Sunday, February 18, 2018

Catatan Perjalananku: Beijing 2018 (Part 1)

Yeahh macam biasa inilah catatan perjalananku. Alhamdulillah aku berpeluang menjejakkan kaki ke negara keenam dalam senarai pengembaraanku iaitu China, specifically Beijing.
Trip ni dirancang dalam masa yang agak singkat, dua bulan aje. Kiranya lepas balik daripada Sydney aritu terus ternampak iklan backpacker ke Beijing dan tanpa berfikir panjang aku terus book tiket. Haha πŸ˜†
Pecahan perbelanjaan sebelum penerbangan:
• Tiket flight pergi-balik: RM861.00 (dah campur dgn luggage, meal, flight insurans etc)
• Booking hostel: RM149.00
• Visa China: RM104.20
• Ambil travel insurans dengan orang AIA Takaful: RM50.50
• Tambah luggage: RM102.00
• Tukar duit ke mawatang Yuan China, RM1498.00 = CNY2420
• Perbelanjaan beli barang2 musim sejuk seperti long john, winter coat, kasut, bagpack = ada la dalam RM500 kot
(Senarai tempat lawatan nanti aku post kat next entry). Lebih kemas macam tu πŸ˜
Sepanjang 5 hari kat Beijing ni apa yang aku perhatikan:
1. Kalau korang selalu berada di airport atau biasa travel mungkin korang dah lali dengan perangai rakyat China nih. Dalam flight tak reti duduk diam, bising cakap kuat2, dah tu boleh pulak diorang beratur kat toilet dalam flight tu macam toilet kat shopping mall....awaslah kalau mereka nak membuka ruang tempat simpan beg di atas kepala anda…!!! Nampak laa air muka pramugara/pramugari pun stress mengadap kerenah diorang niπŸ˜‘
2. Kat Beijing plak, orang sini gemar meludah merata-rata. Bila kau berjalan, selang dua tiga langkah mesti jumpa air ludah. Tahan ajelah dan cuba elakkan dari terkena kasut korang. Yekk!!!!
3. Bab toilet, bersyukur sangat aku tak lalui pengalaman ‘ngeri’ macam yang aku baca kat blog2, toilet kat tempat tumpuan pelancong macam kat Summer Palace, stesen keretapi besar dan airport terjaga bersih, alhamdulillah
4. Salji takde turun pulak, tapi kesejukan yang melanda hampir membuat kami give up. Hahaha
5. Musim sejuk ni hari cepat gelap. Pukul 5.30 petang dah masuk waktu Maghrib. Best la kalau berpuasa kat sini, berbuka awal. Haha
6. Basikal sewa disediakan di pekan untuk kegunaan rakyat. Kalau korang nak guna basikal ni korang kena dapatkan kod daripada aplikasi dia😁 lepas tu kayuhla kemana saja. Bila dah selesai, boleh tinggalkan aje basikal tu..Tak perlu pulangkan kat tempat mana korang ambik.
7. Basikal dan motor ada laluan khas sendiri di jalan raya. So takde la nampak diorang mencilok2 kat tengah2 kenderaan 4 tayar ke atas.
8. Yang best tentang system tren subway Beijing ni ialah tiketnya murah….naik tren dalam setengah jam pun tak sampai RM3. Dan banyak plak tu stesen pertukaran dia, tak bertumpu kat satu tempat sahaja.
9. Bas henti2 kat tengah pekan masih guna system konduktor. Tambang bas pun murah..bayangkan dua jam dari Dongzhimen naik bas ke Shilinxia baru RM9.25. Murah!
10. Yang paling hazab…susah gilaa nak cari penduduk yang boleh berbahasa Inggeris! Nasib baiklah ada google translate, jadi pastikan korang ada internet kalau datang ke China. Kalau tak roaming, belilah simkad kat airport. Jangan berkira soal mahal sebab sepanjang 4 hari aku berjalan kat Beijing, langsung tak jumpa kedai telco yang bersepah macam kat Bandung (Indonesia)
11. Cakap pasal internet, sebelum terbang ke China, install VPN siap2 dari Malaysia. VPN ni membolehkan kita akses facebook, whatsapp, google dan lain2 social media yang diblock oleh kerajaan China. Nyawa tu wei!
12. Berbalik kepada bab berbahasa Inggeris tadi, nak marah pun tak sampai hati kat rakyat China sebab mungkin diorang tak belajar English kat sekolah, di mana English mungkin bukan subjek wajib macam kita kat Malaysia. Ramai penduduk yang kami temui untuk tanya direction dan sebagainya nampak mahu membantu tapi apakan daya mereka tak faham English (time ni kena guna apps translate lah)
13. Masa turun naik tren aku perhatikan perempuan2 Beijing ni..diorang kurang bermekap masa winter. So kalau nak cari calon isteri dengan natural beauty…boleh la datang sini time winter. Ahaksssss
14. Dan gigih pulak aku perhati fesyen wintercoat diorang. Sejuk2 pun gaya kena win maaa. Hahaha
15. Ada satu kali masa naik tren tu, seorang wanita pertengahan umur yang duduk depan kami (kami berdiri sebab tren penuh) telah mengambil gambar kami dan kemudian mengajak kami bergambar dengan dia. Rupa-rupanya makcik ni memang hobi suka ambik gambar pelancong dan bergambar bersama…hahahahahaa rasa macam selebriti pulak!🀣
Tu ajelah yang sempat aku catat untuk coretkan kat sini…kalau ada apa2 nak tanya, bolehlah komen kat bawah. Kalau mampu jawab nanti aku reply😊

