Sunday, March 26, 2017

Al kisah majlis kahwin

Kat Malaysia ni isu2 yg berkaitan dengan perkahwinan memang cepat jadi panas. Sebelum ni gaduh pasal hantaran, pasal bayaran dan hasil kerja photographer, pasal kos wedding planner, pasal hukum-hakam bersanding, pasal syarat2 nak kahwin dua tiga empat, lepas dah bercerai pulak gaduh pasal proses cerai, tuntut nafkah itu ini, hak custody anak dan macam2 lagi. Kalau pihak yg terbabit tu adalah seseorang yg dikenali ramai atau berkedudukan dalam masyarakat, lagi lah cepat darjah kepanasan tu naik. Eeewwww.

Sekarang ni trend terbaru, gaduh pasal bridesmaid pulak. Sepanjang aku hidup dan hobi suka menghadiri majlis perkahwinan di sana sini, tak pernah pulak aku ‘ter’ attend majlis yg ada bridesmaid ni. So aku pun tak berapa nak ambik pot lah. Tapi, aku pernah diminta jadi usherer di majlis kahwin anak bekas boss aku, dan pernah jadi pengapit di majlis salah seorang close friend aku. Ni aku lakukan dengan senang hati la (tergantung pada terma dan syarat) sebab aku hanya perlu datang pada hari ‘kejadian’, so tak perlu laa aku nak bermalam kat rumah pengantin.

Tak kuasa eyhh nak tido baring dengan family pengantin walhal kita ni orang luar (walau macam mana rapat sekalipun kau dengan pengantin). Eh, wedding sepupu aku sendiri pun aku tak pernah buat macam ni derr. Aku lone ranger. Aku tau aku datang nak makan je. Memang sounds selfish tapi sebelom orang ambil kesempatan (disebabkan kita baik dengan dia), baik aku selamatkan diri aku dulu. Tak payah nak sentap sana-sini macam budak kecik merajuk tak dapat gula-gula.

Pikir2 balik untung juga jadi orang single ni, tak payah pening2 pasal benda macam ni. Hahhaaa 👅

Monday, March 20, 2017

Cantik punya cerita

Cantik
Ingin rasa hati berbisik
Untuk melepas keresahan

Dirimu
Oh oh cantik
Bukan kuingin mengganggumu
Tapi apa arti merindu
Selalu...
Bagi sesiapa yang membesar di era 90-an, tentu biasa dengar lagu ni kan. Lagu berjudul Cantik yang dipopularkan oleh kumpulan jazz Indonesia, Kahitna. (BBNU yang stok layan produk Youtube sila diam ye). Aku mukadimahkan lirik lagu ni untuk relate dengan bebelan aku seterusnya.
Selalu kita dengar masyarakat bercakap tentang orang yang cantik/handsome apabila ada sesuatu yang tak best berlaku dalam kehidupan orang tu. Contohnya:
Bila perempuan cantik jadi janda: 
“Eee kesiannya….cantik-cantik pun 2 kali jadi janda”
Bila perempuan cantik dah berkahwin lama tapi tak dikurniakan anak: 
“Eee sayang betul…cantik tapi mandul”
Bila tengok perempuan cantik masih single: 
“Eee apalah yang tak kena…cantik tapi tak laku2”
Aku heran sebenarnya. Nak mengata tu, mengata ajelah tapi kenapa mesti nak petik pasal muka cantik tu? Apa kaitannya muka cantik dengan takdir kehidupan dia? Seolah-olah kau nak cakap yang kecantikan ni membawa kesialan. Eh boleh gitu? Sapa ajar?
Bila masuk bab OKU, bukan main defend lagi. “Dia tak mintak dilahirkan cacat lah”. Siap ada lagu gak tu, lagu kumpulan Revolvers yang berjudul Namun Ku Punya Hati. “Tidak ku minta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini” gitewww
Hah, tahu pula kau yang orang cacat tak minta dilahirkan cacat. Habis kau ingat orang yang cantik/handsome tu ada minta ke dilahirkan dengan paras wajah yang menarik? Salah dia ke kalau dia dikurniakan paras yang cantik/handsome?
Lepas tu ada pulak quote post kat laman sosial yang berbunyi “Jangan bangga sangat dengan muka yang cantik, nanti kat batu nisan takde pun tulis "arwah dulu cantik orangnya" -- What is the problem with you people with this mentality? Arwah tu cantik ke tidak, yang Tuhan nilai ialah amal ibadat dia, lu sakit tang mana?
Aku ada ramai kawan-kawan yang cantik. Tapi takde pulak diorang membanggakan kecantikan diorang. Ada kawan forum aku yang stylo macam bintang K-pop, bukan seorang dua forumer lelaki yang nak try dia, harammmm dia nak layan. Aku ada officemate yang anggun sampai tahap aku yang perempuan ni pun tak jemu pandang muka dia, takde pulak dia mempergunakan keayuan dia untuk mendapat kelebihan dari bos. Aku ada sepupu yang cantik dan masih single juga, takde pulak dia jadi playgirl kikis duit lelaki sana-sini.
Dan paling penting, ramai je kawan-kawan aku yang hidup bahagia dengan suami yang handsome, penyayang dan tak kedekut bukan jenis yang tak habis-habis berangan nak kahwin dua tiga padahalllll belanja dapur pun bini yang satu tu selalu topap. Hehehe
Nak jadi cantik bukan susah pun. Jadi baik dulu. Kecantikan tu akan terpancar pada raut wajah kau bila kau baik. Tak percaya? Try lah😉

