Thursday, March 17, 2022

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)


Genre: Animated, fantasy, action

Sinopsis:

Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 beradik iaitu Pengu, Jagan, Amba, Pranee dan Sisudatu @ Sisu. Terletak di sekitar benua Asia Tenggara, Kumandra diserang wabak yg digelar Druun, membuat manusia menjadi batu. Pengu, Jagan, Amba dan Pranee menyatukan kuasa magic masing2 dalam sebuah bebola sebelum mengorbankan diri mereka sendiri kepada Druun. Dengan bebola itu, adik bongsu mereka Sisu berjaya memusnahkan Druun dan memulihkan semula semua manusia yg telah menjadi batu. Selepas itu Sisu menghilang dan meninggalkan bebola naga itu dalam jagaan pemimpin Kumandra, iaitu manusia yg telah dipulihkan semula tu.

Perebutan kuasa untuk mendapatkan bebola itu telah memecah-belahkan masyarakat Kumandra menjadi 5 suku, dinamakan berdasarkan penempatan mereka di sepanjang sungai raksasa yang menyerupai bahagian badan seekor naga iaitu Fang, Heart, Spine, Talon dan Tail.

500 tahun berlalu. Ketua suku Heart, Chief Benja melatih puterinya yang bernama Raya untuk menjadi penjaga bebola tu dan percaya bahawa kelima-lima suku akan kembali bersatu sebagai Kumandra. Namun dalam satu kejadian berebut, bebola naga tu telah pecah kepada 5 serpihan dengan setiap puak berjaya grab satu bahagian.

Dengan berkecainya bebola tu, Druun pun muncul dan menyerang semua manusia yg ada dan ramai laa yg telah bertukar menjadi batu termasuklah Chief Benja sendiri. Tinggallah Raya sendirian dan selama sehingga 6 tahun kemudiannya dia berusaha menjejaki Sisu untuk membantunya menemukan semula kesemua pecahan bebola naga yang hilang tu.

Review:

Dua mesej utama yg didukung oleh filem ini ialah Trust (percaya) dan Reunited (menyatukan semula). Bagi Chief Benja, untuk menyatukan semula kelima-lima wilayah yg terpisah untuk kembali menjadi Kumandra, harus ada rasa percaya dan buang segala prasangka. Kepercayaan yg hancur kerana pengkhianatan bukan mudah nak dapat balik. Tapi, satu pihak perlu mengambil langkah pertama untuk memulihkannya. Baru la dapat mencapai hasrat penyatuan semula tu.

Ada 5 daerah masing2 dan setiap daerah diwakili satu puak. OK kita tahu background cerita ni ialah benua Asia Tenggara, dan kita tahu di Asia Tenggara ni ada 11 buah negara. Jadi penulis tidak menggambarkan Kumandra ni sebagai one particular country tetapi dia ambil sana sikit, sini sikit, dan gabungkan semua ciri2 tu untuk membentuk satu fictional land. 

Dari atas: Talon, Tail, Fang dan Spine

1.       Fang – Daerah paling moden, maju dari segi ketenteraan dan sentiasa bersiap-siaga untuk sebarang kemungkinan. Rakyat dia dilatih dengan ilmu military sejak kanak2 lagi. Mereka juga menunggang kucing gergasi macam menunggang kuda, wow! Pemimpin Fang ialah Chieftess Virana dan puterinya, Namaari. Fang juga merupakan satu dari tiga daerah yg rakyatnya tidak diserang oleh Druun kerana dikelilingi air terusan buatan mereka sendiri (kelemahan Druun ialah air).

2.       Heart – Daerah paling kaya dengan segala sumber alam dan sentiasa dicemburui oleh 4 daerah lain. Apatah lagi di Heart ni bebola magic Sisu tersimpan, so 4 daerah lain tu menyangka bebola magic tu la yg membuatkan Heart ada segala-galanya. Pemandangan di Heart kaya dengan hutan hujan tropika yg subur menghijau dan masyarakat yg damai. Orang2 kat Heart ni nampaknya jenis yg buat kerja2 yg direct dengan alam semulajadi. Ayah Raya, Chief Benja merupakan pemimpin Heart.

3.       Spine – Daerah yg paling sejuk dan merupakan hutan buluh yg sentiasa dilitupi salji dan terletak di pergunungan. Mereka berbadan besar, sentiasa memakai pakaian yg tebal dan menggunakan kapak gergasi sebagai senjata. Rupa diorang ala2 orang belah2 Myanmar, Laos dan Cambodia sana. Pemimpinnya adalah seorang lelaki yg nama tidak dinyatakan dalam filem ni. Dalam Raya punya quest, hanya seorang sahaja manusia ditemui di Spine iaitu Tong.

