Genre: Animated, fantasy, action
Sinopsis:
Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia
hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 beradik iaitu Pengu, Jagan, Amba, Pranee dan Sisudatu
@ Sisu. Terletak di sekitar benua Asia Tenggara, Kumandra diserang wabak
yg digelar Druun, membuat manusia menjadi batu. Pengu, Jagan, Amba dan Pranee menyatukan kuasa magic
masing2 dalam sebuah bebola sebelum mengorbankan diri mereka sendiri kepada
Druun. Dengan bebola itu, adik bongsu mereka Sisu berjaya memusnahkan Druun dan
memulihkan semula semua manusia yg telah menjadi batu. Selepas itu Sisu
menghilang dan meninggalkan bebola naga itu dalam jagaan pemimpin Kumandra, iaitu
manusia yg telah dipulihkan semula tu.
Perebutan kuasa untuk mendapatkan bebola itu
telah memecah-belahkan masyarakat Kumandra menjadi 5 suku, dinamakan berdasarkan
penempatan mereka di sepanjang sungai raksasa yang menyerupai bahagian badan
seekor naga iaitu Fang, Heart, Spine, Talon dan Tail.
500 tahun berlalu. Ketua suku Heart, Chief
Benja melatih puterinya yang bernama Raya untuk menjadi penjaga bebola tu dan
percaya bahawa kelima-lima suku akan kembali bersatu sebagai Kumandra. Namun
dalam satu kejadian berebut, bebola naga tu telah pecah kepada 5 serpihan
dengan setiap puak berjaya grab satu bahagian.
Dengan berkecainya bebola tu, Druun pun muncul
dan menyerang semua manusia yg ada dan ramai laa yg telah bertukar menjadi batu
termasuklah Chief Benja sendiri. Tinggallah Raya sendirian dan selama sehingga
6 tahun kemudiannya dia berusaha menjejaki Sisu untuk
membantunya menemukan semula kesemua pecahan bebola naga yang hilang tu.
Review:
Dua mesej utama yg didukung oleh filem ini
ialah Trust (percaya) dan Reunited (menyatukan semula). Bagi Chief Benja, untuk
menyatukan semula kelima-lima wilayah yg terpisah untuk kembali menjadi
Kumandra, harus ada rasa percaya dan buang segala prasangka. Kepercayaan yg
hancur kerana pengkhianatan bukan mudah nak dapat balik. Tapi, satu pihak perlu
mengambil langkah pertama untuk memulihkannya. Baru la dapat mencapai hasrat
penyatuan semula tu.
Ada 5 daerah masing2 dan setiap daerah
diwakili satu puak. OK kita tahu background cerita ni ialah benua Asia
Tenggara, dan kita tahu di Asia Tenggara ni ada 11 buah negara. Jadi penulis
tidak menggambarkan Kumandra ni sebagai one particular country tetapi dia ambil
sana sikit, sini sikit, dan gabungkan semua ciri2 tu untuk membentuk satu
fictional land.
1.
Fang – Daerah paling moden, maju dari
segi ketenteraan dan sentiasa bersiap-siaga untuk sebarang kemungkinan. Rakyat dia
dilatih dengan ilmu military sejak kanak2 lagi. Mereka juga menunggang kucing
gergasi macam menunggang kuda, wow! Pemimpin Fang ialah Chieftess Virana dan
puterinya, Namaari. Fang juga merupakan satu dari tiga daerah yg rakyatnya
tidak diserang oleh Druun kerana dikelilingi air terusan buatan mereka sendiri
(kelemahan Druun ialah air).
2.
Heart – Daerah paling kaya dengan
segala sumber alam dan sentiasa dicemburui oleh 4 daerah lain. Apatah lagi di
Heart ni bebola magic Sisu tersimpan, so 4 daerah lain tu menyangka bebola
magic tu la yg membuatkan Heart ada segala-galanya. Pemandangan di Heart kaya
dengan hutan hujan tropika yg subur menghijau dan masyarakat yg damai. Orang2
kat Heart ni nampaknya jenis yg buat kerja2 yg direct dengan alam semulajadi. Ayah
Raya, Chief Benja merupakan pemimpin Heart.
3.
Spine – Daerah yg paling sejuk dan
merupakan hutan buluh yg sentiasa dilitupi salji dan terletak di pergunungan.
Mereka berbadan besar, sentiasa memakai pakaian yg tebal dan menggunakan kapak
gergasi sebagai senjata. Rupa diorang ala2 orang belah2 Myanmar, Laos dan
Cambodia sana. Pemimpinnya adalah seorang lelaki yg nama tidak dinyatakan dalam
filem ni. Dalam Raya punya quest, hanya seorang sahaja manusia ditemui di Spine
iaitu Tong.
