Thursday, April 5, 2018

Alkisah souvenir

Keriangan di wajah opismates apabila menerima souvenir sekembalinya anda dari percutian, jika anda mempunyai opismates yang diibaratkan seperti 'keluarga kedua' anda, sebenarnya adalah sejenis kegembiraan yang amat bermakna :)


Pelbagai reaksi seperti:
"Eh....pegi mana hari tu?"
"Wewewe..bestnya 'hasil tangkapan' kau Juuu" 
"Alhamdulillah terima kasih banyak Ju...semoga awak murah rezeki selalu" 
"Woi jom la selfie dengan beg ni woi" 
"Juuu semoga murah rezeki boleh travel lagi boleh beli hadiah lagi" 
"Ju lepas ni kau nak gi mane plak...Aku nak ikut la weh"

Haha comel kan opismates aku? Pelbagai reaksi di wajah mereka apabila aku menghulurkan souvenir sebenarnya buat aku terdetik dalam hati, betapa rezeki tu Allah bagi dalam pelbagai bentuk. Orang yang lebih tua atau bergaji lebih tinggi daripada kita, tak semestinya diorang ada segala-galanya. Dan kita yang bergaji lebih rendah ni pulak bukannya Allah tak kasi apa-apa langsung. Kadang-kadang kita je yang terlupa nak bersyukur.
Aku ringkaskan contohnya macam ni lah ye. Katalah kau pegawai wanita gred 44, dah berkahwin dan ada 3 orang anak. Kau bercuti pun balik kampung atau bawa anak-anak jalan-jalan. Ataupun kau keluar negara atas urusan kerja (out-station). Jadi perjalanan kau tidak sama dengan aku yang berbackpacker travel penuh adventure, turun naik public transport, pergi ke tempat yang jarang orang bawa kanak-kanak. Jadi bila aku pergi adventure macam ni dan balik dengan buah tangan bagi kat kau, kau gembira sebab kau tak berkesempatan lagi nak berkunjung ke tempat tu.
Mungkin rezeki aku la dapat tempat kerja+opismates yang baik. Kalau 'opismates dari neraka' mungkin lain pulak ceritanya. Syukur Alhamdulillah lah :)

Saturday, March 31, 2018

#themovie: Murder on the Orient Express

Genre: Mystery drama
Ini merupakan remake kepada filem asalnya yang diterbitkan pada tahun 1974, adaptasi daripada novel karya Agatha Christie (1934). Jujur aku cakap aku download filem ni semata-mata sebab Johnny Depp je. Kalau bukan kerana ada actor kegemaran aku mungkin aku tak tengok pun cerita ni. Hahaa


Sinopsis:
Hercule Poirot (lakonan Kenneth Branagh) merupakan seorang detektif terkenal dari Belgium yang merancang nak bersara dari kerja-kerja penyiasatan. Baru plan nak berholiday di Istanbul, dia terpaksa kembali ke London kerana tuntutan satu kes. Dia ditawarkan perjalanan percuma naik tren bernama Orient Express oleh kawannya Bouc (Tom Bateman) yang juga pengarah keretapi tu.
Ahli perniagaan, Edward Ratchett (Johnny Depp) cuba meminta pertolongan Poirot untuk jadi bodyguard dia sepanjang 3 hari perjalanan tu kerana dia menerima surat ugutan dari penghantar yang tidak diketahui, tapi Poirot menolak kerana malas nak buat kerja menyiasat dah. 
Dan pada esok paginya Ratchett ditemui mati dengan banyak kesan tikaman. Sambil keretapi terkandas dalam salji, sesi interrogation setiap penumpang pun bermula. Ada 10 orang penumpang lain dalam tren tu, bermakna ada 10 orang suspeklah. Mereka adalah:
1.      Pilar Estravados (Penélope Cruz)
2.      Princess Dragomiroff (Judi Dench)
3.      Hector MacQueen (Josh Gad)
4.      Edward Henry Masterman (Derek Jacobi)
5.      Dr. Arbuthnot (Leslie Odom Jr.)
6.      Caroline Hubbard (Michelle Pfeiffer)
7.      Mary Hermione Debenham (Daisy Ridley)
8.      Hildegarde Schmidt (Olivia Colman)
9.      Pierre Michel (Marwan Kenzari)
10.  Count Rudolph Andrenyi (Sergei Polunin)

