Saturday, February 24, 2018

"Kalau kau follow benda ni dari awal, kau akan faham kenapa ramai yang bla bla bla"

Aku kan, bila nak post review filem, kadang2 aku ragu-ragu jugak. Terutama dengan golongan penggemar Marvel/DC dan jugak penggemar Transformers. Yang mana (kata dioranglah) dah follow produk kegemaran masing2 ni sejak keciklah, itulah inilah.
Kalau peminat baru macam aku ni bersuara memberi pendapat aku yg tak sehala dengan diorang ni kang, mesti ada je la yang (dengan poyonya) akan berkata:
"kalau kau follow benda ni dari awal kau akan faham kenapa ramai bising"
"kau ada baca komiknya tak?" 
"kau tahu tak kenapa bla bla bla..Jadi macam bla bla bla" 
"kau budak baru belajar so better dengar cakap otai"
Nak tanya ni....produk tu abah kau punya ke? Sampai beria-ria menunjuk pandai tak bagi orang lain bercakap pasal benda tu. Masing-masing punya pendapat la. Kau mengulas bagai nak rak pun ada owner franchise tu kesah? Diorang tetap buat duit, kau? Struggle la situ. Ada baiknya kau gunakan masa bertekak kau tu untuk buat benda yang berfaedah.
At least soru tak miss, ada pahammmmm

Memerap di rumah

Bila umur dah meningkat ni, rasa macam makin malas nak berhuha-huha macam masa remaja@era umur 20an dulu. Makin lama makin rasa duduk memerap kat rumah itu lagi seronok. Mungkin sebab dah lebih 10 tahun tinggal di KL dan tak ada tempat yg aku nak explore lagi dah. Semua aku dah rasa.
Lagipun kat rumah aku dah ada segala yg aku perlukan. Ada internet yg laju, TV yg besar, makanan yang cukup.... Untuk apa lagi mencari hiburan di luar rumah? OK kalau ada pun, panggung wayang ajelah.... Just to not miss the latest blockbuster movies.
Panggung wayang pun ada kat depan rumah ni je...Apa ada hal...!!!
Dan yg paling penting... Boleh jimat duit untuk pergi melancong lagi nanti!! Yeahhhhh๐Ÿ˜

kemas rumah

Friday, February 23, 2018

Istilah bercinta

Aku menikmati zaman remaja pada pertengahan tahun 90an. Masuk umur 20 pada awal 2000. Masa tu aku takde lagi pengalaman bercinta, sampailah dah bekerja. Tapi bila tengok trend orang sekarang ni bercinta, aku rasa jauh betul bezanya dengan zaman remaja dan awal 20an aku dulu.

Aku mula memahami sepak terajang dunia percintaan ni sekitar tahun 2010 dulu. Masa tu umur aku 29 tahun. Aku berkenalan dengan sorang lelaki ni, selalu la jugak keluar bersama. Tapi tak lama lepas tu aku dapat tahu, dia ni suka simpan ‘stok’ kawan perempuan banyak-banyak dan melayan mereka ni the same way macam dia layan aku. And yes, dia tak declare couple dengan aku mahupun the other ladies ni semua.

Gambaran dia macam ni la. Katalah aku dan Minah ada dalam list tu. Aku tak boleh marah bila mamat ni keluar dengan Minah, dan Minah juga tak boleh marah bila mamat tu keluar dengan aku. Sebab mamat ni tak cakap pun dia couple dengan aku atau Minah. Dia tak nak mengikat, tapi dalam masa yang sama, tak nak melepaskan. Gituhh.

Masa tu baru aku tahu, oo ada eh benda macam ni? Sebab pada era 90an dan dekad terawal abad ke 21, setahu aku lah, bercinta ni just:
“Kau suka aku?”
“Suka”
“Nak kahwin dengan aku?”
“Nak”
Dah! Settle. There is no such thing as “kita kawan dulu ye, kalau ada keserasian kita boleh teruskan”. Atuk kau!

Tak ada juga istilah macam ‘friendzone’ atau ‘teman tapi mesra’ atau ‘open relationship’. Zaman dulu-dulu tak ada ‘in between’. It’s either YES or NO. Kau nak ke tak nak, cakap direct. Jangan nak buat orang terikat namun tak bertali Mencuba menyimpulkan mati ehh ternyanyi pulak HAHAHA.

Bagi aku, orang macam ni lebih keji daripada playboy atau playgirl yang terang-terang mempermainkan perasaan insan lain tu. Insaf la wei. Jangan main-main dengan doa orang teraniaya tau?

