Friday, July 27, 2018

Catatan Perjalananku: Surabaya 2018 (Part 2)

Seperti yang dijanjikan inilah senarai tempat lawatan aku kat Surabaya. Hehe jemput baca.

DAY 1 - 18 JULAI 2018
Bertolak dari KLIA2 dengan penerbangan Air Asia Indonesia jam 12.45 tengah hari. Penerbangan ke Surabaya mengambil masa 2 jam 35 minit.
Aku landing kat airport dah petang (kira-kira jam 2.25 petang waktu Surabaya) so masuk hotel aku berehat sajalah tunggu kawan aku datang. So trip start lepas waktu Maghrib. Kami singgah makan di gerai tak jauh dari hotel aku. Sedap nasi lele penyet dia, sekali dengan air teh o ais baru Rp.15,500 (lebih kurang RM4.40)

Mula-mula kami naik grab ke Monumen Kapal Selam (MonKaSel). Tiket masuknya Rp.15,000 saja (dalam RM4.30). Monumen ni sebenarnya adalah sebuah kapal selam yang dijadikan muzium. Nama kapal selam ni ialah KRI Pasopati 410, milik Angkatan Laut Republik Indonesia dan pernah digunakan dalam pertempuran melawan pendudukan Belanda di Papua@Irian Jaya.
Untuk pengetahuan anda juga, MonKaSel adalah satu daripada dua monumen berbentuk kapal selam yang terdapat di Asia Tenggara. Yang satu lagi ada kat Melaka.


Di luar


Di dalam kapal selamnya

Agak-agak dah puas berfoto kat situ, kami meneruskan acara dengan berjalan kaki dan sempat lalu dalam pusat beli-belah Plaza Surabaya. Haaa kat mall ni ada cerita angker. Alkisahnya dulu bangunan mall ni merupakan sebuah hospital. Sekitar tahun 1970-an, ada satu tragedi berlaku di mana seorang suster (jururawat atau kita biasa panggil, misi) mati tersepit kat pintu lif yang rosak. Dikatakan arwah beliau lah yang bergentayangan tu. Hohoho


Plaza Surabaya

Kemudian kami tiba di Monumen Bambu Runcing. Ini merupakan salah satu monumen yang wajib dikunjungi sekiranya anda datang ke Surabaya, for it is one of Surabaya punya ikon. Terletak di tengah pekan dan korang boleh ambil gambar dari seberang jalan sebab sini kereta laju-laju, baik jangan melintas. Haha. Dan ada kisah menarik juga tentang monumen ni.
Bambu (buluh) ni adalah senjata tradisional yang digunakan oleh tentera Indonesia dalam pertempuran melawan Belanda pada 10 November 1945 yang sekarang dijadikan Hari Pahlawan Indonesia. Alkisahnya, tentera Belanda cukup takut kat bambu ni sebab sekali terkena tikaman dia, bisanya cukup menyeksakan sebab hujung yang runcing tu ditaruk racun..!! Lagi seksa daripada kena tembak pastu terus mati. Wooooo


Monumen Bambu Runcing

Lepas tu naik grab balik hotel. Tamat sesi lawatan hari pertama.

DAY 2 - 19 JULAI 2018
Esok paginya aku naik grabbike ke gedung City of Tomorrow (CITO) Mall. Makan dan beli baju sambil tunggu kawan aku tu. Dia datang dah petang sikit sebab ambik anak dia dari sekolah. Kami terus ambik grab ke Tugu Pahlawan






Tugu Pahlawan

Di sini juga terletaknya Museum Sepuluh November yang menyimpan pelbagai bahan dan sumber ilmu tentang pertempuran bersejarah Indonesia ni. Tiket masuknya hanya Rp.5,000 (RM1.43). Murah tak hingatttttt.