Thursday, March 16, 2017

Sofia Yang Pertama


credit photo: Disney Wikia

Tak habis lagi cerita pasal Disney yang kononnya anak-anak "berhak" menonton sampai nak kena tapis itu ini. Personally pada aku, cerita Disney yang sebenarnya patut kasi bebudak tengok ialah siri ni. SOFIA THE FIRST. Yang dah bersiaran kat channel Disney Junior sejak tahun 2012 dan dah memasuki musim ketiga. Apa nak pening-pening? Ini dah sah-sah cerita princess kanak-kanak. Inilah yang patut kasi bebudak tengok. Kenapa? Ha ni pendapat peribadi aku.

1.Storyline setiap episod lebih kepada kehidupan seharian bebudak, cuma bezanya watak-watak dalam ST1 ni terdiri daripada anak-anak raja. Setiap hari mereka belajar, bermain, berkawan, menjalani adventure, mempelajari tugas-tugas diraja dan sebagainya. Tak ada adegan cintan cintun. Kan sesuai untuk bebudak tu? Mak bapak pun tak payah risau.

2.Pertalian erat dan kasih sayang keluarga ditampilkan dengan jelas dan boleh mendidik anak-anak agar mengutamakan keluarga sebelum nak buat apa-apa. Bonus, ST1 menampilkan corak keluarga yang berlainan sedikit di mana keluarga dalam siri ini terdiri daripada ahli keluarga tiri iaitu apabila ibu Sofia berkahwin dengan Raja yang merupakan bapa tunggal kepada sepasang saudara kembar dan menjadi sebuah keluarga baru yang bahagia. Di sini, stereotype bahawa keluarga tiri selalunya jahat dihapuskan sama sekali. Dalam masyarakat kita pun dah banyak extended family ni (kesan daripada peningkatan kadar perceraian), jadi bolehlah ambil contoh yang baik daripada siri ni.

3.Sofia adalah watak yang sentiasa positif, pintar, aktif, penyayang pada binatang dan sentiasa bersopan-santun walau dengan sesiapa pun. Tak ke nilai ini yang kita harapkan ada pada anak-anak kita? Sejuk mata memandang.

4.Kanak-kanak perempuan dalam siri ni ditampilkan berpakaian sopan. Ha, kecik-kecik la nak ajar pakai baju elok-elok, ye tak? Dan diharapkan bila dah besar nanti tak adalah sibuk nak dedah-dedah sana-sini.

5.Pasal magic. Ye, Sofia memang ada kalung ajaib, tapi kalau dia berharap 100% pada kalung dia, tak menjadi jugak. Dia tetap perlu menggunakan kekuatan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang agak rumit, Lagi banyak dia menggunakan fikiran, lagi bertambah pintar dia. Itulah yang kita patut terapkan pada bebudak, bukannya hulurrrr je segala-galanya sampai bebudak jadi tak reti berdikari.

Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Cuma, bila terlalu sibukkan satu perkara, kita seakan 'terlupa' nak melihat pilihan lain yang ada. Err, biasa la tu kan?

