sendiri yang berkata “Wow ko pegi Surabaya? Jarang-jarang dengar ni..selalu orang Malaysia suka pegi Bandung, Bali, Medan, Jakarta…dan lately Jogjakarta”, betullah kot. Hahaha. Aku kan gila sejarah. Kalau disuruh pilih antara muzium dengan shopping mall, of course aku pilih muzium. Jangan mare!
9. Memandangkan Surabaya ni besar maka tempoh 4 hari memang tak cukup la nak round semua tempat. Ada rezeki InsyaAllah tahun depan aku nak repeat lagi…sebab nak menikmati pemandangan Jambatan Suramadu! Nanti nak kena stay kat area yang dekat dengan pelabuhan…supaya boleh tengok laut puas-puas. Hahaaa
Tu antara yang aku dapat coretkan kat fb ni…kalau ada apa2 nak tanya, bolehlah komen kat bawah. Ada masa nanti aku reply. Heheh

Berikut ialah perbelanjaan penuh aku di percutian ini:



keseluruhan


Day 1


Day 2


Day 3


Day 4



Wednesday, July 11, 2018

Bila hidup terlalu banyak masalah - Part 1

Hidup sebagai manusia takkan dapat lari daripada masalah. Beberapa tahun dulu kan, zaman aku masih aktif kat forum Cari.com aku rasa macam-macam hal betul terjadi dalam hidup aku. Dan setiap kali tu la aku ‘mencurahkan’ masalah aku ke dalam forum tu. Banyak betul hal. 

As the result, banyak la juga dapat kawan. Ramai antara member forum tu aku masih in contact sehingga ke hari ini. Tapi, part yang tak best pun ada jugak. Dapat musuh. Dan membawa kepada ‘persaraan’ aku daripada forum tu pada awal tahun 2013.
Bila selalu meluah rasa dalam forum tu, ada la jugak nasihat berbentuk annoying yang aku terima. Suruh dekatkan diri dengan Tuhan la, banyakkan sedekah la, dan yang paling ‘popular’ ialah nasihat suruh muhasabah diri. Pada masa tu (sekitar umur 28-32 tahun) aku merasakan aku betul. Cepat betul aku sentap bila ditegur macam tu.
Tapi kan, sejak dah lama bersara dari forum tu, ada la aku terfikir..mungkin apa yang mereka nak sampaikan dengan term ‘muhasabah diri’ tu bukanlah suruh solat sunat, baca Quran atau bersedekah semata-mata. Tapi merangkumi banyak perkara lain dalam kehidupan.
Tak faham? Dia macam ni. Bila kau rasa hidup kau banyak betul masalah. Serabut sana serabut sini. Kena pulak kau seorang yang hot tempered. Mulalah kau merempan, menyalahkan orang sana sini, pendek kata semua orang la yang salah, kau sorang je yang betul. Tak pulak kau cuba nak tarik nafas slow-slow, bertenang dan cuba perhalusi satu persatu, apa sebenarnya masalah kau. Tau nak mengaaaaaaaamuk aja.
Contoh? OK macam ni. Katalah, ada masalah kewangan. Aku bagi contoh diri aku sendiri. Dulu aku suka berbelanja. Keliling aku pulak ramai kawan-kawan yang berniaga baju la, tudung la, kosmetik la, and of course makanan. Boleh dikatakan setiap bulan ada je benda yang aku beli. Jadi aku suka membeli itu ini, dan ini menyebabkan aku susah nak menyimpan. (Jangan salah faham ye, aku tak salahkan kawan-kawan berniaga. Ini masalah aku sendiri yang susah nak kawal nafsu berbelanja).
Bila aku dah ada keperluan baru yang menghendaki aku commit secara tetap untuk tempoh yang agak lama, dan serentak dengan itu berlaku pula hal itu dan ini dalam ekonomi negara (bab ni aku tak nak komen lebih sebab not my expertise), aku berfikir cari jalan nak adjust kewangan aku. So, apa yang aku buat ialah:
1.      Review balik perbelanjaan aku selama ni. Ke mana aku banyak habiskan duit? Beli baju? Tudung? Mekap? Allah hai..bila buka gerobok kat rumah tu haaaa banyaknya dah baju-baju, tudung-tudung malah alat mekap tahap boleh buka kedai bundle  dan salon. So, sudah! Stop membeli. Jika kawan promote stok terbaru dia, senyum dan deny dengan baik.
2.      Semasa aktif di forum tu juga, aku banyak menghadiri aktiviti kat luar rumah. Gathering sana, gathering sini. Banyak juga duit habis kat situ. Jadi bila aku stop berforum, aku dah tak perlu libatkan diri dengan gathering lagi. Jadi aku kurang keluar rumah la dah.
3.      Bila dah kurang berbelanja dan kurang keluar rumah, banyak kos boleh dijimatkan. Minyak kereta, tol, parking. Sekali keluar tak kurang dari RM50 terbang. Ternyata dua langkah yang aku ambil ni mampu menjimatkan.
4.      Memerap bukan sebarang memerap. Sebagai ganti kepada hiburan di luar rumah yang aku lepaskan tu, aku pasang Unifi dan mula menjadi hantu movie. Line Unifi ni juga amat penting untuk download video job skrip translating/polishing aku tu, jadi ianya adalah satu pelaburan yang SANGAT BAIK.
5.      Kira-kira dua tahun selepas bersara dari forum tu, aku mula ada hobi baru iaitu melancong ke luar negara. Sudah tentu hobi ini memerlukan ongkos. Jadi, kembali pada point no.1 dan 2, aku ada alasan untuk stop beli baju/tudung/mekap dan stop aktiviti gathering-gathering ni semua. Iaitu nak saving untuk melancong. Weh, dah dekat 10 tahun menetap kat KL ni, aku nak merambu ke mana lagi? Semua ceruk KL aku dah jelajah maaa….alang-alang nak berjalan, ha mai kita ke luar negara terussssss
Hasil daripada penabungan aku selepas memotong perbelanjaan-perbelanjaan yang aku nyatakan tadi
Sekali lagi, ini diri aku la. Orang lain dah tentu ada cara yang berbeza. Dan aku tak suruh pun korang ikut style aku. Ikut korang la nak manage kewangan korang macam mana.