Potret gambaran perjuangan rakyat Indonesia dalam menuntut kemerdekaan


Ni macam Tugu Negara Malaysia kat Jalan Parlimen tu




Diorama-diorama kronologi perjuangan mencapai kemerdekaan


Siapa yang perangai macam ni kalau pergi muzium, kita geng..Hahahaha

Habis kat situ, kami naik grab lagi…menuju ke Museum House of Sampoerna. Ni salah satu bangunan tinggalan Belanda di mana dipaparkan sejarah penghasilan rokok jenama Sampoerna di Indonesia. Ada juga dipamerkan lukisan (macam galeri seni). Muzium ni masuk free je, jenuh aku cari kaunter kat mana nak bayar alih-alih free. Hahhaaha

Kemudian kami naik grab lagi menuju ke Taman Bungkul. Taman ni terletak dalam pekan, ada fountain dan disinari cahaya lampu nan indah jadi datanglah pada waktu malam. Kat sini orang jogging dan bersantai dengan keluarga, boleh menjamu selera juga sebab banyak penjual makanan.




Lepas makan kat situ, kami berjalan kaki ke Monumen Suroboyo yang terletak di depan Kebun Binatang Surabaya (kebun binatang tu zoo lah. Haha). Dekat je dalam 1 km camtu. Apa kebendanya Monumen Suroboyo ni? Haaa….inilah dia monumen berbentuk ikan sura (kita panggil jerung) dengan buaya tu. Dari dua haiwan ni la yang kota Surabaya mendapat namanya.





Lepas berfoto kat situ kami balik hotel naik grab…dan recharge tenaga untuk acara esok pulak. Done 2nd day! Haha

DAY 3 - 20 JULAI 2018
It's my 37th birthday hahaha......tapi hari ketiga ni agak caprut sikit lah, sebab kedai souvenir yang aku google rupa-rupanya dah bertahun tak beroperasi…tapi kat google dia tulis open 24 jam eh geram jugak lah sebab naik grabbike hampir 40 minit alih-alih jadi camtu….lalu aku balik semula ke hotel lah dan singgah kedai tapau nasi campur. Rehat dan nap sekejap.

Lewat petang baru kawan aku datang dan kami naik grab ke Pantai Kenjeran yang terletak agak jauh jugak, hampir satu jam perjalanan. Sampai sana hari dah gelap, aku tertanya-tanya mana dia jambatan yang berwarna-warni macam aku tengok dalam internet tu. Gelap gelita je, yang ada berlampu cantik cuma signboard Kenjeran. Bila tanya orang kat situ katanya ada kerosakan teknikal (elektrik punya hal)….siap dengan kedai-kedai kat tepi pantai tu pun terpaksa bergelap sebab supply elektrik tarak. Aduh kecewa sungguh rasanya…apakan daya takde rezeki nak menikmati keindahan Jambatan Kenjeran. Cuma dapat beli sedikit souvenir sebelum ambik grab pulang ke pekan.



Tepi pantai


Kami turun di Taman Apsari di mana berdirinya Monumen Patung Gubernor Suryo, gabenor pertama Jawa TimurBeliau ni telah memimpin rakyat Jawa Timur menentang pihak Inggeris, dan perangnya bermula pada 10 November 1945 selama 3 minggu. Sampai jadi padang jarak padang tekukur lah kiranya sebelum diorang berundur ke Mojokerto untuk berlindung (darurat).



Monumen Patung Gubernor Suryo


Di seberang jalan, betul-betul berhadapan dengan patung ni ialah bangunan Gedung Grahadi, yang kini dijadikan pejabat gabenor Jawa Timur sekarang. Cantik dihiasi dua layer lampu berwarna merah dan putih, iaitu warna bendera Indonesia. Terubatlah sikit hati yang kecewa gara-gara kejadian pagi tadi dan juga kes Jambatan Kenjeran.



Gedung Grahadi

Kemudian kami naik grab lagi menuju ke Taman Pelangi, yang tak jauh daripada hotel aku menginap. Taman ni lagi cantik, dengan lampu warna-warni tu….OK terus hilang rasa hampa tadi. Heheh. 