Review:
  1. Background filem ni cantik yang amat. Terasa suasana era 1930an tu dihidupkan semula dengan rekaan set dalam koc tren serta fesyen baju dan rambut semua watak. Tambah lagi dengan loghat British diorang tu. Memang terasa kembali ke zaman lampau sangat hehe
  2. Sepertimana bila aku menonton siri Detective Conan, suspens juga meneka-neka siapa agaknya pembunuh sebenar. Bila disiasat semua suspek ni ada kaitan dengan Ratchett, lagi lah rancak otak aku meneka. Dan memang endingnya aku tak sangka sebab aku memang tak pernah baca novelnya mahupun menonton filem tahun 1974 tu.
  3. Kepintaran detektif macam ni memang mengagumkan kan? Masa interrogate suspek-suspek tu, bukannya dia meneliti jawapan yang diberikan semata-mata, tapi gerak-geri mereka, pandangan mata, pendek kata sekecik-kecik hal pun diperhatikan sampai jumpa bukti yang kukuh.
  4. Yang kurang sikit ialah biasalah bila ada ramai suspek tu ada la nampak pembahagian ruang perkembangan watak yang agak kurang seimbang. Maklumlah filem durasi 2 jam je mungkin tak sempat nak explore semua hehe.
Apapun, terima kasih la untuk pembikin filem ni sebab sudi menghasilkan versi baru untuk penonton generasi sekarang. Kalau tidak kami pun tak tahu kewujudan cerita ni😃



Saturday, March 24, 2018

It's Gonna Be...N'SYNC!

Beberapa hari lepas, aku terpandang berita ni naik kat newsfeed facebook aku. Kumpulan pop boy band 90an Amerika, N'SYNC yang popular dengan lagu Bye Bye Bye, It's Gonna Be Me, This I Promise You dll bakal menerima bintang mereka sendiri di Hollywood Walk of Fame. Wah! Tahniahlah kepada kumpulan yang dah berpecah lebih 15 tahun yang lalu ni.
Sesiapa yang membesar pada era 90an tak mungkin tak kenal group ni hahaha. Selepas berpecah pada tahun 2003, kesemua anggotanya membawa haluan sendiri sama ada bekerja dalam bidang lain ataupun meneruskan karier dalam bidang seni. Siapa tak kenal Justin Timberlake? Penyanyi kacak yang juga pelakon, pandai menari dan tak salah rasanya kalau disifatkan sebagai bekas anggota boy band yang paling berjaya sebagai penyanyi solo, ke tahap phenomenal. Dia ni adalah salah seorang bekas anggota N'SYNC lah. Ahaha😃



Salah satu lagu hit N'SYNC yang masih mampu membuat pendengar menggoyangkan badan menari sama sehingga ke hari ini

Setakat yang aku ingat, dalam banyak-banyak boy band atau vokal group yang pernah menerima bintang di Hollywood Walk of Fame baru ada 3. Mereka adalah:


Boyz 11 Men, pada tahun 2012. Iaitu setelah hampir 25 tahun kumpulan ini ditubuhkan


Backstreet Boys, pada tahun 2013. Bertepatan dengan ulang tahun ke 20 penubuhan kumpulan ini


New Kids On The Block, pada tahun 2014. Pada usia ke 30 tahun kumpulan ini!


Tapi sebenarnya, apa kebenda bintang Hollywood Walk of Fame ni? Jom kita telusuri ceritanya.
The Hollywood Walk of Fame adalah satu laluan berlantai terrazzo yang menempatkan bintang diperbuat daripada tembaga, terletak di sepanjang 15 blok jalan Hollywood Boulevard dan 3 blok Vine Street di HollywoodCaliforniaBintang-bintang ni dianugerahkan kepada para selebriti terpilih dari pelbagai kategori cabang seni. Ia terbahagi kepada 5 kategori iaitu:

  • Circular 4-inch brass plaque showing a side view of a classic movie camera Perfileman
  • Circular 4-inch brass plaque with a tube-type television with twin aerials Penyiaran televisyen
  • Circular 4-inch brass plaque with a top view of phonograph disc and pickup arm Rakaman muzik
  • Circular 4-inch brass plaque with an antique studio-style microphone Penyiaran radio
  • Circular 4-inch brass plaque with the classic theatrical comedy/tragedy masks Komedi atau persembahan langsung (live theatre)