Ini baru pasal masalah kewangan. Ada lagi yang aku nak ceritakan. Tunggu episod seterusnya ^^

Tuesday, July 10, 2018

Kita buat dia, bukan dia buat kita

Kadang-kadang masalah manusia ni bukannya berat sangat. Cuma tak reti nak asingkan antara keperluan dengan kehendak. Lagi-lagi apabila kehendak ‘dijadikan’ keperluan. Kalau sendiri tanggung tak mengapa. Tapi kalau dah nak menyusahkan orang, apa kes?

Sebenarnya dalam hidup kita ada banyak pilihan, sama ada kita nampak atau tak nampak apa pilihan yang kita ada. Sesetengah orang menghabiskan masa dengan merungut, marah-marah, menyalahkan orang tu orang ni – pendek kata semuanya salah orang lain laa, dia je yang betul. Memang itu pilihan anda, tapi lepas dah marah-marah tu, tanya diri sendiri, anda bahagia ke?

Sesusah manapun kita rasa dalam hidup kita hari ni, akan ada orang yang lebih susah. Jadi tak perlulah nak merasa diri tu malang sangat. Boleh jatuh murtad, hati-hati. Apa kata tarik nafas dalam-dalam dan brainstorm, mana tahu ada idea baru muncul apabila anda bertenang?

Contoh la ye. Lifestyle tak memadan dengan pendapatan. Bising pasal makanan mahal tapi pegi restoran mewah-mewah. Pergi aje la kedai makan biasa. Kenyang jugak. Apa masalah? Bising pasal kopi Starbucks mahal. La…kedai kopi biasa kan ada?