Thursday, February 22, 2018

Belakang tabir vs Limelight

Aku seorang yang sangat tak suka berada di depan khalayak. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Kalau ada tugasan berkumpulan, aku adalah orang yang sanggup lakukan apa saja asalkan aku tak perlu bercakap di depan kelas. I mean, suruhlah aku buat kerja part lain – buat research, interview orang, menaip hasil kajian malah keluarkan duit untuk pegi buat printing, binding etc aku sanggup. Asalkan jangan suruh aku present kat depan. Hahahaha
Aku sangat fobia pada pengucapan awam. Entah la kenapa, sampai sekarang aku masih rasa gemuruh bila nak bercakap depan public atas perkara rasmi. Seboleh yang mungkin aku akan mengelakkan diri. Sapa-sapa yang dah lama kenal aku confirm tahu la perangai aku ni.
Aku sangat-sangat tak sukakan limelight. Bila dah bekerja pun, bila jabatan buat apa-apa event, aku akan pastikan aku ditempatkan di bahagian yang tak perlu berhadapan dengan ramai orang asing (minimal at least). Kalau rakan-rakan sekerja aku berebut-rebut nak tayang muka kat meja pendaftaran, jadi penyambut tetamu (usherer) mahupun tray girl (gadis pembawa dulang) – aku adalah orang yang paling TAK NAK buat kerja-kerja macam tu.
Sesetengah orang mesti rasa pelik kan? Dah tu kerja apa yang ko suka buat, Julia?
Erm, aku suka berada di belakang tabir. Sebelum event berlangsung, biasanya kita akan follow up kehadiran tetamu jemputan ataupun peserta, kan? Biasanya itu yang aku buat. Then kerja-kerja yang bersifat teknikal macam membuat tagging nama, menyediakan keperluan untuk seminar macam loceng, stationery, jadi penjaga masa, benda-benda macam tu lah. Asalkan aku tak perlu tunjuk muka atas pentas atau mengadap VVIP. Tak kisah walaupun dalam team tu aku sorang je perempuan.
Aku memang tak reti nak berjalan macam model – bukan tak pernah cuba belajar, tapi memang tak boleh. It’s just not me๐Ÿ˜†


Wednesday, February 21, 2018

Terlalu merendah diri

Orang Melayu ni, takut sangat dikata riak, sanggup memalukan dan menceritakan kelemahan orang tersayang depan orang lain. Lepas tu bantai gelak ramai2. Merendah dirilah konon. Bukan setakat pasangan jadi mangsa malah anak2 sendiri pun. Anda ingat anda berbual macam tu, orang nak respek anda sebab merendah dirilah? Absolutely no way. Jangan perasan. Lagi orang akan pandang rendah kat anda adalah.
Kalau anak kita tak kahwin lagi, kenapa mesti cakap "Dia ni ntah la kenapa, takde orang nak..." Tak ke bertambah down anak tu rasa? Susah sangat ke nak bagi jawapan positif supaya orang yg bertanya tu belajar untuk tidak mempersoalkan urusan Allah? Mana la orang tak pandang sinis kat anak kita kalau tidak kerana kita sendiri yg menghina anak kita?
Kalau orang kata anak kita comel, apa salahnya jawab "alhamdulilah" instead of "comel apa benda, hidung pesek" (kat sini dah tambah 1 dosa lagi, iaitu mempertikai ciptaan Allah)
Kalau orang kata suami kita rajin menolong buat kerja rumah, kenapa nak jawab "tu pun dah jenuh saya tempik" (padahal takde pun) Apa salahnya jawab "alhamdulilah"?
Sometimes cara kita bergaul dan berkomunikasi tu lah yg menentukan setakat mana orang lain akan menghormati kita. Kalau kita sendiri ala2 merelakan diri sendiri dipijak2 dan dipersendakan...well memang itu lah yg anda akan dapat๐Ÿ˜ˆ

Sunday, February 18, 2018

Datang lambat/keluar awal

Sebagai manusia, tak kira apa pangkat kita, sepanjang bergelar pekerja pasti kita tak dapat lari dari datang lewat ke tempat kerja. Setuju?
(Yang memang ada masalah disiplin tu dah masuk bab lain. Ni cerita untuk staff yang rekod clean sahaja yer)
Kadang kita dah keluar awal, tapi kat tengah jalan ada kemalangan berlaku mengakibatkan jem panjang. Kadang2 tgh drive tetiba hujan lebat sampai susah nak nampak jalan. Kadang kenderaan meragam. Kadang kita terbangun lambat. Dan kadang kita dah tiba awal tapi terlupa punch kad ๐Ÿ˜‚

Sebagai pegawai pentadbir laporan kehadiran kat opis aku, nasihat aku, apapun alasannya sila bersikap JUJUR. Cerita je hal sebenar. Sebabnya kalau korang menipu, cerita korang pasti akan berubah-ubah bila orang lain tanya๐Ÿ˜…Bila kita jujur kita hanya ada SATU VERSI sahaja untuk diceritakan jika ditanya lagi๐Ÿ˜Š

Cuma bila rekod kedatangan korang dalam sebulan tu teruk sangat, korang kenalah ambil tindakan pembetulan. Contohnya, dah tahu pattern jalan laluan korang tu akan start jem pada jam sekian-sekian, korang kenalah adjust waktu korang...Sebab jalan jem kita tak boleh ubah. Jadi, diri kita sendiri yang kita kena ubah. Pilihan sama ada keluar lebih awal, atau tukar WP, atau cari jalan laluan alternatif, berbincanglah dengan bos korang.
Bos pun manusia, akan ada masa dan ketikanya dia juga akan menghadapi perkara tersebut. Lain lah kalau semua pekerja kat opis korang tu tinggal kat kuarters seberang jalan opis korang je. Memang takde la alasan trafik jem ๐Ÿคฃ
Kuncinya, jujur