Ia diilhamkan oleh E.M. Stuart pada tahun 1953. So, nak tahu tak macam mana para selebriti yang dah terpilih ni boleh dapat star diorang? Haaa ni step-step dia.
  1. Nak dapat bintang di HWOF ni bukan semudah ABC. Ada satu badan khas yang bertanggungjawab menguruskan proses penganugerahan bintang ni, yang dikenali sebagai Hollywood Chamber of Commerce.
  2. Hollywood Chamber of Commerce biasanya memilih lebih kurang 24 selebriti setiap tahun untuk dianugerahkan bintang.
  3. Technically, sesiapa saja boleh mohon untuk mendapatkan bintang. Anda hanya perlu mengajukan permohonan dan membayar yuran dia. Tapi itu belum menjamin kau confirm dapat star kau, tahu. Permohonan akan diteliti dan dipertimbangkan terlebih dahulu untuk menentukan sama ada kau benar-benar layak.
  4. Tempoh yang kau perlu tunggu juga boleh tahan lama, sekitar dua tahun. Kalau failed, kau boleh apply lagi dan lagi selagi kau tak kenal erti jemu.
  5. Yuran yang perlu dibayar pulak bukan kecik anak. Kalau kau dah apply dan terpilih untuk dapat star, kau kena bayar USD 30,000. OK, sanggup? HAHAHA. Bayaran ini adalah kos untuk membuat star dan juga maintenance agar star kau sentiasa berkilauan so pelancong akan tertarik bila datang berkunjung ke HWOF.
  6. OK lepas dah terpilih, kau kena isi borang, tulis biografi kau dan sign surat yang menyatakan kau akan hadir untuk upacara penganugerahan bintang.
  7. Lepas tu kena cari lokasi pulak nak taruk bintang kau tu. Kau sendiri kena pilih, OK. Memandangkan aku pun belum pernah berkunjung ke HWOF ni maka aku pun tak dapat membayangkan macam mana atau berapa panjang laluan HWOF ni. Haha
  8. Lepas dah locate bintang kau, maka tibalah hari yang dinanti-nantikan iaitu ‘coronation day’ HAHAHA iaitu hari di mana majlis diadakan untuk kau menerima plaque dan seterusnya merasmikan bintang kau. Dan kena bagi ucapan jugaklah, of course. Biasanya pihak penganjur hanya menerima tetamu seramai 600 orang sahaja untuk majlis ni, tapi who knows kalau peminat kau begitu ramai mungkin boleh mencecah ribuan orang. Hehe

Dalam dunia hiburan antarabangsa, HWOF ni bolehlah disifatkan sebagai salah satu lambang kejayaan tertinggi seseorang selebriti tu. Kiranya tak ada siapa la yang tak teringin nak nama dia diabadikan pada bintang di HWOF ni. Sehingga ke hari ini, ada lebih daripada 2600 bintang yang sudah dirasmikan di laluan terkenal ni.
Jadi, jika anda berkunjung ke Los Angeles, jangan lah lupa mengabadikan kenangan bersama bintang milik selebriti kesayangan anda di HWOF ye!😃


Wednesday, March 21, 2018

Match-making

Korang pernah ada pengalaman kena match-make tak? Atau korang pernah cuba nak padankan orang? Haa meh cerita pasal match-make. Aku pun ada beberapa kali cuba dipadankan dengan orang tu orang ni oleh sedara dan kawan-kawan.


Dan memang semuanya tak berhasil la. Entah, aku bukan sombong ke apa, tapi aku tak suka matchmaking ni sebab soal hati dan perasaan bukan macam nak padankan warna langsir dengan sofa. Atau warna baju dengan handbag. Mungkin mata kita nampak this guy and this girl macam ngam untuk dijodohkan, tapi kena faham bahawa mereka pun ada taste mereka masing-masing.

Aku bercakap dari pengalaman sendiri la bila kawan aku arrangekan aku dengan seorang saudara dia ni. Aku pergi je jumpa mamat tu sebab nak senyapkan si kawan ni. Nak bagi dia puas hati, at least aku dah jumpa dan tengok lelaki yang dia nak sangat padankan dengan aku tu. (Dalam fikiran aku memang dah set dah, aku TAK NAK). HAHAHA jahat kan?

So lepas dah jumpa tu, dah balik rumah, mamat ni wassap dan lepas tu tanya soalan tak boleh blah…nak tau?