Nak pergi kenduri kahwin pun nak kena beli baju baru. Kalau tengah takde bajet, pakai je la apa yang ada. Kau pergi kerja tiap-tiap hari takkan takde baju yang elok? Tengah takde bajet buat le cara takde bajet.

Kena pandai bezakan keperluan dengan kehendak. Betul priority setiap orang tak sama. Sebab tu la kena tentukan sendiri. Apa yang aku buat, bila aku dah start rasa pening kepala dengan benda-benda yang aku nak beli tu, maknanya aku kena review balik. Mungkin ada benda yang aku kena hold dulu dalam list tu.

Mungkin akan ada yang kata, “kau takpelah kau bujang lagi”. Dah tu? Kau ingat orang bujang tak perlu makan ke? Tak perlu bayar bil? Tak perlu bayar loan kereta, isi minyak? Loan rumah? Malah kalau nak dikirakan kami lagi la kena survive sebab hidup sendiri. Kau orang boleh gak kongsi dengan pasangan.

Untuk hidup aku, aku tak suka nak bising-bising salahkan orang lain sebaliknya aku akan berfikir dan cari jalan atau alternative lain untuk simplify keperluan aku. Contoh la. Aku tak suka mengharungi kesesakan jalan raya untuk pergi kerja. Jadi aku decide keluar rumah seawal jam 6.00 pagi walaupun waktu kerja aku sebenarnya pukul 7.30 pagi. Ada yang tanya, datang awal sangat buat apa? Ek eleh tu pun jadi isu ke. Tido la kat surau, ataupun tengok movie kat komputer ke. Pukul 7.30 start la buat kerja. Tu pun masalah ke? Korang yang masuk kerja lebih lewat dari aku ni patut bersyukur tau, sebab aku dah mengurangkan 1 kereta atas jalan.

Pastu kan. Rumah aku terletak di tingkat 4 dan takde lif. Wei penat kot nak turun naik banyak kali. So biasanya aku akan ‘kumpul’ beberapa urusan untuk dibuat sekaligus demi mengelakkan turun naik berkali-kali. Contohnya balik kerja beli terus makanan atau singgah la kat bank ke, stesen minyak ke dll untuk semua urusan, so bila dah masuk dalam rumah, tak payah nak keluar dah. Ataupun bila hari Sabtu nak turun pergi buang sampah, bawa sekali bil maintenance yang nak dibayar dan bawa sekali list barang yang nak dibeli di kedai. Sekali harung je, simple kan?

Bab berjimat pulak. Pengalaman aku la, bila dah start ‘buang’ atau ‘kurangkan’ perkara-perkara atau aktiviti yang banyak menghabiskan duit ni, aku dapati aku ada duit lebih untuk digunakan kepada hal yang lebih penting. Barulah aku sedar betapa banyaknya aku membazir sebelum ni.

Contoh: Kenaikan harga petrol. Aku jarang keluar kalau takde hal penting (read: hal yang BETUL-BETUL PENTING). Weekdays, pergi kerja balik kerja. Segala urusan pembayaran yang boleh buat online, aku buat online je. Kalau terpaksa pergi bank pun, aku pergi waktu lunch hour kat opis.

Weekend lak aku habiskan masa kat rumah aje, layan movie sebab aku dah pasang Unifi kat rumah. Mahal kot Unifi, so buat apa nak merambu kat luar kalau dah ada hiburan kat rumah? Apatah lagi aku tinggal seorang di rumah yang aku sendiri PUNYA. Memang bebas sepuasnyalah aku nak buat apa-apa saja yang aku suka without no one to judge me. #janganjealous 

Ah, bahagianya hidup ^^

I'm Back!!!

Allah hai. Dah hampir 3 bulan aku nak update apa-apa kat blog ni, nampak benar terlalu sibuk dengan macam-macam hal. Haha.

Bermula dengan sibuk follow perkembangan Ruffedge, kerja translating skrip yang tiba-tiba 'bertalu-talu' datang, serta aktiviti menonton filem. Tidak lupa perancangan-perancangan travel yang akan datang.