Catatan Perjalananku: Beijing 2018 (Part 2)

HARI PERTAMA, 13 JANUARI 2018
-aku ke KLIA2 naik bas shuttle dari KL Sentral (RM12)
-fly dari KLIA2 jam 7.00pm dan tiba di airport Beijing jam 1.15am waktu Beijing, 14 Januari 2018. Tergolek kat airport menunggu tren subway pertama jam 6.35am

HARI KEDUA, 14 JANUARI 2018
-naik first subway terus ke hostel yang kami booking, Peking Yard nama dia. Terletak kat tengah2 Beijing tu. Dua kali tukar laluan, tiketnya berharga CNY25 + CNY3 (lebih kurang RM17.30)
-lepas check in, rehat sekejap pastu keluar semula naik tren ke Deshengmen (tambang CNY3). Dari situ, ambik bas no.877 menuju ke Tembok Besar China. Tambang bas ni ialah CNY12 sahaja (sehala)
-kat Tembok Besar ni boleh pilih sama ada nak memanjat sendiri, tapi kitorang pilih naik sliding car (macam tren kat funfair) bayar CNY135. Dia bawak la sampai naik first tower
-balik ke Deshengmen naik bas tadi (another CNY12), pastu naik tren balik ke Zhangzizhonglu (dekat Peking Yard) tambang CNY3



Tadaaaa!!!! Akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki ke salah satu keajaiban dunia ni #GreatWallOfChina

HARI KETIGA, 15 JANUARI 2018
-naik tren ke Dongzhimen, tambang CNY3
-dari Dongzhimen naik bas ke Shilinxia (tambang CNY15)
-ada insiden berlaku dalam bas so kami turun dan tahan teksi. Tambang CNY37.50 seorang (group aku 4 orang)
-lepas bergambar di sekitar Shilinxia, balik naik teksi tadi ke Dongzhimen dan dari situ naik tren ke Summer Palace (CNY5). Tiket masuk ke sini pada musim sejuk ialah CNY20
-naik tren ke stesen Caishikou (tambang CNY5) untuk cari kedai makanan halal di area Niujie. Dapat la makan dengan harga CNY57 seorang
-naik tren balik ke Zhangzizhonglu (CNY5)



Di depan Summer Palace

HARI KEEMPAT, 16 JANUARI 2018
-naik tren ke stesen Beijing South (tambang CNY3)
-dari situ, naik high speed train ke Tianjin (tambang CNY54.50 sehala)
-sampai di Tianjin kami disapa oleh pemandu pelancong freelance dan setelah tawar-menawar kami bersetuju ikut diorang dengan harga CNY100 satu kepala
-kami dibawa ke sekitar Tianjin Eye, Ancient Cultural Street dan Italian Style Town
-menikmati lunch kat situ gak, CNY25 seorang
-balik ke stesen Tianjin dan ambik tren ke Beijing South semula (another CNY54.50)
-dari Beijing South kami naik tren ke Xidan (tambang CNY6). Ada shopping mall kat sini, ala2 Bukit Bintang KL tu
-pastu naik tren lagi ke Olympic Sports Center (tambang CNY4)
-sini ialah kawasan perkampungan atlet semasa sukan Olimpik di Beijing. Dan kalau nak beli souvenir haaa kat sini la tempatnya..cantik2, murah2 dan pekerja2 kedai tu pandai cakap Melayu! Malah mereka siap menerima duit RM
-bergambar di sekitar Bird Nest Stadium, pastu naik tren balik ke Zhangzizhonglu (tambang CNY4)



Tianjin Eye

HARI KELIMA, 17 JANUARI 2018
-check out dari hostel. Naik tren ke Tiananmen (tambang CNY3)
-Tiananmen Square dan Forbidden City terletak berdekatan. Tiket untuk masuk ialah CNY40
-lepas settle kat situ, kami naik bas ke Hutong (tambang CNY2)
-di Hutong, bayar CNY150 untuk 2 orang dan kami dibawa naik beca melihat suasana kampung tradisional Hutong
-perut dah lapar maka kami ambik teksi ke Niujie untuk lunch (tambang CNY22)
-makan (CNY35.50 seorang)
-naik tren balik ke Zhangzizhonglu (CNY4) dan terus rembat teksi ke airport (CNY30 seorang)
-wrapping beg (CNY50) dan lepas tu mereput la di airport sampai waktu berlepas



Tiananmen Square


Forbidden City


HARI KEENAM, 18 JANUARI 2018
-flight berlepas pada jam 5.50am waktu Beijing
-mendarat di KLIA2 jam 12.15pm waktu Malaysia
-dari KLIA2 aku ambik bas shuttle ke KL Sentral (RM12)
-pastu dari KL Sentral naik teksi berkupon (RM18) ke opis aku kat Jalan Duta untuk ambik kereta

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...