“Boleh saya tau apa yang awak fikirkan..tentang saya”

Adoi…..soalan exam masa aku diploma dulu pun tak sesusah macam ni. To be honest inilah kali pertama aku ditanya macam ni dalam hidup aku. Kau rasa? Soalan macam ni dah tentulah expect jawapan yang baik-baik, yang manis-manis aje. Mana ada manusia yang boleh bertabah dengan jawapan jujur tapi pahit? Propa lah. So dengan jujurnya aku pun reply:

“Erk….kena bagi pendapat ke? Maaf la saya tak pernah dapat soalan macam ni so saya tak tahu nak jawab macam mana”

Lepas tu dia terus tak wassap dah. Yes! Lega gilaaa aku rasa HAHAHA😃

Jadi bila mereka menolak untuk terus dikenenkan, janganlah si matchmaker marah-marah pulak. Karang kalau hubungan mereka bermasalah di masa depan, kau juga mungkin akan dipersalahkan. Kau nak ke?

Rasanya tak perlu la menyibuk sangat hal peribadi orang lain kot, sometimes mungkin lebih elok jaga hal sendiri. HAHAHA

Nak duit, kena kerja

Aku dah lama tak kena asak dengan soalan ‘bila nak kahwin’ daripada sedara-mara, tapi bila baca artikel atau post macam ni kat facebook aku still rasa annoying jugak. Ye la ramai rupanya golongan bawang yang masih beranggapan hidup bujang ni mudah, takde banyak perkara nak pikir. Oh, let me tell you itu salah. Sangat-sangat salah.

All the bills macam air, elektrik, telefon, internet, Indah Water, cukai pintu dll benda tu tetap kena bayar. Malah bayar sorang-sorang lagi, tau tak? Sebab tu la aku gigih buat kerja part time demi memastikan takde bills tertunggak. Jadi bila aku cakap aku tak nak keluar lepak-lepak atau terpaksa batalkan apa yang aku dah janji tu tolonglah faham. Job memang aku tak boleh tolak. Kalau kau nak bayar harga job aku untuk lepak dengan kau takpe la jugak. (Mak aku pun boleh faham kerja aku, kau siapa nak paksa-paksa aku? Chewahhhh)

Kalau kau kata kau bangun tengah malam buat susu anak, aku pun bangun tengah malam jugak tapi untuk buat kerja skrip. Memang kau lupa la kan? Yang kau tau bila aku post gambar pegi travel “wahhh banyak duit ko ehh, selalu jenjalan oversea”. Kejadah.  Dengan duit hasil kerja skrip tu la aku dapat mengembara. Gaji aku selepas 11 tahun bertugas sebagai pembantu tadbir gov ni RM2600 je nok. Kalau non-exec kat company swasta macam opis housemate aku tu, starting je dah RM3000.

Dah tu siapa nak bagi duit free kalau tak usaha sendiri? Even pelacur pun kena bukak kaki dulu baru pelanggan dia bagi duit. Kau rasa?

Yang aku rasa advantage dia ialah aku tak perlu bimbang laki aku nak bercurang ke, chatting dengan perempuan lain kat facebook #ehh (atau whatsapp) sebab laki aku memang tak wujud pun HAHAHAHA😂

Bliss by Noris

Aku dah janji lama dengan sahabat aku ni untuk blogging pasal tudung jenama dia. Setakat ni dia dah keluarkan 3 design dan serius cantik semuanya.

Design 1


Semi instant shawl yang sangat mudah dipakai. Kain chiffon. Harga RM35

Design 2


Shawl separuh bulat. Kain satin. Harga RM49

Design 3

Semi instant shawl jugak, tapi ada tali kat dalam. Kain crepe. Harga RM35

Aku sukaaaa shawl #blissbynoris ni sebab selesa dan mudah digayakan. Jika berkenan boleh lawati Facebook dan Instagram beliau. InsyaAllah anda akan berpuas hati😄

Monday, March 19, 2018

A day trip to Ruffedge’s reunion show

Sebulan yang lepas, aku dapat tahu tentang sesi persembahan group kesayanganku Ruffedge kat Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh ni. Apa lagi dengan sepantas kilat la aku atur plan dengan sahabat yang dikenali dalam facebook, Ima yang juga peminat setia Ruffedge. Tak sia-sia aku add dia sebab kalau aku sorang-sorang takde geng, tak tahulah macam mana nak pergi menyaksikan showcase ni. Err, mungkin kena pergi dengan mama dan abah la kot. HAHAHA


Poster promo

Aku bab-bab itinerary ni memang licik HAHAHA so earlier aku arrange dengan mama, aku nak singgah rumah opah untuk makan tengah hari dan akan bertolak ke MAPS lepas Zohor. Dengan senang hati mama bersetuju malah siap tanya MAPS tu kat mana, teringin juga nak nengok tempatnya HAHAHA.
So, inilah kisahnya. Lepas breakfast aku pick up Ima kat rumah dia tepat jam 9 pagi dan terus mendrift Axia kuningku masuk ke Federal Highway menuju ke Ipoh. Singgah mengisi minyak dan angin tayar di R&R Rawang. Kira-kira jam 12.00 tengah hari kami selamat sampai di rumah opah. Minggu ni giliran Mak Limah jaga opah so macam biasa masakan beliau ringkas tapi ohsemmm


