Monday, April 16, 2018

#themovie: The Lullaby

Genre: Horror/thriller
Tajuk asal filem ni ialah Siembamba tapi entah kenapa ditukar, mungkin sebab nak senang market kot. Filem ni dihasilkan di South Africa dan menggunakan 4 orang pelakon sahaja (serta seorang bayi). Bagi sebuah filem indie bajet rendah, aku boleh katakan filem ni bestttt.



 

Sinopsis:
Filem ni dimulakan dengan babak ngeri di mana tahanan wanita di satu tempat bernama Eden Rock pada awal kurun ke-20, menjadi mangsa perkosaan tentera Inggeris. Jika hamil, bayi yang dilahirkan hasil perkosaan tu akan dibunuh kerana kalau tidak ia akan menjadi sumpahan kononnya.
Cerita beralih ke zaman moden. Seorang remaja perempuan, Chloe (lakonan Reine Swart) selamat melahirkan bayi anak luar nikah. Ibunya, Ruby (Thandi Puren) membawanya pindah dan memulakan hidup baru. Namun Chloe yang masih mengalami ‘jiwa kacau’ tampak kurang berminat nak menikmati dunia barunya sebagai ibu. Dia lebih menghabiskan masa dengan termenung dan berasa tension apabila bayinya menangis. Tak lama kemudian, Chloe mula berhalusinasi dan seolah-olah melihat kelibat satu entiti yang mengekorinya. Semakin lama vision yang Chloe lihat menjadi semakin menakutkan apabila entiti itu seperti membisikkan agar Chloe membunuh bayinya. Kerana bimbangkan kestabilan mental Chloe, Ruby meminta bantuan pakar psikiatri bernama Dr. Reed (Brandon Auret).
Review:
Filem ni cukup mengesankan bagi aku, walaupun tak pakai ramai pelakon tapi aura seram tu terasa. Lakonan Reine Swart sangat berhasil, kita menonton boleh rasa dia punya paranoid tu yang mana setiap masa diburu rasa bimbang apa2 berlaku pada baby dia.
Alur cerita maju-mundur juga digerakkan dalam pace yang tepat, dia macam, bila persoalan tu timbul, tak lama pastu ada flashback yang menjawab persoalan tu. Kiranya tak dibiarkan tergantung lama2 la.
Cuma punca kenapa bapak Chloe membunuh diri je kurang jelas….pasal hutang ke, pasal perempuan ke apa ke, at least bagilah hint kan. Ehehe

Friday, April 13, 2018

#themovie: Dukun

Genre: Crime thriller
Satu Malaysia dah heboh pasal filem ni, so takde apa yang perlu diperkenalkan lagilah. Filem yang diilhamkan dari kes Mona Fandey ni akhirnya berjaya ditayangkan setelah 12 tahun terperap 😂


Sinopsis:
Diana Dahlan (Datin Paduka Umie Aida), seorang dukun wanita dibicarakan atas tuduhan membunuh seorang lelaki berpengaruh yang datang untuk mendapatkan khidmatnya. Pada masa yang sama, seorang peguam bernama Karim (Faizal Hussin) sedang mencari anak perempuannya yang lari dari rumah, Nadia (Elyana). Apabila Karim cuba nak mintak bantuan polis, polis pulak mintak dia ambik kes Diana kerana takde lawyer yang sanggup menjadi peguambela Diana.
Disebabkan takde pilihan, Karim terpaksa la ambik kes tu. Namun semakin lama perbicaraan berlangsung, semakin Karim terasa yang Diana ada kaitan dengan kehilangan Nadia. But how? Ni memang lari dari jangkaan aku.

Review:
  1. Lakonan semua terbaik. Aku paling suka scene Diana ‘menurun’ dalam lokap sampai banduanita2 lain terjerit-jerit ketakutan tu
  2. Lagu seram yang dinyanyikan oleh Diana dan juga Nadia memang agak meremang. Timbul mood seram tu. Pandainya laa diorang menjiwai seluruh watak dan lagu ni sekaligus
  3. Bagus jugak bila ditunjukkan banyak scene perbicaraan dalam mahkamah, biar masyarakat kat luar sana ‘belajar’ cara-cara menghormati mahkamah. Cuma bila isu ilmu hitam pun diutarakan, tu rasa macam krik krik sikit la. Hehehe
  4. Alur cerita seimbang antara flashback dan present. Aku paling tak suka filem yang dok citer masa sekarang sampai nak hujung2 baru sebok nak ‘sumbatkan’ flashback dari awal cerita. Jenuh la nak paham! Buat la gerakan maju-mundur-maju-mundur, sikit demi sikit, baru la senang nak hadam. Hehehe

Aku tak reti nak bagi bintang, tapi aku suka la filem ni. Kbai 

Monday, April 9, 2018

Abang dan Kakak 'Free'

Apapun yang berlaku dalam hidup kita ni, cantik je Tuhan dah atur. Cuma kadang2 kita tak perasan@lambat sedar. Heheh
Aku masa kecik2 dan awal remaja dulu, selalu jeles kat kawan2 yang ada kakak atau abang, atau kedua-duanya sekali. Walaupun diorang selalu bergaduh ke apa tapi bila ada kerja sekolah tak paham ke, boleh tanya kat abang atau kakak sebab diorang dah pernah belajar benda tu. Aku nak tanya sapa? Zaman abah dan mak sekolah dulu sukatan pelajaran berbeza dari zaman aku, istilah2 baru yang diperkenalkan pun zaman diorang takde lagi. Jawabnya tanya cikgu atau classmates je lah. Sebab aku sangat segan nak approach senior. Haha
Bila dah dewasa, dah bekerja dan mula mengenal sepak terajang hidup...tanpa aku sedar Tuhan 'bagi' aku begitu ramai kawan2 yg berpangkat kakak atau abang, yg dulunya aku teringin sangat. Malah kadang2 Dia bagi tu siap berpakej lagi.
Contohnya macam ni:
Aku berkenalan dgn akak ni kat internet, akak ni dah bersuami, so bila kitorang berjumpa atau aku dijemput ke rumah, suami dia pun terus jadi abang aku🤣 kalau diorang ada anak, aku dapat anak saudara free je hahaha
Begitu juga bila berkenalan dgn abang yang dah beristeri, bila dikenalkan dengan isterinya, aku dapat lagi kakak+anak saudara free (jika ada). Tak ke pakej tu? Combo lagi haha. Merasa la aku jadi adik, sebagai anak sulung kau tak tahu betapa seronoknya bila ada orang lebih tua yang memanggil kita 'adik' dan menganggap/melayan kita ni macam adik dia sendiri.
Yang lagi seronok bila abang atau kakak tu dari golongan selebriti🤣 free2 ja aku dapat menyelit kat event diorang. Sambil2 tu menambah pengetahuan pasal showbisnes ni. Macam mana cara booking studio, cara nak confirmkan show, cara nak deal dengan penganjur, bila selalunya praktis, berapa kadar nak bayar pemuzik, kadar sewa studio...dan macam2 lagilah. Maklumlah aku bukan berasal dari keluarga yang ada kaitan dengan bidang ni so agak teruja lah juga bila melihat dunia hiburan dari satu sudut lain yang kau mungkin tak nampak kalau kau cuma sibuk baca majalah gossip atau hanya reti berteriak macam kena rasuk bila artis kesayangan kau perform. Tanpa kau tahu susah payah yang diorang redah untuk sampai ke tahap itu.
Kalau dah namanya hidup, kerja apapun ada cabaran tersendiri. Cuma tergantung pada cara kita menguruskannya. Itu saja 😊

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...