Monday, April 9, 2018

Abang dan Kakak 'Free'

Apapun yang berlaku dalam hidup kita ni, cantik je Tuhan dah atur. Cuma kadang2 kita tak perasan@lambat sedar. Heheh
Aku masa kecik2 dan awal remaja dulu, selalu jeles kat kawan2 yang ada kakak atau abang, atau kedua-duanya sekali. Walaupun diorang selalu bergaduh ke apa tapi bila ada kerja sekolah tak paham ke, boleh tanya kat abang atau kakak sebab diorang dah pernah belajar benda tu. Aku nak tanya sapa? Zaman abah dan mak sekolah dulu sukatan pelajaran berbeza dari zaman aku, istilah2 baru yang diperkenalkan pun zaman diorang takde lagi. Jawabnya tanya cikgu atau classmates je lah. Sebab aku sangat segan nak approach senior. Haha
Bila dah dewasa, dah bekerja dan mula mengenal sepak terajang hidup...tanpa aku sedar Tuhan 'bagi' aku begitu ramai kawan2 yg berpangkat kakak atau abang, yg dulunya aku teringin sangat. Malah kadang2 Dia bagi tu siap berpakej lagi.
Contohnya macam ni:
Aku berkenalan dgn akak ni kat internet, akak ni dah bersuami, so bila kitorang berjumpa atau aku dijemput ke rumah, suami dia pun terus jadi abang aku🤣 kalau diorang ada anak, aku dapat anak saudara free je hahaha
Begitu juga bila berkenalan dgn abang yang dah beristeri, bila dikenalkan dengan isterinya, aku dapat lagi kakak+anak saudara free (jika ada). Tak ke pakej tu? Combo lagi haha. Merasa la aku jadi adik, sebagai anak sulung kau tak tahu betapa seronoknya bila ada orang lebih tua yang memanggil kita 'adik' dan menganggap/melayan kita ni macam adik dia sendiri.
Yang lagi seronok bila abang atau kakak tu dari golongan selebriti🤣 free2 ja aku dapat menyelit kat event diorang. Sambil2 tu menambah pengetahuan pasal showbisnes ni. Macam mana cara booking studio, cara nak confirmkan show, cara nak deal dengan penganjur, bila selalunya praktis, berapa kadar nak bayar pemuzik, kadar sewa studio...dan macam2 lagilah. Maklumlah aku bukan berasal dari keluarga yang ada kaitan dengan bidang ni so agak teruja lah juga bila melihat dunia hiburan dari satu sudut lain yang kau mungkin tak nampak kalau kau cuma sibuk baca majalah gossip atau hanya reti berteriak macam kena rasuk bila artis kesayangan kau perform. Tanpa kau tahu susah payah yang diorang redah untuk sampai ke tahap itu.
Kalau dah namanya hidup, kerja apapun ada cabaran tersendiri. Cuma tergantung pada cara kita menguruskannya. Itu saja 😊

Thursday, April 5, 2018

Alkisah souvenir

Keriangan di wajah opismates apabila menerima souvenir sekembalinya anda dari percutian, jika anda mempunyai opismates yang diibaratkan seperti 'keluarga kedua' anda, sebenarnya adalah sejenis kegembiraan yang amat bermakna :)


Pelbagai reaksi seperti:
"Eh....pegi mana hari tu?"
"Wewewe..bestnya 'hasil tangkapan' kau Juuu" 
"Alhamdulillah terima kasih banyak Ju...semoga awak murah rezeki selalu" 
"Woi jom la selfie dengan beg ni woi" 
"Juuu semoga murah rezeki boleh travel lagi boleh beli hadiah lagi" 
"Ju lepas ni kau nak gi mane plak...Aku nak ikut la weh"