Chow dulu, nak tengok episod ke-27 musim ke-3 ni. kbai


Tuesday, March 14, 2017

Antara saman, didikan dan kesedaran

Tiap kali berlaku kemalangan maut kat Malaysia ni memang seluruh negara akan bising-bising. Mulalah ada yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa. Hek eleh. Bila polis trafik/JPJ nak buat penguatkuasaan pun kau orang bising jugak. mulalah timbul tuduhan/sindiran berbunyi:

"ni la kerajaan sekarang, asyik nak tekan rakyat"
"hai kerajaan dah takde duit...baik kau orang hati-hati kalau tak nak kena saman"
"ingat kitaorang ni banyak duit ke nak bayar saman?"
"bagi duit BR1M, pastu buat road block...nak amik balik lah tu"
"saman bukan penyelesaian, kerajaan patut mendidik"

Eh, dah kenapa? Kalau dah tahu diri tu tak mampu nak bayar saman, JANGAN LANGGAR PERATURAN. simple as that. Yang bawak melampau laju kat tempat yang tak sepatutnya, yang mencilok tak bagi signal, yang main telefon sambil memandu, yang suka langgar lampu isyarat merah dan macam-macam lagi perangai tak bertamadun bila dah pegang stereng. Kau dah kenapa?

Nak suruh kerajaan didik? Eh hello, kau tak pernah tengok TV ke, baca suratkhabar ke. Sejak berpuluh tahun lalu kerajaan Malaysia dah buat bermacam-macam cara untuk bagi kesedaran tentang keselamatan jalan raya. Iklan kat TV (pernah tengok iklan drink and drive yang ada dialog "Jeff..Jeff...I killed my brother") sekitar tahun 90-an dulu? Iklan kat radio, suratkhabar dan lain-lain media, talk di sekolah-sekolah mahupun IPT, di pejabat kerajaan sendiri, kau orang nak dididik macam mana lagi? Umur 16-17 tahun bila dah layak mengambil lesen memandu dianggap dah berakal dan tahu bezakan mana betul mana salah. Celah mana lagi nak didik?

Aku sendiri bukan tak pernah kena saman. Tapi, saman parking ajelah ye. Tu pun masa peringkat awal memandu kereta sendiri. Nak buat macam mana, salah sendiri sebab tak alert kawasan yang tak dibenarkan parking, terpaksalah bayar aje. Tapi lepas tu aku beringat lah jangan ulang lagi kesalahan yang sama. Sebab aku tahu betapa susahnya mencari duit dan amat sayang sekali jika duit itu melayang dengan sia-sia.

Eloknya buat je tegas macam kat Singapore tu. Orang akan patuh peraturan bila takut duit melayang bayar saman. (Kalau bab rakyat Singapore buat kurang ajar bila memandu di Malaysia tu cerita lain). Tapi sekurang-kurangnya diaorang akur dengan undang-undang negara diaorang. Kita? Siap boleh buat lawak lagi mempersendakan pihak penguatkuasa.

Susah sangat ke nak jadi pemandu berhemah? Kalau berlaku kemalangan dan kau sendiri yang 'padam', tak apalah. Tapi macam mana kalau orang lain yang tak bersalah jadi mangsa perangai biadab kau? Siapa nak jawab?

Ubahlah perangai. Dah 60 tahun kot merdeka...