4.       Talon – Daerah yg merupakan perkampungan atas air dan ada pasar terapung. Juga tidak diserang Druun kerana dikelilingi air, cuma chief dia iaitu Dang Hai sorang je yg telah disumpah menjadi batu. Rakyat dia yg lain selamat dan masih meneruskan kehidupan macam biasa. Di sini Raya diperdayakan oleh con baby iaitu Noi and the three Ongis, yg kemudiannya menyertai quest dia.

5.       Tail – Daerah yg paling hujung, merupakan kawasan gurun kering. Pemimpinnya adalah seorang wanita (nama tidak dinyatakan). Sepertimana Spine, Tail juga teruk diserang Druun dan manusia yg tinggal hanya seorang iaitu Boun.

3.  

     Villain – Kita nak kata siapa villain dalam cerita ni? Druun ke Namaari? OK Druun memang satu ancaman tapi bukan berbentuk jasad, dia macam satu bentuk kepulan asap yg penuh sihir tak tau dari mana datang. Dan kita nampak Namaari sebagai orang jahat kerana mengkhianati Raya. Tapi jika anda benar2 menghayati jalan ceritanya, villain yg sebenar ialah perasaan tidak percaya antara kelima-lima tribe tu antara satu sama lain. Sebab tu la diorang berebutkan bebola magic naga tu, nak memilikinya kerana perasaan ingin melindungi tribe masing2 daripada ancaman Druun.

 

Dan satu perkara yg jadi lambang identiti tersendiri Kumandra ialah hand gesture tu, aku suka sangat sebab ia menonjolkan satu identiti sendiri yg special. Paras isyarat tu menunjukkan jumlah rasa hormat yang diberikan. Maksudnya kat sini bila kau angkat tangan dan buat handmove tu kat dahi, menunjukkan kau sangat2 menghormati pihak yg kau berikan handmove tu. Kalau rendah sikit, letak tangan tu kat dada dan sebagainya. Macam tu la. Even Namaari yg pada awalnya digambarkan sebagai villain tu pun, siap buat handmove tu semasa melalui kawasan yg naga2 tu dah jadi batu. Tinggi kat atas kepala, menunjukkan betapa dia memandang tinggi pada naga.



 

Cakap tentang handmove, kalau perasan juga posisi manusia2 yg dah disumpah jadi batu tu adalah dalam keadaan berdiri sambil tangan mereka dicantumkan, seolah2 memegang sesuatu dalam tapak tangan untuk dihulurkan kepada sesiapa yg berada di depan mereka. Pada pendapat aku ini adalah simbolik kepada rasa percaya.

 

Aku belajar perkataan baru dalam filem ni, iaitu binturi dan dep-la. Maksudnya penipu, pencuri etc. an insult. Ala2 ‘you bitch’ kalau dalam bahasa Inggeris.

 

Filem ni disiapkan dalam keadaan pandemic Covid 19 yg melanda dunia, so bila tengok Druun tu rasa macam virus Corona plak. Begitu laju dan siapa yg kena susah nak elak, terus jadi batu (macam kita la yg membeku dalam rumah)



 Gabungan ciri2 budaya dan identiti negara2 Asia Tenggara diperlihatkan pada kelima-lima suku, antara yg aku dapat detect ialah:

1.       Nama Raya tu sendiri membawa erti besar, meriah dan sesuatu yg dibanggakan – mencerminkan watak utama cerita ni. Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya, pastu lagu kebangsaan Indonesia bertajuk Indonesia Raya.

2.       Naga – naga dalam cerita ni based on legenda Tasik Chini. So dia naga air, bukan yg hembus api macam yg selalu kita dengar tu. Rupa bentuk naga ni pulak diilhamkan dari legenda Bakunawa (Filipina), Hera (Thailand) dan Naga (Laos). Dia macam ular besar dan boleh terbang, dicantikkan lagi dgn ‘rambut’ pastu ada tanduk macam unicorn. Setiap naga utama tu ada kuasa magic tersendiri iaitu: Pengu (hydrokinesis and precipitation summoning); Pranee (shapeshifting); Amba (glowing abilities), Jagan (fog generation) dan Sisu (strong swimmer). Dan aku suka karakter Sisu ni sebab dia kelakar

3.       Seni wayang kulit ditampilkan dlm narration pasal sejarah Kumandra di awal filem.

4.       Seni bela diri – ada 3 jenis ditampilkan iaitu pencak silat (Malaysia/Indonesia), arnis (Filipina) dan muay Thai (Thailand). Arnis tu kita boleh lihat pada awal filem iaitu semasa Raya cuba masuk ke dalam kuil Heart (yg ayah dia cuba stopkan dia tu). Selepas daripada tu Raya banyak menggunakan pencak silat. Manakala Namaari menggunakan Teknik muay Thai.