Haha comel kan opismates aku? Pelbagai reaksi di wajah mereka apabila aku menghulurkan souvenir sebenarnya buat aku terdetik dalam hati, betapa rezeki tu Allah bagi dalam pelbagai bentuk. Orang yang lebih tua atau bergaji lebih tinggi daripada kita, tak semestinya diorang ada segala-galanya. Dan kita yang bergaji lebih rendah ni pulak bukannya Allah tak kasi apa-apa langsung. Kadang-kadang kita je yang terlupa nak bersyukur.
Aku ringkaskan contohnya macam ni lah ye. Katalah kau pegawai wanita gred 44, dah berkahwin dan ada 3 orang anak. Kau bercuti pun balik kampung atau bawa anak-anak jalan-jalan. Ataupun kau keluar negara atas urusan kerja (out-station). Jadi perjalanan kau tidak sama dengan aku yang berbackpacker travel penuh adventure, turun naik public transport, pergi ke tempat yang jarang orang bawa kanak-kanak. Jadi bila aku pergi adventure macam ni dan balik dengan buah tangan bagi kat kau, kau gembira sebab kau tak berkesempatan lagi nak berkunjung ke tempat tu.
Mungkin rezeki aku la dapat tempat kerja+opismates yang baik. Kalau 'opismates dari neraka' mungkin lain pulak ceritanya. Syukur Alhamdulillah lah :)

Saturday, March 31, 2018

#themovie: Murder on the Orient Express

Genre: Mystery drama
Ini merupakan remake kepada filem asalnya yang diterbitkan pada tahun 1974, adaptasi daripada novel karya Agatha Christie (1934). Jujur aku cakap aku download filem ni semata-mata sebab Johnny Depp je. Kalau bukan kerana ada actor kegemaran aku mungkin aku tak tengok pun cerita ni. Hahaa


Sinopsis:
Hercule Poirot (lakonan Kenneth Branagh) merupakan seorang detektif terkenal dari Belgium yang merancang nak bersara dari kerja-kerja penyiasatan. Baru plan nak berholiday di Istanbul, dia terpaksa kembali ke London kerana tuntutan satu kes. Dia ditawarkan perjalanan percuma naik tren bernama Orient Express oleh kawannya Bouc (Tom Bateman) yang juga pengarah keretapi tu.
Ahli perniagaan, Edward Ratchett (Johnny Depp) cuba meminta pertolongan Poirot untuk jadi bodyguard dia sepanjang 3 hari perjalanan tu kerana dia menerima surat ugutan dari penghantar yang tidak diketahui, tapi Poirot menolak kerana malas nak buat kerja menyiasat dah. 
Dan pada esok paginya Ratchett ditemui mati dengan banyak kesan tikaman. Sambil keretapi terkandas dalam salji, sesi interrogation setiap penumpang pun bermula. Ada 10 orang penumpang lain dalam tren tu, bermakna ada 10 orang suspeklah. Mereka adalah:
1.      Pilar Estravados (Penélope Cruz)
2.      Princess Dragomiroff (Judi Dench)
3.      Hector MacQueen (Josh Gad)
4.      Edward Henry Masterman (Derek Jacobi)
5.      Dr. Arbuthnot (Leslie Odom Jr.)
6.      Caroline Hubbard (Michelle Pfeiffer)
7.      Mary Hermione Debenham (Daisy Ridley)
8.      Hildegarde Schmidt (Olivia Colman)
9.      Pierre Michel (Marwan Kenzari)
10.  Count Rudolph Andrenyi (Sergei Polunin)

Review:
  1. Background filem ni cantik yang amat. Terasa suasana era 1930an tu dihidupkan semula dengan rekaan set dalam koc tren serta fesyen baju dan rambut semua watak. Tambah lagi dengan loghat British diorang tu. Memang terasa kembali ke zaman lampau sangat hehe
  2. Sepertimana bila aku menonton siri Detective Conan, suspens juga meneka-neka siapa agaknya pembunuh sebenar. Bila disiasat semua suspek ni ada kaitan dengan Ratchett, lagi lah rancak otak aku meneka. Dan memang endingnya aku tak sangka sebab aku memang tak pernah baca novelnya mahupun menonton filem tahun 1974 tu.
  3. Kepintaran detektif macam ni memang mengagumkan kan? Masa interrogate suspek-suspek tu, bukannya dia meneliti jawapan yang diberikan semata-mata, tapi gerak-geri mereka, pandangan mata, pendek kata sekecik-kecik hal pun diperhatikan sampai jumpa bukti yang kukuh.
  4. Yang kurang sikit ialah biasalah bila ada ramai suspek tu ada la nampak pembahagian ruang perkembangan watak yang agak kurang seimbang. Maklumlah filem durasi 2 jam je mungkin tak sempat nak explore semua hehe.
Apapun, terima kasih la untuk pembikin filem ni sebab sudi menghasilkan versi baru untuk penonton generasi sekarang. Kalau tidak kami pun tak tahu kewujudan cerita ni😃



#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...