Keriangan di
wajah opismates apabila menerima souvenir sekembalinya anda dari percutian,
jika anda mempunyai opismates yang diibaratkan seperti 'keluarga kedua' anda,
sebenarnya adalah sejenis kegembiraan
yang amat bermakna :)
"Alhamdulillah terima kasih banyak Ju...semoga awak murah rezeki selalu"
"Woi jom la selfie dengan beg ni woi"
"Juuu semoga murah rezeki boleh travel lagi boleh beli hadiah lagi"
"Ju lepas ni kau nak gi mane plak...Aku nak ikut la weh"
Pelbagai reaksi seperti:
"Eh....pegi mana hari tu?"
"Wewewe..bestnya 'hasil tangkapan' kau Juuu" "Alhamdulillah terima kasih banyak Ju...semoga awak murah rezeki selalu"
"Woi jom la selfie dengan beg ni woi"
"Juuu semoga murah rezeki boleh travel lagi boleh beli hadiah lagi"
"Ju lepas ni kau nak gi mane plak...Aku nak ikut la weh"
Haha comel kan opismates aku? Pelbagai reaksi di wajah mereka
apabila aku menghulurkan souvenir sebenarnya buat aku terdetik dalam hati,
betapa rezeki tu Allah bagi dalam pelbagai bentuk. Orang yang lebih tua atau
bergaji lebih tinggi daripada kita, tak semestinya diorang ada segala-galanya.
Dan kita yang bergaji lebih rendah ni pulak bukannya Allah tak kasi apa-apa
langsung. Kadang-kadang kita je yang terlupa nak bersyukur.
Aku ringkaskan contohnya macam ni lah ye. Katalah kau pegawai
wanita gred 44, dah berkahwin dan ada 3 orang anak. Kau bercuti pun balik
kampung atau bawa anak-anak jalan-jalan. Ataupun kau keluar negara atas urusan
kerja (out-station). Jadi perjalanan kau tidak sama dengan aku yang
berbackpacker travel penuh adventure, turun naik public transport, pergi ke
tempat yang jarang orang bawa kanak-kanak. Jadi bila aku pergi adventure macam
ni dan balik dengan buah tangan bagi kat kau, kau gembira sebab kau tak
berkesempatan lagi nak berkunjung ke tempat tu.
Mungkin rezeki aku la dapat tempat kerja+opismates yang baik. Kalau 'opismates dari neraka' mungkin lain pulak ceritanya. Syukur
Alhamdulillah lah :)
No comments:
Post a Comment