OK hari ni
nak mengimbas sedikit memori zaman lampau dalam kehidupan aku yang sekarang ni
dah berumur 37 tahun. Ye aku lahir tahun 1981. Tak caya sudah. HAHAHA
Sebagai
perempuan yang melalui zaman remaja sekolah menengah pada tahun 90an dan zaman
student kolej pada awal 2000-an, radio dan TV adalah perkara yang tak dapat
dipisahkan. Dunia hiburan Malaysia dan antarabangsa sama rancak pada ketika
itu, dan satu perkara yang aku kira aku masih tak boleh nak elak dari mengikuti
perkembangannya sampai sekarang ialah group vocal atau sesetengahnya juga
dipanggil sebagai ‘boy band’.
Berpuluh-puluh la boy band yang pernah menghiasi industri muzik Malaysia dan jugak di Amerika dan Eropah sana, yang kemudiannya menular pulak ke Korea Selatan bila irama K-pop mula mendapat perhatian. Negara-negara lain pun ada jugak boy band rasanya tapi aku tak ambil tahu sangat la HAHAHA
Dalam
banyak-banyak tu ada dua group ni yang aku rasa paling aku minat tahap ultimate
punya minat, untuk era masing-masing. Era 90an aku paling minat kumpulan dari
Amerika, Backstreet Boys. Dan awal 2000 group kegemaran aku ialah kumpulan dari
Malaysia sendiri, Ruffedge.
Dua kumpulan
ni memanglah menampilkan muzik yang berbeza dalam album masing-masing. Tapi
tahukah anda, Backstreet Boys dan Ruffedge sebenarnya mempunyai beberapa
persamaan hasil daripada ‘kajian’ (kaji lah sangat! Hahaha) aku selama
bertahun-tahun bergelar peminat diorang.
Tempat mereka mengasah bakat nyanyian
sebelum mendapat kontrak rakaman
Kedua-dua
kumpulan ini bermula dengan menyanyi di tepi kedai. Kalau Ruffedge dulu selalu
jamming kat depan 7-Eleven Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur………..Backstreet
Boys pula yang ketika itu terdiri daripada AJ, Howie D dan Nick menghabiskan
masa menyanyi di tepi kedai-kedai di pasar bernama Backstreet Market, Orlando,
Florida. (And that’s how they got their group name).
Vokal setiap anggotanya ada identiti
sendiri
Kalau kau
selalu dengar lagu-lagu diorang tentu kau perasan. Setakat yang aku ingat,
daripada 8 album Backstreet Boys dan 5 album Ruffedge, setiap anggota mereka
ada ‘suara’ tersendiri. Maksud aku, kalau verse 1 orang ni ambik, verse 2 orang
tu ambik. Chorus lak orang lain ambik. Bridge orang lain lak ambik. Kau boleh
tahu suara siapa sebab vokal diorang masing-masing tersendiri. Senang bezakan
suara siapa yang ni, suara siapa yang tu.
Kekuatan mereka terletak pada
kumpulan
Walaupun
masing-masing boleh menyanyi dengan baik, tapi. Ada kau lihat mana-mana anggota
dua kumpulan ini yang berjaya sebagai penyanyi solo? Maksud aku, berjaya yang
betul-betul berjaya sampai jadi phenomenal. Kalau berkolaborasi dengan artis
lain tu banyak la diorang buat, tapi go solo sampai nak dikatakan berjaya macam
Justin Timberlake (ex-Nsync) atau Robbie Williams (ex-Take That), takde la.
Additional
fact: Brian Littrell (BSB) dan Amer (RE) pernah menghasilkan album solo
berbentuk kerohanian.
Anggota first yang kahwin dah ada
anak remaja
Ha ha
ha…sila tengok gambar di bawah ni
Brian (BSB) dan anak tunggalnya yang kini berusia 16 tahun
Azan (Ruffedge) dan anak sulungnya yang kini berusia 14 tahun
Feel old
yet?
Single terbaru 2018
Last sekali
aku just nak inform, kedua-dua group ni dah muncul dengan single terbaru
memasing iaitu:
Backstreet Boys – Don't
Go Breaking My Heart (Mei 2018)
Ruffedge –
Seperti Mereka (Julai 2018)
Sebenarnya post ni dah lama dah aku karang. Cuma baru la ni masa yang sesuai untuk post memandangkan konsert pertama Ruffedge baru saja berlangsung di KL Live pada hari Sabtu lepas (4 Ogos 2018).
Sebenarnya post ni dah lama dah aku karang. Cuma baru la ni masa yang sesuai untuk post memandangkan konsert pertama Ruffedge baru saja berlangsung di KL Live pada hari Sabtu lepas (4 Ogos 2018).