Hidup
sebagai manusia takkan dapat lari daripada masalah. Beberapa tahun dulu kan,
zaman aku masih aktif kat forum Cari.com aku rasa macam-macam hal betul terjadi
dalam hidup aku. Dan setiap kali tu la aku ‘mencurahkan’ masalah aku ke dalam
forum tu. Banyak betul hal.
As the result,
banyak la juga dapat kawan. Ramai antara member forum tu aku masih in contact
sehingga ke hari ini. Tapi, part yang tak best pun ada jugak. Dapat musuh. Dan
membawa kepada ‘persaraan’ aku daripada forum tu pada awal tahun 2013.
Bila selalu meluah rasa dalam forum tu, ada la jugak nasihat
berbentuk annoying yang aku terima. Suruh dekatkan diri dengan Tuhan la,
banyakkan sedekah la, dan yang paling ‘popular’ ialah nasihat suruh muhasabah
diri. Pada masa tu (sekitar umur 28-32 tahun) aku merasakan aku betul. Cepat
betul aku sentap bila ditegur macam tu.
Tapi kan, sejak dah lama bersara dari forum tu, ada la aku
terfikir..mungkin apa yang mereka nak sampaikan dengan term ‘muhasabah diri’ tu
bukanlah suruh solat sunat, baca Quran atau bersedekah semata-mata. Tapi
merangkumi banyak perkara lain dalam kehidupan.
Tak faham? Dia macam ni. Bila kau rasa hidup kau banyak betul
masalah. Serabut sana serabut sini. Kena pulak kau seorang yang hot tempered.
Mulalah kau merempan, menyalahkan orang sana sini, pendek kata semua orang la
yang salah, kau sorang je yang betul. Tak pulak kau cuba nak tarik nafas
slow-slow, bertenang dan cuba perhalusi satu persatu, apa sebenarnya masalah
kau. Tau nak mengaaaaaaaamuk aja.
Contoh? OK macam ni. Katalah, ada masalah kewangan. Aku bagi contoh diri aku sendiri. Dulu
aku suka berbelanja. Keliling aku pulak ramai kawan-kawan yang berniaga baju
la, tudung la, kosmetik la, and of course makanan. Boleh dikatakan setiap bulan
ada je benda yang aku beli. Jadi aku suka membeli itu ini, dan ini menyebabkan
aku susah nak menyimpan. (Jangan salah faham ye, aku tak salahkan kawan-kawan
berniaga. Ini masalah aku sendiri yang susah nak kawal nafsu berbelanja).
Bila aku dah ada keperluan baru yang menghendaki aku commit
secara tetap untuk tempoh yang agak lama, dan serentak dengan itu berlaku pula
hal itu dan ini dalam ekonomi negara (bab ni aku tak nak komen lebih sebab not
my expertise), aku berfikir cari jalan nak adjust kewangan aku. So, apa yang
aku buat ialah:
1.
Review
balik perbelanjaan aku selama ni. Ke mana aku banyak habiskan duit? Beli baju?
Tudung? Mekap? Allah hai..bila buka gerobok kat rumah tu haaaa banyaknya dah
baju-baju, tudung-tudung malah alat mekap tahap boleh buka kedai bundle dan salon. So, sudah! Stop membeli. Jika kawan
promote stok terbaru dia, senyum dan deny dengan baik.
2.
Semasa
aktif di forum tu juga, aku banyak menghadiri aktiviti kat luar rumah.
Gathering sana, gathering sini. Banyak juga duit habis kat situ. Jadi bila aku
stop berforum, aku dah tak perlu libatkan diri dengan gathering lagi. Jadi aku
kurang keluar rumah la dah.
3.
Bila
dah kurang berbelanja dan kurang keluar rumah, banyak kos boleh dijimatkan.
Minyak kereta, tol, parking. Sekali keluar tak kurang dari RM50 terbang. Ternyata
dua langkah yang aku ambil ni mampu menjimatkan.
4.
Memerap
bukan sebarang memerap. Sebagai ganti kepada hiburan di luar rumah yang aku
lepaskan tu, aku pasang Unifi dan mula menjadi hantu movie. Line Unifi ni juga
amat penting untuk download video job skrip translating/polishing aku tu, jadi
ianya adalah satu pelaburan yang SANGAT BAIK.
5.
Kira-kira
dua tahun selepas bersara dari forum tu, aku mula ada hobi baru iaitu
melancong ke luar negara. Sudah tentu hobi ini memerlukan ongkos. Jadi, kembali
pada point no.1 dan 2, aku ada alasan untuk stop beli baju/tudung/mekap dan stop
aktiviti gathering-gathering ni semua. Iaitu nak saving untuk melancong. Weh,
dah dekat 10 tahun menetap kat KL ni, aku nak merambu ke mana lagi? Semua ceruk
KL aku dah jelajah maaa….alang-alang nak berjalan, ha mai kita ke luar negara
terussssss
Hasil daripada penabungan aku selepas memotong perbelanjaan-perbelanjaan yang aku nyatakan tadi
Sekali lagi, ini diri aku la. Orang lain dah tentu ada cara yang
berbeza. Dan aku tak suruh pun korang ikut style aku. Ikut korang la nak manage
kewangan korang macam mana.
Ini baru pasal masalah kewangan. Ada lagi yang aku nak ceritakan. Tunggu episod seterusnya ^^
Ini baru pasal masalah kewangan. Ada lagi yang aku nak ceritakan. Tunggu episod seterusnya ^^
No comments:
Post a Comment