Genre: Horror/thriller
Tajuk asal filem ni ialah Siembamba tapi entah kenapa ditukar, mungkin sebab nak senang market kot. Filem ni dihasilkan di South Africa dan menggunakan 4 orang pelakon sahaja (serta seorang bayi). Bagi sebuah filem indie bajet rendah, aku boleh katakan filem ni bestttt.
Sinopsis:
Filem ni dimulakan dengan babak ngeri di mana tahanan wanita di
satu tempat bernama Eden Rock pada awal kurun ke-20, menjadi mangsa
perkosaan tentera Inggeris. Jika hamil, bayi yang dilahirkan hasil perkosaan tu
akan dibunuh kerana kalau tidak ia akan menjadi sumpahan kononnya.
Cerita beralih ke zaman moden. Seorang remaja perempuan, Chloe
(lakonan Reine Swart) selamat melahirkan bayi anak luar nikah. Ibunya, Ruby
(Thandi Puren) membawanya pindah dan memulakan hidup baru. Namun Chloe yang
masih mengalami ‘jiwa kacau’ tampak kurang berminat nak menikmati dunia barunya
sebagai ibu. Dia lebih menghabiskan masa dengan termenung dan berasa tension
apabila bayinya menangis. Tak lama kemudian, Chloe mula berhalusinasi dan
seolah-olah melihat kelibat satu entiti yang mengekorinya. Semakin lama vision
yang Chloe lihat menjadi semakin menakutkan apabila entiti itu seperti
membisikkan agar Chloe membunuh bayinya. Kerana bimbangkan kestabilan mental
Chloe, Ruby meminta bantuan pakar psikiatri bernama Dr. Reed (Brandon Auret).
Review:
Filem ni cukup mengesankan bagi aku, walaupun tak pakai ramai
pelakon tapi aura seram tu terasa. Lakonan Reine Swart sangat berhasil, kita
menonton boleh rasa dia punya paranoid tu yang mana setiap masa diburu rasa
bimbang apa2 berlaku pada baby dia.
Alur cerita maju-mundur juga digerakkan dalam pace yang tepat,
dia macam, bila persoalan tu timbul, tak lama pastu ada flashback yang menjawab
persoalan tu. Kiranya tak dibiarkan tergantung lama2 la.
Cuma punca kenapa bapak Chloe membunuh diri je kurang
jelas….pasal hutang ke, pasal perempuan ke apa ke, at least bagilah hint kan.
Ehehe
No comments:
Post a Comment