OK lah macam biasa nak sambung membebel. Benda ni dah lama aku save dalam draft, cuma baru sekarang terasa nak post. Terussss ke topik seterusnya~

Monday, April 16, 2018

#themovie: The Lullaby

Genre: Horror/thriller
Tajuk asal filem ni ialah Siembamba tapi entah kenapa ditukar, mungkin sebab nak senang market kot. Filem ni dihasilkan di South Africa dan menggunakan 4 orang pelakon sahaja (serta seorang bayi). Bagi sebuah filem indie bajet rendah, aku boleh katakan filem ni bestttt.



 

Sinopsis:
Filem ni dimulakan dengan babak ngeri di mana tahanan wanita di satu tempat bernama Eden Rock pada awal kurun ke-20, menjadi mangsa perkosaan tentera Inggeris. Jika hamil, bayi yang dilahirkan hasil perkosaan tu akan dibunuh kerana kalau tidak ia akan menjadi sumpahan kononnya.
Cerita beralih ke zaman moden. Seorang remaja perempuan, Chloe (lakonan Reine Swart) selamat melahirkan bayi anak luar nikah. Ibunya, Ruby (Thandi Puren) membawanya pindah dan memulakan hidup baru. Namun Chloe yang masih mengalami ‘jiwa kacau’ tampak kurang berminat nak menikmati dunia barunya sebagai ibu. Dia lebih menghabiskan masa dengan termenung dan berasa tension apabila bayinya menangis. Tak lama kemudian, Chloe mula berhalusinasi dan seolah-olah melihat kelibat satu entiti yang mengekorinya. Semakin lama vision yang Chloe lihat menjadi semakin menakutkan apabila entiti itu seperti membisikkan agar Chloe membunuh bayinya. Kerana bimbangkan kestabilan mental Chloe, Ruby meminta bantuan pakar psikiatri bernama Dr. Reed (Brandon Auret).
Review:
Filem ni cukup mengesankan bagi aku, walaupun tak pakai ramai pelakon tapi aura seram tu terasa. Lakonan Reine Swart sangat berhasil, kita menonton boleh rasa dia punya paranoid tu yang mana setiap masa diburu rasa bimbang apa2 berlaku pada baby dia.
Alur cerita maju-mundur juga digerakkan dalam pace yang tepat, dia macam, bila persoalan tu timbul, tak lama pastu ada flashback yang menjawab persoalan tu. Kiranya tak dibiarkan tergantung lama2 la.
Cuma punca kenapa bapak Chloe membunuh diri je kurang jelas….pasal hutang ke, pasal perempuan ke apa ke, at least bagilah hint kan. Ehehe

Friday, April 13, 2018

#themovie: Dukun

Genre: Crime thriller
Satu Malaysia dah heboh pasal filem ni, so takde apa yang perlu diperkenalkan lagilah. Filem yang diilhamkan dari kes Mona Fandey ni akhirnya berjaya ditayangkan setelah 12 tahun terperap 😂


Sinopsis:
Diana Dahlan (Datin Paduka Umie Aida), seorang dukun wanita dibicarakan atas tuduhan membunuh seorang lelaki berpengaruh yang datang untuk mendapatkan khidmatnya. Pada masa yang sama, seorang peguam bernama Karim (Faizal Hussin) sedang mencari anak perempuannya yang lari dari rumah, Nadia (Elyana). Apabila Karim cuba nak mintak bantuan polis, polis pulak mintak dia ambik kes Diana kerana takde lawyer yang sanggup menjadi peguambela Diana.
Disebabkan takde pilihan, Karim terpaksa la ambik kes tu. Namun semakin lama perbicaraan berlangsung, semakin Karim terasa yang Diana ada kaitan dengan kehilangan Nadia. But how? Ni memang lari dari jangkaan aku.