Taman Pelangi

Lepas tu ambik grab balik hotel. Tamat sesi hari ke-3 😊



DAY 4 - 21 JULAI 2018
Hari keempat dan terakhir ni aku jalan sorang-sorang je sebab kawan aku tak dapat menemani. Pagi-pagi aku dah naik grab ke Museum Surabaya (Gedung Siola). Ini adalah satu lagi bangunan tinggalan Belanda yang dulunya pusat membeli-belah. Sekarang dah dijadikan pusat urusan perkhidmatan awam (ala konsep macam UTC kalau kat Malaysia). Tapi kenapa namanya ada sub-nama Gedung Siola? Haaa…ceritanya macam ni. Walikota (datuk bandar) Surabaya mengilhamkan idea untuk menjadikan sebahagian dari ruang bangunan ni sebagai tempat pameran bahan-bahan bersejarah, so that bila orang ramai datang berurusan, secara tak langsung sambil menunggu tu diorang boleh tengok-tengok apa yang ada di muzium ni. Masuk percuma je kayyyy. Rugi lah tak kunjungi tempat-tempat yang masuk percuma ni. Heheh


pintu Museum Surabaya (Gedung Siola). Yang di bawah ni ialah antara bahan-bahan yang dipamerkan di muzium ni:
















Habis kat situ, aku ambik grab ke pusat souvenir Mirota. Kata staff hotel tempat ni mahal sikit tapi barang-barang dia memang terbaik la. Susah sebenarnya nak cari kedai souvenir kat Surabaya ni, sebab dia bukan macam kat Bandung. Hoho


pusat souvenir Mirota

Lepas dah perabis hampir 1 juta rupiah kat situ, aku balik hotel tapau lunch dan berehat sebelum check out pukul 1 petang. Lepak kat lobi sampai pukul 3 sebab menunggu runner hantar kuih Bika Ambon yang dipesan oleh penyelia aku (dia suka sangat kuih ni, tiap kali aku ke Indonesia mesti dia mengirim). Pastu aku order grab terus ke airport. Lepak la kat airport pulak sampai kaunter check in luggage dibuka jam 7.00 malam.

Lepas campak luggage aku menemui sahabat internet aku sejak 14 tahun lalu, Gandu yang datang bersama isteri dan anaknya. First time jumpa macam dah bersaudara lama. Terharu betul diorang bawakan juadah kuih dan kek homemade, segan gila rasa sebab terlupa bawa ole-ole dari Malaysia. Tapi…!!! Itu tandanya aku kena kembali ke Surabaya…kan kan kan! 





Bersama Gandu dan isterinya, Fit serta anak perempuan mereka

Kembali ke KL aku rasa puas sangat…sebab ini trip solo pertama aku. Aku yang plan, aku yang tentukan apa nak dibuat, ke mana nak pergi, mana nak menginap, berapa nak belanja dan sebagainya..yeah, memang gembira. Malah opismate aku pun cakap “Eh betul-betul nampak sangat kau happy sejak balik dari Surabaya ni kan” hahaha maunya tak, kepuasan tu tak tergambar dengan kata-kata.

Seterusnya jemput lah layan gambar-gambar kenangan aku kat Surabaya di sini

Wednesday, July 25, 2018

Catatan Perjalananku: Surabaya 2018 (Part 1)