Opah kesayanganku. Sama tak muka kami? Hehe #cucu opah

Dalam jam 2.30 petang kami bergerak ke MAPS. Mama dan abah guide aku dan Ima sampai ke depan Hotel Casuarina Meru dan selebihnya kami cari sendirilah pintu masuk ke MAPS. Jarak dari rumah opah ke MAPS adalah kira-kira 1 jam. Alhamdulillah parking kat sini percumaaaaaaa (setakat inilah). MAPS adalah taman tema animasi pertama di Malaysia ye hehehe.
Bergambar dengan mama kat depan MAPS

Muka excited hilang segala kebas dan lenguh duduk dalam kereta tadi HAHAHA

Sementara menunggu persembahan Ruffedge yang dijadualkan bermula jam 5 petang, aku dan Ima kill the time dengan berjalan-jalan dan mencuba permainan seperti kuda pusing, menjenguk ke kedai cenderahati dan bergambar di beberapa lokasi menarik. Once dengar je pengumuman sebut nama Ruffedge maka bergegaslah kami menuju ke arah pentas.
Ruffedge memulakan persembahan dengan lagu berjudul Lemas diikuti Tipah Tertipu. Kemudian persembahan terpaksa dihentikan seketika kerana hujan lebat dan guruh berdentam-dentum. Kira-kira 30 minit kemudian hujan berhenti dan persembahan diteruskan dengan lagu Da’ Bomb. Ala yang lirik dia berbunyi cantik menarik tertarik tu haa.
Habis lagu Da’ Bomb, diorang panggil penonton kanak-kanak naik ke pentas untuk bermain permainan ala musical chair. Berkumandang lagu Tiada Lagi Cinta, bila lagu dihentikan, semua kena berhenti bergerak. Sapa yang still bergerak dikira terkeluar. Apa yang mencuit hati, dalam ramai-ramai bebudak yang volunteer naik ke pentas tu termasuklah anak-anak anggota Ruffedge sendiri HAHAHA
Dah settle game tu, persembahan diteruskan dengan lagu Bila Rindu dan lagu penutup, Khayalan. Seterusnya ialah sesi bergambar di mana pengunjung yang nak ambik gambar dengan Ruffedge beratur dan naik ke pentas one by one. Oleh kerana malas nak berdiri aku dengan Ima duduk je la kat err kat tempat yang boleh duduk dekat situ. Bila queue dah nak habis barulah kami beralih ke tepi pentas dan belum sempat nak approach Ruffedge, diorang yang panggil kami dulu HAHAHA
Maka terjadilah gambar-gambar seperti di bawah ini:

Azan

Cat

Mode

Sein

My favorite....Zain

Seriously 15 tahun yang lalu masa dorang tengah ngetop memang susahhhhhhh nak ambik gambar cantik-cantik camni. Punyalah ramai orang serbu dan tunggu giliran, kat KL la pulak masa tu kan. Alhamdulillah reunion. HAHA

The only one missing here was Amer, yang kini tinggal di luar negara

Jam menunjukkan angka 7.30 malam. Selepas berborak sekejap dengan anggota-anggota Ruffedge dan say bye bye kat diorang, kami pun bertolak balik ke KL. Nervous nye sebab aku jarang sangat-sangat travel waktu malam. Mujur ada Ima. Sebenarnya aku bukan takut sangat drive malam kalau cuaca baik it’s okay. Yang risau kalau hujan je. Dan memang hujan turun di satu lokasi tapi syukurlah sekejap je.
Kami tiba di Kepong kira-kira jam 11 malam. Singgah makan kejap sebelum menghantar Ima balik rumah dia. Sayang sekali dia kena kerja esoknya, kalau tidak memang kami dah hurra hurra cuti di hari Isnin HAHAHA
Looking for more Ruffedge’s showcase. Masa diorang tengah top dulu aku masih belajar dan tak semua show diorang aku berpeluang nak pergi, now aku dah kerja dah ada kereta (read: langkah dah panjang) haa meh meh nak mengulangi zaman jadi fangirl dalam era yang lebih dewasa HAHAHA
OK dah dah la tu Julia, kerja translating skrip berlambak lagi nak buat ni. Stop dulu😂

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...