5.       Kostum – pakaian Raya masa kecil dan pakaian kuning tu inspired dari kostum pahlawan wanita Thailand yg dikenali sebagai Tabengman. Cape merah tu inspired dari pakaian Myanmar yg dikenali sebagai Bagan. Pengawal kat rumah penghulu Talon tu pulak nampak macam pakaian hulubalang Melayu zaman dahulukala.

6.       Topi – yg Raya pakai, macam tudung saji tu…haa tu nama dia Salakot, topi tradisional Filipina.

7.       Senjata – kalau perasan, pedang panjang Raya dan ayah dia tu berbentuk macam keris yg turun-temurun di Nusantara Melayu ni. Menarik kan? Orang2 Tail pula senjata diorang berbentuk sabit atau celurit, asal dari kaum Madura di Indonesia.

8.       Muzik/alat muzik – lagu OST filem ini yg bertajuk Trust Again, diiringi alat2 muzik tradisional Asia Tenggara seperti bungkau (berasal dari Sabah, Malaysia), seruling, angklung (Jawa Barat, Indonesia), dan gamelan (Bali, Indonesia). Alat muzik tradisional Thailand pun ada tapi aku tak dapat cari namanya. Sesiapa yg tahu boleh tolong inform

9.       Ciri batik – iaitu batik Indonesia, ada ditunjukkan di awal filem semasa pihak Heart tengah buat persiapan nak sambut kedatangan wakil2 dari empat suku lain

10.   Istana dan lain-lain binaan – istana Heart tu inspired dari rekabentuk Istana Negara di Malaysia ni, tapi hiasan dalamannya banyak pengaruh Thailand. Manakala istana Fang diilhamkan dari candi terkenal Cambodia, Angkor Wat dengan bumbung seperti Rumah Gadang (Minangkabau, Indonesia).

11.   Pasar malam/kampung terapung di Talon – haaaa yg ni best aku nak sebut, sebab aku sendiri pernah mengunjungi floating market di Bandung (Indonesia), Ho Chi Minh (Vietnam) dan Bangkok (Thailand). Di Laos dan Myanmar pun ada…so yes, Asia Tenggara dan pasar terapung berpisah tiada! Manakala perkampungan atas air korang boleh jumpa di Borneo. Sabah, Sarawak dan Brunei ada. Gituhh

12.   Bentuk muka bumi – anda tahu Asia Tenggara kaya dengan hutan tropika, sungai dan sawah padi kan? Seperti yg kita lihat di Heart dan Fang. Tapi jangan tak tahu, kawasan gurun pasir seperti di Tail juga ada iaitu di daerah Mui Ne, Vietnam. Belum lagi kawasan pergunungan yg sejuk seperti di Spine iaitu Kundasang, Sabah (Malaysia), Sapa dan Gunung Fansipan (Vietnam) dan Gunung Rinjani, Lombok (Indonesia).

13.   Makanan – yg paling ketara aku nampak Tomyam laa. Tom yam ni berasal dari Thailand dan Laos, dan sekarang ni setiap negara di Asia Tenggara ada versi tom yam memasing. Pastu dia tunjuk nasi selaku makanan ruji kat rantau ni (sila refer pada point no.11, aku ada mention sawah padi). Ada nasi lemak, pastu ada sate, bubur, sambal, buah durian, buah mata kucing juga kelihatan dalam filem ni. Aku sangat suka cara filem ini memperlihatkan makanan sebagai ‘bahasa kasih sayang’ dan warm welcome. Benar, di Asia Tenggara, kasih sayang ditunjukkan melalui makanan. Memasak dan menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih dan ikhlas, buatkan makanan tu rasa sedap je bila dinikmati walaupun menu yg simple kan? Kena sangat dengan tagline Raya, Sisu dan Boun = ‘Who’s hungry?’

14.   Sidekick – Tuktuk sahabat Raya diinspirasikan dari kenderaan tradisional Thailand yg juga bernama Tuktuk. Dia digambarkan kecil pada mulanya tapi bila Raya dah besar, dia pulak jadi lebih besar dari Raya. Aku rasa sebab penulis nak buat dia bertindak sebagai ‘kenderaan’ untuk Raya bergerak

 

Sebagai rakyat salah satu negara yg terletak di Asia Tenggara, aku sangat gembira dengan penghasilan filem ni. Thank you Disney!

#themovie: Raya and The Last Dragon (2021)

Genre: Animated, fantasy, action Sinopsis: Kumandra adalah sebuah negara di mana manusia hidup di samping naga sakti yg dipimpin naga 5 b...