Thursday, February 15, 2018

Panggilan Telefon Paling Caprut

Pengalaman aku bila turn bertugas kat kaunter pertanyaan department aku.
Panggilan telefon paling caprut daripada customer yang pernah aku terima πŸ™„
Aku: Ya puan nak cakap dengan siapa?
Caller: Saya nak cakap dengan bahagian Import Eksport tentang perkara bla bla bla
Aku: Oh kat sini bahagian Teknologi Maklumat puan… Puan boleh ambil nombor ni, bahagian Import Eksport 03-6208 XXXX
Caller: Oh ye ke….Memang tak boleh tolong ke?
Aku: Ini puan kena tanya bahagian Import Eksport sendiri puan
Caller: Memang tak ambik tahu kerja bahagian lain ye?
Damn! Aku rasa bebal dengan soalan last tu…Dah ko punya urusan pasal import eksport, pegi je la telefon bahagian tu…Nombor aku siap bagi sebiji-sebiji lagik. Apanya yang susah sangat?

Dan nama pun bahagian Teknologi Maklumat, kerja kitorang bab Teknologi Maklumat je la…Kalau nak kena ambik tahu kerja bahagian lain, then sapa pulak yang nak ambik tahu kerja bahagian kami?

Haha….pelik tapi benar, customer pun kekadang bengong…So kalau nampak post-post yang mana-mana individu viralkan yang cuba mempersoalkan jabatan/agensi/syarikat etc yang tertentu tu, jangan terus menganggap tuduhan tu benar siap join memaki bagai. Bersabar dulu sebab anda baru dengar cerita sebelah pihak. Every coin has two sides, you knowπŸ˜‰
Macam kes penumpang Air Asia yang ambik flight berasingan (sepatutnya ambik connecting flight) baru-baru ni…bila flight delay dia menyalahkan AA pulak padahal dia yang tak reti naik flight. Kan dah malu

Wednesday, February 14, 2018

AJL: Dulu vs Sekarang

Citer pasal AJL32 yang baru berlangsung Ahad lepas.
Aku takde nak sentuh pasal lagu-lagu yang bertanding mahupun keputusan yang diumumkan, cuma dah cemuih dengan komen-komen warga laman sosial yang asyik membandingkan lagu-lagu sekarang dengan lagu-lagu era 90an.
Ye betul, aku pun berpendapat lagu-lagu 90an masih tangkap layan. Tapi kena terimalah peredaran masa. Selera dulu dengan sekarang dah tak sama. Bukan kat Malaysia je, boleh kata semua negara yang ada industry muzik mengalami putaran macam ni.