Ini merupakan trip mengejut gara-gara kaki dah gatal nak naik flight  Aku beli tiket 3 minggu je sebelum tarikh fly tu. Dan dalam masa 3 minggu tu jugalah buat persiapan terutama itinerary semua.
Okay, so ni dah masuk kali ketiga aku berkunjung ke negara Pak Jokowi dan kali pertama ke kota selain Bandung. Berdasarkan pengalaman aku, buat itinerary lawatan ke Indonesia adalah paling senang sebab kau boleh letak waima sampai 10 tempat sekalipun dalam Googlemap untuk lihat jarak dia from each other dan seterusnya menyusun operasi😊
Pecahan perbelanjaan sebelum penerbangan:
• Tiket flight pergi-balik: RM394.00 (dah campur dgn luggage, tax, flight insurans etc)
• Booking hotel (3 malam): Rp. 750,000 (kira-kira RM210.00 )
• Ambil travel insurans dengan orang AIA Takaful: RM38.00
• Tukar duit ke mawatang Rupiah, RM898.00 = Rp. 3.15juta
(Senarai tempat lawatan nanti aku post kat next entry)
Apa yang menarik di Surabaya? Okey inilah catatan perjalanan aku:
1. Aku dah lama mengidam nak ke sini sebab aku ada kenalan internet yang memang orang sini. Dapat juga bersua muka dengan mereka setelah bertahun-tahun ngobrol dalam facebook chat.
2. Aku tak beli pakej internet atau simkad local. Sebab prosesnya macam leceh, nak kena ada dokumen itu ini maka aku jadi malas…alah lagipun bahasa Indonesia lebih kurang kita je. Kalau sesat pun senang nak communicate. So, time jalan-jalan tu aku guna WiFi kalau tempat yang available. Memang tak ada masalah yang teruk-teruk lah berkaitan internet, sementelah WiFi hotel tersangat la lajuuuuuu hahahahaha
3. Surabaya adalah kota pahlawan. Means, kota ini penuh dengan kesan tinggalan sejarah (macam kat Melaka). Sepertimana yang kita tahu, Indonesia merupakan bekas jajahan Belanda dan melalui tempoh kolonialism yang agak lama. Jadi, banyak tempat-tempat yang ada monumen dan muzium serta bangunan tinggalan kolonial yang dipulihara dan digunakan sebagai kantor (pejabat) urusan perkhidmatan awam. Contohnya House of Sampoerna, Gedung Grahadi dan Gedung Siola tu.
4. Ada banyak juga taman bunga yang cantik-cantik terletak di tengah bandar, pendek kata simpang sana ada taman, belok sini ada taman. Dan tadi aku ada mention pasal monumen kan? Haa boleh dikatakan setiap taman yang aku lawati, ada satu monumen didirikan. Maka puas hatilah berfoto sakan. Heheheh
5. Surabaya adalah kota kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta, dan merupakan pusat pentadbiran wilayah Jawa Timur. Maka sebab itulah kantor Gabenor Jawa Timur terletak di sini. Penduduk sini majoritinya orang Jawa dan ke mana-mana pergi kau boleh dengar orang cakap Jawa pekat. Heeeee
6. Kat sini baru aku tahu rupanya ada GrabCar versi motosikal, dikenali sebagai GrabBike. Konsepnya sama macam GrabCar cuma menggunakan motosikal instead of kereta. Kita bonceng macam kita naik motor dengan kawan kita, hah gitu. Lebih praktikal jika anda bergerak sorang-sorang dan tempat tak berapa jauh. Jimat dan tak la buang masa kalau jalan jem.
7. Hotel yang aku pilih terletak di kawasan yang agak sempit dan sibuk, tapi yang bagusnya kiri kanan dia macam-macam kedai ada. Kedai jual nasi campur, kedai kopi, gerai nasi ayam penyet, malah kedai serbaneka macam Speedmart tu sebelah hotel ni ja. Mudah untuk beli barang keperluan.
8. Orang Surabaya yang aku temui nampak teruja bila aku cakap aku dari Malaysia, aku pelik juga heh nape, diorang jarang jumpa orang Malaysia ke? Tapi bila ada kawan aku sendiri yang berkata “Wow ko pegi Surabaya? Jarang-jarang dengar ni..selalu orang Malaysia suka pegi Bandung, Bali, Medan, Jakarta…dan lately Jogjakarta”, betullah kot. Hahaha. Aku kan gila sejarah. Kalau disuruh pilih antara muzium dengan shopping mall, of course aku pilih muzium. Jangan mare!
9. Memandangkan Surabaya ni besar maka tempoh 4 hari memang tak cukup la nak round semua tempat. Ada rezeki InsyaAllah tahun depan aku nak repeat lagi…sebab nak menikmati pemandangan Jambatan Suramadu! Nanti nak kena stay kat area yang dekat dengan pelabuhan…supaya boleh tengok laut puas-puas. Hahaaa
Tu antara yang aku dapat coretkan kat fb ni…kalau ada apa2 nak tanya, bolehlah komen kat bawah. Ada masa nanti aku reply. Heheh

Berikut ialah perbelanjaan penuh aku di percutian ini:



keseluruhan


Day 1


Day 2


Day 3


Day 4



#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...