Review:
  1. Lakonan semua terbaik. Aku paling suka scene Diana ‘menurun’ dalam lokap sampai banduanita2 lain terjerit-jerit ketakutan tu
  2. Lagu seram yang dinyanyikan oleh Diana dan juga Nadia memang agak meremang. Timbul mood seram tu. Pandainya laa diorang menjiwai seluruh watak dan lagu ni sekaligus
  3. Bagus jugak bila ditunjukkan banyak scene perbicaraan dalam mahkamah, biar masyarakat kat luar sana ‘belajar’ cara-cara menghormati mahkamah. Cuma bila isu ilmu hitam pun diutarakan, tu rasa macam krik krik sikit la. Hehehe
  4. Alur cerita seimbang antara flashback dan present. Aku paling tak suka filem yang dok citer masa sekarang sampai nak hujung2 baru sebok nak ‘sumbatkan’ flashback dari awal cerita. Jenuh la nak paham! Buat la gerakan maju-mundur-maju-mundur, sikit demi sikit, baru la senang nak hadam. Hehehe

Aku tak reti nak bagi bintang, tapi aku suka la filem ni. Kbai 

Monday, April 9, 2018

Abang dan Kakak 'Free'

Apapun yang berlaku dalam hidup kita ni, cantik je Tuhan dah atur. Cuma kadang2 kita tak perasan@lambat sedar. Heheh
Aku masa kecik2 dan awal remaja dulu, selalu jeles kat kawan2 yang ada kakak atau abang, atau kedua-duanya sekali. Walaupun diorang selalu bergaduh ke apa tapi bila ada kerja sekolah tak paham ke, boleh tanya kat abang atau kakak sebab diorang dah pernah belajar benda tu. Aku nak tanya sapa? Zaman abah dan mak sekolah dulu sukatan pelajaran berbeza dari zaman aku, istilah2 baru yang diperkenalkan pun zaman diorang takde lagi. Jawabnya tanya cikgu atau classmates je lah. Sebab aku sangat segan nak approach senior. Haha
Bila dah dewasa, dah bekerja dan mula mengenal sepak terajang hidup...tanpa aku sedar Tuhan 'bagi' aku begitu ramai kawan2 yg berpangkat kakak atau abang, yg dulunya aku teringin sangat. Malah kadang2 Dia bagi tu siap berpakej lagi.
Contohnya macam ni:
Aku berkenalan dgn akak ni kat internet, akak ni dah bersuami, so bila kitorang berjumpa atau aku dijemput ke rumah, suami dia pun terus jadi abang aku🤣 kalau diorang ada anak, aku dapat anak saudara free je hahaha
Begitu juga bila berkenalan dgn abang yang dah beristeri, bila dikenalkan dengan isterinya, aku dapat lagi kakak+anak saudara free (jika ada). Tak ke pakej tu? Combo lagi haha. Merasa la aku jadi adik, sebagai anak sulung kau tak tahu betapa seronoknya bila ada orang lebih tua yang memanggil kita 'adik' dan menganggap/melayan kita ni macam adik dia sendiri.
Yang lagi seronok bila abang atau kakak tu dari golongan selebriti🤣 free2 ja aku dapat menyelit kat event diorang. Sambil2 tu menambah pengetahuan pasal showbisnes ni. Macam mana cara booking studio, cara nak confirmkan show, cara nak deal dengan penganjur, bila selalunya praktis, berapa kadar nak bayar pemuzik, kadar sewa studio...dan macam2 lagilah. Maklumlah aku bukan berasal dari keluarga yang ada kaitan dengan bidang ni so agak teruja lah juga bila melihat dunia hiburan dari satu sudut lain yang kau mungkin tak nampak kalau kau cuma sibuk baca majalah gossip atau hanya reti berteriak macam kena rasuk bila artis kesayangan kau perform. Tanpa kau tahu susah payah yang diorang redah untuk sampai ke tahap itu.
Kalau dah namanya hidup, kerja apapun ada cabaran tersendiri. Cuma tergantung pada cara kita menguruskannya. Itu saja 😊

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...