Jangan lupa, masa lagu-lagu 90an tu tengah hit dulu, generasi era 70an pun pandang semacam kat korang, sepertimana korang memandang jelik pada lagu-lagu era 2000-an ni. (Tak caya, pegi tanya mak bapak korang). Dan begitulah juga yang akan terjadi dalam masa 10, 20, 30 tahun akan datang. Generasi sekarang ni pulak yang akan pandang pelik kat generasi zaman tu nanti.
Jangan marah! Hehe

"Tu la...balasan Tuhan"

Bila baca komen2 kat beberapa page fb psl kebakaran building KWSP ni aku teringat satu perangai netizen kat fbπŸ™„
Kalau artis ke, atau sesapa individu yg dilihat mcm 'kurang islamik' ditimpa musibah mcm sakit ke, eksiden ke...Majoriti komen berbunyi 'padan muka, balasan Tuhan, tu laa karma/kafarah' etcπŸ˜‘
Kalau musibah yg sama menimpa individu mcm ustaz2 ke...Lain pulak bunyi dia. 'ini ujian, Allah sayangkan dia, semoga diberi kekuatan' etc😏
Padahal benda boleh jadi kat sesiapa saja, selagi bergelar manusia...Doa jelah yg baik2 kan hurmmm

Monday, February 12, 2018

"Betul ke....atau nak mengaburi je?"

Ada la sekali dulu (lama dah, few years back), sorang member ni tanya aku, macam mana nak mohon kerja gov.
Aku kasi satu link, iklan certain jawatan kat jabatan apa tah aku lupa. Pastu dia reply, "Betul ke iklan ni...ke nak mengaburi mata orang awam je" πŸ™„

Terus terbatal niat aku nak menolong (baru je nak bagi link website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) πŸ˜
Belum apa-apa dah berpikiran negatif.....MEMANG TAK la kau nak dapatnye....

Monday, January 22, 2018

Why so serabut?

Tak semua benda dalam hidup ni complicated. Kadang2 ada benda yang simple je sebenarnya, benda boleh settle, cuma manusia (read: diri kita sendiri) yang buatkannya jadi serabut.
Cuba bawak bertenang dan perhalusi dalam2. Kadang2 kita tak perlu buat apa2 pun, cuma perlu bersabar dan tunggu. (Part ni la yang paling susah nak buat pun, kadang2 aku sendiri pun surrender).
Definisi 'complicated' dan 'simple' bagi anda dan saya mungkin tidak sama, tapi mungkin anda akan menemui penyelesaian yang lebih baik daripada saya. Siapalah tahu, kan?
Paling penting, kalau kau nak serabut gak, sila serabut sorang2....Jangan kacau hidup orang lain😁

Saturday, December 23, 2017

#themovie: Ferdinand

Satu perkara yang aku suka tentang filem2 animasi sejak kebelakangan ni ialah studio2 animasi Hollywood macam berlumba-lumba mencari kelainan agar produk mereka tampil berbeza dengan produk Disney, gergasi animasi dunia. Paling ketara, filem animasi selalu membawa kita ‘mengembara’ ke dunia lain, dan memahami perkara yang kita tak terlintas nak ambil tahu pun dalam kehidupan seharian kita. Contohnya filem terbaru dari Blue Sky Studios kepunyaan syarikat 21st Century Fox ni.