4.
Talon – Daerah yg merupakan perkampungan
atas air dan ada pasar terapung. Juga tidak diserang Druun kerana dikelilingi
air, cuma chief dia iaitu Dang Hai sorang je yg telah disumpah menjadi batu.
Rakyat dia yg lain selamat dan masih meneruskan kehidupan macam biasa. Di sini
Raya diperdayakan oleh con baby iaitu Noi and the three Ongis, yg kemudiannya
menyertai quest dia.
5.
Tail – Daerah yg paling hujung,
merupakan kawasan gurun kering. Pemimpinnya adalah seorang wanita (nama tidak
dinyatakan). Sepertimana Spine, Tail juga teruk diserang Druun dan manusia yg
tinggal hanya seorang iaitu Boun.
3.
Villain – Kita nak kata siapa villain dalam cerita ni? Druun ke Namaari? OK Druun memang satu ancaman tapi bukan berbentuk jasad, dia macam satu bentuk kepulan asap yg penuh sihir tak tau dari mana datang. Dan kita nampak Namaari sebagai orang jahat kerana mengkhianati Raya. Tapi jika anda benar2 menghayati jalan ceritanya, villain yg sebenar ialah perasaan tidak percaya antara kelima-lima tribe tu antara satu sama lain. Sebab tu la diorang berebutkan bebola magic naga tu, nak memilikinya kerana perasaan ingin melindungi tribe masing2 daripada ancaman Druun.
Dan satu
perkara yg jadi lambang identiti tersendiri Kumandra ialah hand gesture tu, aku
suka sangat sebab ia menonjolkan satu identiti sendiri yg special. Paras isyarat
tu menunjukkan jumlah rasa hormat yang diberikan. Maksudnya kat sini bila kau
angkat tangan dan buat handmove tu kat dahi, menunjukkan kau sangat2
menghormati pihak yg kau berikan handmove tu. Kalau rendah sikit, letak tangan
tu kat dada dan sebagainya. Macam tu la. Even Namaari yg pada awalnya
digambarkan sebagai villain tu pun, siap buat handmove tu semasa melalui
kawasan yg naga2 tu dah jadi batu. Tinggi kat atas kepala, menunjukkan betapa
dia memandang tinggi pada naga.
Cakap
tentang handmove, kalau perasan juga posisi manusia2 yg dah disumpah jadi batu
tu adalah dalam keadaan berdiri sambil tangan mereka dicantumkan, seolah2
memegang sesuatu dalam tapak tangan untuk dihulurkan kepada sesiapa yg berada
di depan mereka. Pada pendapat aku ini adalah simbolik kepada rasa percaya.
Aku
belajar perkataan baru dalam filem ni, iaitu binturi dan dep-la. Maksudnya
penipu, pencuri etc. an insult. Ala2 ‘you bitch’ kalau dalam bahasa Inggeris.
Filem ni
disiapkan dalam keadaan pandemic Covid 19 yg melanda dunia, so bila tengok
Druun tu rasa macam virus Corona plak. Begitu laju dan siapa yg kena susah nak
elak, terus jadi batu (macam kita la yg membeku dalam rumah)
1.
Nama Raya tu sendiri membawa erti
besar, meriah dan sesuatu yg dibanggakan – mencerminkan watak utama cerita ni.
Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya, pastu lagu kebangsaan Indonesia
bertajuk Indonesia Raya.
2.
Naga – naga dalam cerita ni based on
legenda Tasik Chini. So dia naga air, bukan yg hembus api macam yg selalu kita
dengar tu. Rupa bentuk naga ni pulak diilhamkan dari legenda Bakunawa
(Filipina), Hera (Thailand) dan Naga (Laos). Dia macam ular besar dan boleh
terbang, dicantikkan lagi dgn ‘rambut’ pastu ada tanduk macam unicorn. Setiap naga
utama tu ada kuasa magic tersendiri iaitu: Pengu (hydrokinesis and precipitation summoning);
Pranee (shapeshifting); Amba (glowing abilities), Jagan (fog generation) dan Sisu (strong swimmer). Dan
aku suka karakter Sisu ni sebab dia kelakar
3.
Seni wayang kulit ditampilkan dlm
narration pasal sejarah Kumandra di awal filem.
4.
Seni bela diri – ada 3 jenis
ditampilkan iaitu pencak silat (Malaysia/Indonesia), arnis (Filipina) dan muay
Thai (Thailand). Arnis tu kita boleh lihat pada awal filem iaitu semasa Raya
cuba masuk ke dalam kuil Heart (yg ayah dia cuba stopkan dia tu). Selepas
daripada tu Raya banyak menggunakan pencak silat. Manakala Namaari menggunakan Teknik
muay Thai.