#themovie: Kong - Skull Island


(sinopsis + review)
Filem ni mengambil latar belakang pada tahun 1973, Kapten James Conrad yang merupakan bekas anggota British Special Air Service diupah oleh ejen kerajaan Bill Randa untuk memandu satu ekspedisi untuk mencari sebuah pulau yang manusia tak pernah sampai lagi kat situ, yang dikenali sebagai Pulau Tengkorak (Skull Island). Diorang percaya giler adanya makhluk raksasa yang mendiami pulau tersebut. So Randa pun merekrut Sky Devils, satu pasukan helikopter yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Preston Packard dan orang kanannya, Major Jack Chapman dan Kapten Earl Cole untuk mengiringi mereka ke pulau itu memandangkan Perang Vietnam baru je tamat dan para askar adalah available. Kumpulan itu kemudian disertai oleh seorang jurugambar wanita bernama Mason Weaver.
Perjalanan ke Skull Island ni memerlukan diorang menempuh ribut taufan yang dahsyat dan seluruh gerombolan berjaya melepasinya lalu mula menjatuhkan bahan letupan untuk check sama ada tanah kat pulau tu kosong tiada penghuni, walaupun dibantah oleh Conrad. Namun masa diorang tengah sibuk mengebom tu tetiba helikopter diserang oleh beruk berkaki dua setinggi lebih 100 kaki dan akibatnya beberapa helikopter musnah berkecai, beberapa orang askar terbunuh. Geng-geng yang terselamat terpisah kepada dua kumpulan dan satu-satunya harapan mereka adalah sebuah pasukan penyelamat yang dijadualkan bertemu dengan mereka pada akhir utara pulau itu dalam masa tiga hari.
Kematian sejumlah anggota pasukannya menyebabkan Kol. Packard marah gila kat Randa lalu memaksanya berterus-terang, apakah sebenarnya tujuan misi ke Skull Island tu.
OK lah yang tu aku tinggalkan untuk korang saksikan sendiri. Dan review aku untuk movie ni:
1. CGI memang hebat dan sound memang best layan dalam panggung. Terutama untuk scene-scene pertarungan yang membuat penonton sesak nafas dan sama berdebar seolah-olah berada sama dalam cerita ni. Dan sang title character si Kong…wow! Besar gilaaaaaaaaaaaaaa
2. Dari segi jalan cerita dia, bagi aku agak biasa-biasa saja dan ada konflik yang aku rasa macam dah pernah tengok dalam cerita Warcraft, In The Heart of the Sea dan ada lagi cerita lain tapi aku dah lupa cerita apa. Especially time tengah genting berlaku pertentangan pendapat antara dua ketua dan membingungkan anak-anak buah diorang.
3. Filem ni sebenarnya tak payah ada pelakon perempuan pun. Tunggul aje minah berdua tu. Perempuan mana yang sanggup serah tengkuk nak ikut misi berbahaya camni? Bukannya ada boyfriend atau suami diorang turut serta pun dalam misi tu.
4. Jeng jeng jeng cerita ni ada plot twist tentang Kong. Ni korang kena tengok sendiri. Hehe!
Pengajaran dari cerita ni:
1. Cuba jangan gatal nak cari penyakit. Elok-elok duduk kat pejabat, balik rumah boleh jumpa anak isteri tak pasal-pasal je tersadai kat tengah hutan bersama makhluk raksasa.
2. Bila kau pergi ke tempat yang asing dan jumpa orang yang dah lama duduk kat situ, cuba jangan nak poyo-poyo tunjuk pandai. Dengarlah nasihat orang yang lebih arif tentang tempat tersebut. Jangan gelabah k?
3. Keinginan untuk membalas dendam tak membawa apa-apa faedah pun. Nak revenge untuk kawan kau yang dah mati? Dia takkan hidup balik walaupun kau bunuh sejuta musuh sebagai ganti.
4. Panggung penuh masa aku menonton kelmarin. Bila end credit start, aku nak blah dah tapi orang yang duduk sebelah aku tak bangun so aku staylah dulu, maybe orang ni tahu ada something special after end credit tu. Dan..yeah! Jika korang nak menonton filem ni, pastikan tunggu sampai end credit tu tamat okeh! Post-credit scene tidak harus ditinggalkan begitu saja.
Selamat menonton! ^_^

Beauty and the Beast

Finally filem ni dah diluluskan untuk tayangan walaupun belum dapat tarikh lagi. Yes! Aku tak peduli sama ada ini marketing strategy ke apa ke yang penting aku akan pergi menontonnya. Aku penggemar produk-produk Disney sejak kecik lagi kot! Mana boleh ketinggalan? 😆 


Orang nak cakap apa, kritik apapun tentang Disney dan produknya, cakaplah. Aku sikit pun tak peduli. Malah fairytales versi Disney adalah salah satu perkara@minat aku yang banyak memotivasi dan menginspirasikan hidup aku, menghiburkan aku waktu aku bersedih dan membantu aku move on dari kekecewaan. Ambik yang positif aje dahlah, yang nak kaji sampai kaitkan dengan segala tuk nenek teori itu ini tu apahal?

Moana dajjal la, BATB ada gay la...cerita Melayu yang tak habis-habis dengan bohsia, gangster, rempit, dukun ilmu hitam, perampas laki/bini/tunang/kekasih orang segala bagai tu apa hal pulak?

Marah ni...marah....😠

Port baru untuk membebel

Sejak akhir-akhir ni aku rajin membebel kat fb. So, timbul idea untuk buka blog. Supaya dapat membebel dengan lebih aman di sini tentang topik-topik yang mungkin tak semua umat dalam friendlist boleh terima.

So, welcome to #KelabOrangBujang😆

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...