Ferdinand membawakan kisah dalam dunia laga lembu di negara Sepanyol. Bertempat di sebuah farmhouse tempat melatih lembu laga, seekor anak lembu bernama Ferdinand membesar dengan pemikiran yang berbeza dengan kawan-kawannya iaitu Valiente, Bones dan Guapo. Masa tu lembu2 ni semua berpikiran, siapa yang terpilih jadi lembu laga akan menikmati kemasyhuran dan hidup dalam kemewahan. Yang tak terpilih pulak akan end up di rumah penyembelihan. Namun, si Ferdinand ni lebih memilih untuk hidup tenang, aman damai dan mencintai bunga daripada sibuk nak beradu kekuatan.

Pada satu hari ayah Ferdinand telah dipilih untuk berlawan dan tak pulang2 selepas tu. Dengan perasaan sedih dan kecewa, Ferdinand melarikan diri sejauh-jauhnya dari ladang tersebut dan akhirnya tiba di sebuah kebun bunga. Tanpa mengambil masa yang lama Ferdinand menjadi kesayangan Nina, anak owner kebun bunga tu dan membesar kat situ.

Beberapa tahun kemudian, Ferdinand curi2 mengikut Nina dan ayahnya ke pekan untuk Pesta Bunga dan tanpa sengaja telah menimbulkan kegemparan di pekan tersebut. Dia ditangkap dan dibawa semula ke ladang tempat dia tinggal masa kecik2 dulu. Kat sini Ferdinand berjumpalah semula dengan kawan-kawan lamanya dan mendapati pemikiran mereka tentang idea beradu kekuatan tu masih tak berubah.

Ferdinand pun fed-up dan cuba nak escape sekali lagi, tapi masa nak lari tu, dia terpandang koleksi tanduk lembu dalam salah satu bahagian rumah ladang tu…Masa tu baru dia sedar yang sebenarnya lembu yang terpilih jadi lembu laga akan dibunuh oleh matador. So, terpilih ke tak terpilih SAMA je, kau tetap akan mati. Ferdinand berpatah balik dengan harapan sempat bagi warning kat kawan2 dia tentang hakikat sebenarnya.




Antara adegan menarik dari filem ni

Okeylah cukup sampai situ. Pengajaran dari filem ni:

1. Tak perlu takut untuk stand up different from others. Biaq pi la orang lain sibuk gaduh nak ikut tradisi, kalau kau rasa benda tu bukan benda yang buat kau happy, kau buat je lah benda yang kau rasa happy bila buat. Contohnya, Ferdinand lebih suka menikmati bau harum bunga dari sibuk nak berlaga. Dia bahagia dengan cara tu. So, be it.

2. Tak berdendam. Apabila menyedari ke mana pergi sebenarnya lembu2 laga yang terpilih tu, Ferdinand tak tinggalkan kawan2 dia. Instead, dia berpatah balik untuk ajak kawan2 dia lari sama-sama walaupun masa kecik2 dulu diorang selalu mengejek dan mempersendakan dia hanya kerana pemikiran dia berbeza.

3. Fight hanya apabila perlu, bukan sengaja suka2 nak berlawan. Orang putih kata, when the time comes, you’ll know what to do.

4. Aku tak pernah ambil tahu pasal laga lembu sepanjang 36 tahun aku hidup ni, tapi dari filem ni baru aku tahu, laga lembu ni rupa-rupanya adalah sejenis sukan yang sangat diminati di negara Sepanyol, Portugal (tapi sekarang dah diharamkan di Portugal), Perancis serta beberapa negara di benua Amerika Selatan macam Mexico, Peru dan Ecuador yang menjadi jajahan diorang. Malah acara ni diadakan dalam bangunan macam Colosseum, perghhhh. Sukan ni menimbulkan kontroversi di peringkat antarabangsa kerana dianggap menyeksa haiwan. Sebabnya, peraturan dalam laga lembu ni, seorang manusia yang dikenali sebagai ‘matador’ akan berlawan dengan seekor lembu dan consider menang jika dia berjaya membunuh lembu tu dari jarak dekat.

Filem ni rated P13. So, selamat menonton!

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...