5.
Kostum – pakaian Raya masa kecil dan pakaian
kuning tu inspired dari kostum pahlawan wanita Thailand yg dikenali sebagai
Tabengman. Cape merah tu inspired dari pakaian Myanmar yg dikenali sebagai
Bagan. Pengawal kat rumah penghulu Talon tu pulak nampak macam pakaian
hulubalang Melayu zaman dahulukala.
6.
Topi – yg Raya pakai, macam tudung
saji tu…haa tu nama dia Salakot, topi tradisional Filipina.
7.
Senjata – kalau perasan, pedang
panjang Raya dan ayah dia tu berbentuk macam keris yg turun-temurun di
Nusantara Melayu ni. Menarik kan? Orang2 Tail pula senjata diorang berbentuk
sabit atau celurit, asal dari kaum Madura di Indonesia.
8.
Muzik/alat muzik – lagu OST filem ini
yg bertajuk Trust Again, diiringi alat2 muzik tradisional Asia Tenggara seperti
bungkau (berasal dari Sabah, Malaysia), seruling, angklung (Jawa Barat,
Indonesia), dan gamelan (Bali, Indonesia). Alat muzik tradisional Thailand pun
ada tapi aku tak dapat cari namanya. Sesiapa yg tahu boleh tolong inform
9.
Ciri batik – iaitu batik Indonesia, ada
ditunjukkan di awal filem semasa pihak Heart tengah buat persiapan nak sambut
kedatangan wakil2 dari empat suku lain
10.
Istana dan lain-lain binaan – istana
Heart tu inspired dari rekabentuk Istana Negara di Malaysia ni, tapi hiasan
dalamannya banyak pengaruh Thailand. Manakala istana Fang diilhamkan dari candi
terkenal Cambodia, Angkor Wat dengan bumbung seperti Rumah Gadang (Minangkabau,
Indonesia).
11.
Pasar malam/kampung terapung di Talon –
haaaa yg ni best aku nak sebut, sebab aku sendiri pernah mengunjungi floating
market di Bandung (Indonesia), Ho Chi Minh (Vietnam) dan Bangkok (Thailand). Di
Laos dan Myanmar pun ada…so yes, Asia Tenggara dan pasar terapung berpisah
tiada! Manakala perkampungan atas air korang boleh jumpa di Borneo. Sabah,
Sarawak dan Brunei ada. Gituhh
12.
Bentuk muka bumi – anda tahu Asia
Tenggara kaya dengan hutan tropika, sungai dan sawah padi kan? Seperti yg kita
lihat di Heart dan Fang. Tapi jangan tak tahu, kawasan gurun pasir seperti di
Tail juga ada iaitu di daerah Mui Ne, Vietnam. Belum lagi kawasan pergunungan
yg sejuk seperti di Spine iaitu Kundasang, Sabah (Malaysia), Sapa dan Gunung
Fansipan (Vietnam) dan Gunung Rinjani, Lombok (Indonesia).
13.
Makanan – yg paling ketara aku nampak
Tomyam laa. Tom yam ni berasal dari Thailand dan Laos, dan sekarang ni setiap
negara di Asia Tenggara ada versi tom yam memasing. Pastu dia tunjuk nasi
selaku makanan ruji kat rantau ni (sila refer pada point no.11, aku ada mention
sawah padi). Ada nasi lemak, pastu ada sate, bubur, sambal, buah durian, buah
mata kucing juga kelihatan dalam filem ni. Aku sangat suka cara filem ini
memperlihatkan makanan sebagai ‘bahasa kasih sayang’ dan warm welcome. Benar,
di Asia Tenggara, kasih sayang ditunjukkan melalui makanan. Memasak dan
menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih dan ikhlas, buatkan makanan tu rasa
sedap je bila dinikmati walaupun menu yg simple kan? Kena sangat dengan tagline
Raya, Sisu dan Boun = ‘Who’s hungry?’
14.
Sidekick – Tuktuk sahabat Raya
diinspirasikan dari kenderaan tradisional Thailand yg juga bernama Tuktuk. Dia
digambarkan kecil pada mulanya tapi bila Raya dah besar, dia pulak jadi lebih
besar dari Raya. Aku rasa sebab penulis nak buat dia bertindak sebagai
‘kenderaan’ untuk Raya bergerak
Sebagai rakyat
salah satu negara yg terletak di Asia Tenggara, aku sangat gembira dengan
penghasilan filem ni. Thank you Disney!