Kadang-kadang
masalah manusia ni bukannya berat sangat. Cuma tak reti nak asingkan antara
keperluan dengan kehendak. Lagi-lagi apabila kehendak ‘dijadikan’ keperluan.
Kalau sendiri tanggung tak mengapa. Tapi kalau dah nak menyusahkan orang, apa
kes?
Sebenarnya
dalam hidup kita ada banyak pilihan, sama ada kita nampak atau tak nampak apa
pilihan yang kita ada. Sesetengah orang menghabiskan masa dengan merungut,
marah-marah, menyalahkan orang tu orang ni – pendek kata semuanya salah orang
lain laa, dia je yang betul. Memang itu pilihan anda, tapi lepas dah
marah-marah tu, tanya diri sendiri, anda bahagia ke?
Sesusah
manapun kita rasa dalam hidup kita hari ni, akan ada orang yang lebih susah.
Jadi tak perlulah nak merasa diri tu malang sangat. Boleh jatuh murtad,
hati-hati. Apa kata tarik nafas dalam-dalam dan brainstorm, mana tahu ada idea
baru muncul apabila anda bertenang?
Contoh la
ye. Lifestyle tak memadan dengan pendapatan. Bising pasal makanan mahal tapi
pegi restoran mewah-mewah. Pergi aje la kedai makan biasa. Kenyang jugak. Apa
masalah? Bising pasal kopi Starbucks mahal. La…kedai kopi biasa kan ada?
Nak pergi
kenduri kahwin pun nak kena beli baju baru. Kalau tengah takde bajet, pakai je
la apa yang ada. Kau pergi kerja tiap-tiap hari takkan takde baju yang elok? Tengah
takde bajet buat le cara takde bajet.
Kena pandai
bezakan keperluan dengan kehendak. Betul priority setiap orang tak sama. Sebab
tu la kena tentukan sendiri. Apa yang aku buat, bila aku dah start rasa pening
kepala dengan benda-benda yang aku nak beli tu, maknanya aku kena review balik.
Mungkin ada benda yang aku kena hold dulu dalam list tu.
Mungkin akan
ada yang kata, “kau takpelah kau bujang lagi”. Dah tu? Kau ingat orang bujang
tak perlu makan ke? Tak perlu bayar bil? Tak perlu bayar loan kereta, isi
minyak? Loan rumah? Malah kalau nak dikirakan kami lagi la kena survive sebab
hidup sendiri. Kau orang boleh gak kongsi dengan pasangan.
Untuk hidup
aku, aku tak suka nak bising-bising salahkan orang lain sebaliknya aku akan
berfikir dan cari jalan atau alternative lain untuk simplify keperluan aku. Contoh
la. Aku tak suka mengharungi kesesakan jalan raya untuk pergi kerja. Jadi aku
decide keluar rumah seawal jam 6.00 pagi walaupun waktu kerja aku sebenarnya
pukul 7.30 pagi. Ada yang tanya, datang awal sangat buat apa? Ek eleh tu pun
jadi isu ke. Tido la kat surau, ataupun tengok movie kat komputer ke. Pukul
7.30 start la buat kerja. Tu pun masalah ke? Korang yang masuk kerja lebih
lewat dari aku ni patut bersyukur tau, sebab aku dah mengurangkan 1 kereta atas
jalan.
Pastu kan.
Rumah aku terletak di tingkat 4 dan takde lif. Wei penat kot nak turun naik
banyak kali. So biasanya aku akan ‘kumpul’ beberapa urusan untuk dibuat
sekaligus demi mengelakkan turun naik berkali-kali. Contohnya balik kerja beli
terus makanan atau singgah la kat bank ke, stesen minyak ke dll untuk semua
urusan, so bila dah masuk dalam rumah, tak payah nak keluar dah. Ataupun bila
hari Sabtu nak turun pergi buang sampah, bawa sekali bil maintenance yang nak
dibayar dan bawa sekali list barang yang nak dibeli di kedai. Sekali harung je,
simple kan?
Bab berjimat
pulak. Pengalaman aku la, bila dah start ‘buang’ atau ‘kurangkan’
perkara-perkara atau aktiviti yang banyak menghabiskan duit ni, aku dapati aku
ada duit lebih untuk digunakan kepada hal yang lebih penting. Barulah aku sedar
betapa banyaknya aku membazir sebelum ni.
Contoh: Kenaikan
harga petrol. Aku jarang keluar kalau takde hal penting (read: hal yang
BETUL-BETUL PENTING). Weekdays, pergi kerja balik kerja. Segala urusan
pembayaran yang boleh buat online, aku buat online je. Kalau terpaksa pergi bank
pun, aku pergi waktu lunch hour kat opis.
Weekend lak aku habiskan masa kat rumah aje,
layan movie sebab aku dah pasang Unifi kat rumah. Mahal kot Unifi, so buat apa
nak merambu kat luar kalau dah ada hiburan kat rumah? Apatah lagi aku tinggal
seorang di rumah yang aku sendiri PUNYA. Memang bebas sepuasnyalah aku nak buat
apa-apa saja yang aku suka without no one to judge me. #janganjealous
Ah, bahagianya hidup ^^
No comments:
Post a Comment